TERBARU!.....Kami menerima emel dari seorang mahasiswi melalui emel kami gabunganmahasiswaukmkl@yahoo.com.my :
"Salam. Saya salah seorang exco yang terlibat dalam 'Majlis Perasmian Fiesta Citra Budaya dan Majlis Seri Rumpun Melayu' yang berlangsung pada malam semalam, Ahad-12 Januari. Saya nak ceritakan sesuatu yang amat pelik dan boleh dikatakan melampau.
Pada pukul 11 lebih malam, saya dan semua organisasi yang terlibat dalam program tersebut telah menerima message yang mengatakan semua orang perlu berkumpul di bilik JAKSA selepas program. Ayat message itu seperti memaksa dan kami fikirkan ingin membuat postmortem.....
Tapi rupa-rupanya....sesi berkempen haram dengan memaksa kami mendengar manifesto mereka dan sesi mengutuk GABUNGAN MAHASISWA. lerrr..masa masuk-masuk je mereka dah bertanya sape nak jadi jentera ASPIRASI boleh tulis nama atas kertas. Saya yang masih terpinga-pinga ingin keluar dari bilik itu tapi ditahan pula.
Saya tak mahulah menyebut sape nama 'hero-hero' malam tu dan meluahkan di sini ape yang keluar dari mulut mereka, kerana saya sedar jika saya beritahu maka terserlah keaiban dan kelemahan mereka. Sebenarnya saya tak sangka mereka-mereka ini boleh melakukan perkara begini. Kami percayakan anda sebagai pemimpin...penjamin kebajikan kami tapi anda telah meninggalkan mimpi hitam dalam kepala kami. Sudahlah lama kami ditahan malam itu, kami cukup penat dan inginkan rehat setelah bertungkus lumus membuat persiapan program. Kami cukup kecewa dengan anda!
Saya fikirkan anda pemimpin yang mempunyai maruah dan bersikap professional...Akhirnya inilah yang saya dapat. Saya tak tahu nak kata ape lagi......Hanya Allah sahaja yang boleh menujukkan yang mana batil yang mana hak, kalau bukan kat dunia, akhirat nanti akan terbongkar juga segalanya"
Terima kasih saudari penulis, kami GMUKM KL berasa sangat kesal dengan apa yang berlaku. Cuma kami nak beritahu jika saudari tidak dapat hadir pada Malam Manifesto semalam dan juga kepada kawan-kawan saudari, bahawa pengetua kita telah menegaskan tidak ada kempen yang dijalankan secara paksa.
Bagi menjernihkan keadaan. kami mengajak saudari dan kawan-kawan yang terlibat berbincang semula. Mungkin 'mereka tidak sengaja' berkempen dengan cara demikian ataupun terdesak.
Apa-apa pun marilah kita saling maaf-memaafi dan jadikan ape yang dah berlaku sebagai pengajaran. Kita sebagai MAHASISWA UKM di kampus kesihatan sebaiknya lebih bersikap professional dan berfikiran matang...Bagi pihak yang terlibat terpulang pada anda untuk memohon maaf ataupun sebaliknya. wallahu'alam....
CADANGAN KEMUDAHAN WATER DISPENSER DI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
9 tahun yang lalu
24 comments:
assalamualaikum...
masih ada rupenya mahasiswa yg berkempen scr tidak telus dan tidak adil.. kesian plak kat saudari penghantar email.. mesti diorg dh pnat sgt buat persiapan tuk FCB, pastu kene panggil plak... klu skjp x pe.. sian2..muhasabah diri balik...
aku ade bbrp soalan nk tny:
1) JAKSA tu dah konfem2 ke jd wakil PMUKM, x kan? bistu knp 'mereka' slamber ckp mcm 2?
2) betul k kalo org gm menang, sush nk bkrje dgn pntdbrn? sush nk dpt dana wat progrm? sush nk luluskn krts krje progrm? xkan? tp knp 'mereka' ckp mcm 2?
bagi aku kn pengetua, cik alau orang yg bpengalamn dn x akan buat bgt (diskriminasi,ketidakadilan) hanya disbbkan bbeza ideologi atau pmikirn....x BAIK 'mereka' ckp pengetua mcm tu. nsb bek pengetua kite lembut hati dn baik...aku btl2 x puas hati dgn si jaksa tu. kalo x suke GM jgnlah smp 'terkutuk' pengetua
salam. setiap pimpinan akan disoal tentang kepimpinannya.ingatlah, di kiri kanan kite, sentiasa ada malaikat yg mencatat, malah sebesar zarah asap pun, xkan terlepas dari catitan mereka.dan sumenya akan dipersoalkan di hadapan Allah nanti. ingatlah, jika kite sbg pemimpin, jika kite salah memimpin, dosa seluruh yg dipimpin adalah di bahu kite..dan sebelum yg dipimpin disoal, pasti yg memimpin yg disoal Allah..berhati-berhati dalam tindakan..bukan hanya cinta sahaja yg buta, tetapi dosa dan pahala itu buta..jangan sehingga tindakan yg diambil itu hanyalah akan mencampakkan kite ke lurah neraka..fikirkan, samada, ibadah dna kerja2 ISLAM yg dilakukan itu, adalah untuk beribadah kpd Allah @ hanya untuk kepentingan diri semata-mata??ibadah itu, untuk membuktikan cinta kite pada Allah, @ untuk membela diri kite??? baik ASPIRASI atau GM, masing2 adalah manusia yg merupakan pimpinan.sebaik2 pimpinan adalah mereka yg berjaya memimpin diri sendiri..dan seburuk2 pemimpin, adalah pemimpin yg menyesatkan dirinya dan orang lain..sama2 kite muhasabah.. sebelum memimpin org lain, fikir2kan samada selama ini, diri kite sudah terpimpin kah???.. wallahhu’alamm..sama2 bermuhasabah..
salam,saya ialah pelajar sains bioperubatan tahun 3. saya harap pelajar2 KTSN dapat memilih calon dengan bijak, pilihla calon yang mampu dan berani membawa permasalahan kita ke pihak pentadbiran UKM, juga calon yang berani berkata benar walaupun ianya pahit dan berfikiran jauh serta berwawasan. SEMOGA DENGAN KEPUTUSAN PEMILIHAN CALON KITA NANTI, SEMAKIN DEKAT KITA DENGAN ALLAH. ikhlas kan niat, kita mengundi kerana Allah, semoga ia dikira sebagai satu ibadah disisi Allah.
Aktiviti berkaitan yang berlaku di bilik JAKSA bukan bermakna ahli JAKSA yang melaksanakannya. Sila selidik dahulu siapa mereka.
Walaubagaimanapun, mereka tidak berkempen dari bilik ke bilik. Kerana ini yang dikatakan melanggar peraturan.
Harap maklum
Sayap Kanan Pengetua
haiyya...i budak 1st yr cine farmasi. itu malam i talak puas hati dgn farid, helmi, lagi sapa i talak tahu. i mahu tanya itu aspirasi kenapa kutuk gm yang bawa islam. i cina pun kawan dengan budak melayu faham about islam. lu orang punya hati busuk ma. haiyya..very irritating ma! itu pengetua mesti tahu about this prob. i sudah talak respect sama jaksa wo
ya betul. sila selidik dahulu siapa yang berbuat demikian. dan betulkah orang yang terbabit yang hantar e-mel itu. macam ada yang tak kena je. tapi kalau memang betul mereka mengutuk gm dan menimbulkan isu yang tidak berpatutan untuk berkempen, saya rasa itu memang salah.
salam....
terima kasih dan allhamdulillah...
hari ini jaksa mendapat pahala...
sebab ramai yang MENGUMPAT dibelakang...
diminta untuk meneruskan UMPATAN anda....
terima kasih!!
sepanjang manifasto sy ade kat situ sampai abis...
ok je~
sy just perasan,
bile org lain ckp anda bising!!!
MEMANG BETUL agak nye...
pakaian xmenggambarkan TINGKAHLAKU....
ehmmm
da 4 tahun d KTSN..
sume cerita y sama
kali ni anta masuk blog plak..
jom ar borak ng aku kat shazana, bwh k3..
cite benda sebenar..
aku pon nak tau kebenaran..
o ini just gimik politik..
berani kerana benar..
kalo benar, kite dok minum sama
kalo nak aku belanja makan pau pon ok..
share cite ng aku
joe kg baru-0179625446..
pelik2. kata jadi exco, tp nama program pun salah. pelik2. kalau xde isu nak ditimbulkan pun, timbulkan sesuatu yang org boleh percaya. kalo xreti, xyah nak reka cte. nampak sangat..
hanya Allah SWT SAHAJA yg lyk mnilai hamba Nya. sape kau dan sape kite nak menilai diri org len. care bpakaian tidak melambangkan tingkahlaku?
dah masuk bab akidah ni, my favourite subjek! kalau si muslim tu tahu kenape dia perlu tutup aurat dgn SEMPURNA, maka dia tahu akan setiap balasan tingkahlaku nye sama ade baik ataupun buruk.
contoh paling senang, pakai tudung tutup dada. (dlm surah an-nur)Allah dah kate WAJIB. kalau dia TAKUT dengan api neraka, maka dia akan patuh dengan segala perintah Allah.
dalam konteks timbulkan isu atau seumpama dengannye, kalau dia tahu akan azab api neraka dia akan TAKUT untuk berbohong, mengkritik membabi buta inikan pula memfitnah (lebih teruk daripada membunuh)!!!
isu yang disiarkan adalah untuk menyatakan KEBENARAN!! sekali lagi saya ulang KEBENARAN! dan isu ini tak semua orang tahu! begitulah peri pentingnye semua orang kena alert dengan isu2 semasa dan persekitaran.
jika benar isu ini palsu, jadi si tertuduh yang dinyatakan seperti di atas FARID, HELMI, AZMEER and the geng! sila keluar dan nyatakan pendirian anda yakni untuk membela diri anda (kalaulah anda tahu ape hukum berbohong dan sedar akan kesakitan diazab kelak)
ingat wahai umat akhir zaman, ALLAH SWT pasti akan tunjukkan sape yang bersalah dan sape yg benar. wp Dia tidak tunjukkan di dunia, Dia akan tunjukkan di akhirat dan di situlah segalanya akan TERBONGKAR!!
Allah tahu setiap hati hambanya even cik alau mahupun pengetua mahupun hati budak2 GM atau ASPIRASI! kalau kita takut dgn Dia, kita x akan melakukan KETIDAKADILAN, DISKRIMINASI, MENGUMPAT dan sebagainya....
cubelah anda ambil wuduk, istighfar, solat taubat..sama2 kita bersihkan diri (GM dan ASPIRASI) benarkah apa yang kamu perjuangkan? adkah ISLAM no 1??? wp kita tak tahu hati masing2 tapi kadang2 boleh lihat dari zahirnye iaitu pakaian, solat berjemaah di surau dan banyak lagi...
sesungguhnya, kita dah JAUH dengan Allah. maksiat merata-rata, ramai manusia dah tidak takut dengan hukum Tuhan. wallahu'alam...
assalamualaikum..kepada saudari/saudara pengirim email tersebut,disini sy nak memperbetulkan apa yang saya rasa salah,utk pengetahuan semua,sy ada di bilik JAKSA pada malam ajk2 fcb dipanggil ke bilik JAKSA,TETAPI...tiada sebarang paksaan disini,TIADA PAKSAAN..TIADA KUTUKAN terhadap GABUNGAN MAHASISWA sekalipun..harap kalis dulu kata2 awak tu sebelum awk menyebarkan fitnah sebegini rupa..salam alaik''~
bukan "Majlis Seri Rumpun Melayu" tp " Malam Seni Rumpun Melayu"..aku yg bg name nih!!~gengster
owh ko lah yg bg name ni gengster? memang betul lah ko gengster! bia salah name tapi jangan sekali2 salah TARIKH! ko tahu tak malam seni rumpun mly ko tu betul2 mhinakan! aku rase ko langsung x tersentuh, malam tu buat penat je abg muadz berkate2, mengajak kite semua umat islam m'insafi ape yg blaku pade palestin! menangis aku! ak x tahu lah ko kan gengster!! sia2 je progrm utkmu plestin. x tcapai matlmt pn. org mly-islam disajikan hiburan yg mlalaikan, penuh keseronokan.....peh!!!!
weh! ko tahu x non muslim tgelak kan org islam! kalo masyarkt tahu, 4 sure mereka gak gelak kan bdk2 KTSN!! knp???? lu pk lah sendiri!!
aku cukup pantang sentiviti agama diperkotak-katikkan..betul x tantawi? ape pandgn ko?
hahahaaaa~
dunia2....
ni la org paggil dunia...
yang itu kata yang ini...
yang ini kate yang itu...
pasal pakaian xmenyerupai tingkah laku lak.
ni lagi satu...
xpaham tol...
nak marah org pandang diri sendiri...
yang 1 lg,nak bg tazkirah pom byar la dengan ayat yang betol...ayat yang org dengar boleh menimbulkan keinsafan,jgn la tunjuk sangt yang kita tu ade ilmu yang tinggi...sy xpernah jumpa lg di UKM ni mcm seorg hamba ALLAH tu(ketika dimatrik)....setiap kata2 die menimbulkan keinsafan..xpernah ego or riak.xpernah dengar org mengata die,sekali je die nasihat..terus berubah..marilah kita sama renung..cukop baik kah kita/sempurna.semoga ALLAH sentiasa menunjukan jalan yang benar dan lurus.amin~
hmmm...
kadang2 sy rasakan dunia mempermainkan kita...
kalau ade salah tegur la elok2...
dengan cara yang betol.
mcm nabi kite buat.
kalau setakat tulis dlm blog and cr salah org..
xkemana pom....
sebelom cr salah org tengok salah dr...
xde manusia yang SEMPURNA didunia...
iman manusia bkn macam iman nabi and malaikat...
iman umat manusia akan bertambah dan berkurang...
so ingat mengingati tu la yang penting...
bkn mencari salah siapa...
maybe pakaian die xtutop aurat...
yang pakaian SEMPURNA tu tegor la secara berHIKMAH...
bkn dengan ckp2 belakang(blog)...
kita manusia xpernah SEMPURNA dan xdapat memenuhi kehendak semua org...wasalam~
herm..rasenye yg "JAKSA" tu dah mmg jadi PMUKM pn.majoriti besar lak tu.alhamdulillah.takpe la "JAKSA".org duk kutuk blakang ko.kate mcm2.takpe.setiap yg berlaku ade hikmahnye.mgkn ade yg tak sedar.mereka dah gunakan agama ISLAM utk berpolitik.tak pelikkah korg kalo mlm pemilihan MPP di buat usrah??kalo stakat satu dua surau tu..biasalah.sbb sblm ni pn usrah mmg salu je buat.tp ni kalo dah semua ktsn buat usrah mlm pemlhn MPP..itu agak pelik la.konon2 aspirasi paksa budak p blk jaksa.siap ckp kena tahan tu.kalau betul ko kena tahan,jmp kite org.ckp depan2.tak perlu hantar emel yg dah mcm surat layang.berani kerana benar!tp ak rase ape yg korg buat lg teruk.gune nama USRAH supaya junior tak dapat detect korg nak berpolitik.kononnnye taknak la kan nampak cam kene PAKSA.pdhl korg sbenarnye paksa diorg dalam diam!ak mmg pantang ar.dr dulu lg GM ni guna usrah nak berpolitik.kalau nak buat usrah..buat dgn cara yg betul.hati yg iklas.jgn nak ambil kesempatan di atas amanah yg pihak pentadbiran dah bagi kat korang.
kpd saudara 1st year chinese farmasi tu...kalau betul lah anda tu seorg yg berbangsa cina..baguslah kalau ade kefahaman ttg agama islam.tp kalau anda sebenarnye melayu dan beragama ISLAM..malulah sikit ya.tak perlu nak komen konon2 jadi org cina.kenape??hina sgt ke kalau nak mengaku diri tu org melayu dan beragama ISLAM???
haa..sebut pasal abg muadz pulak.ade cite best ni.ade la sorg budak GM ni.budak pompuan.die ni kalau bercakap..bukan main.petah.tp ni la ak nak tegur sikit.wlpn yg ko g tgk konsert tu nasyid..tp gaye n care ko da same je mcm ko pegi tgk konsert faizal tahir.sibuk dgn kamera nye nak ambik gambar artis.korg ni pon kire gile artis la kan???ak rase patutnye ambil segala pengajaran dr ape yg diorg ckp n dakwah yg diorg bawk dalam lagu.bukan nye tergila2kan artis tu woiii smp tmpt duduk VIP pn korg langgar jek!tak respect lgsg VIP.pk2 la ye GM!!!
asslamualaikum salam ukhwah..terharunye promosikan ana di ruangan ini.maaflah kalau ana x bersopan malam tu.
ana ajk usher konsert malam tu sbb itulah duduk kat bdk2 usher sebarisan dgn VIP2..VIP tu pun seronok je bergurau dgn ana. tak tahulah saudare rase len macam.
x salahkan minat ISLAMIC ARTIS asalkan niat betul.maksudnye wahai saudara seislamku, bila kite ingat kat dia, maka bertambahlah ingatan kite pd Allah. bertambahlah pujian dan syukur kite pd Allah. tak gitu ustaz ustazah??
ana rase anta/i ade salah faham or x puas hati dgn ana..hemm..ana x tahu psl ape, tp ape2 pun ana minta maaf. ana x nak bermusuh dgn sape2. yg ana tahu musuh ana cume 1 yakni SYAITAN LAKNATULLAH...
jom kite bersatu sbg saudara seislam, SENYUM SOKMO deh.....peace! =) ha...ptg ni ade demo hang pg x?
jgn la sebab politik kampus kita berpecah..
x kira apa agama, bangsa, kos, fakulti..
kita semua mesti bersatu padu..
calon2 yang dipertandingkan dah terpilih..
kamu semua baru masuk ke alam dewasa..
mungkin dari sudut GM, mereka x pernah bergaul dengan dak2 y nakal, banyak masalah..
kita manusia biasa yang x capai tahap rasul pun..
1st, kite kene respek sume org..
walau die x pakai tudung, x turun surau, x mahir bab2 agama ni, kita x boleh menyatakan sumenye salah secara terus..
walau ape cara hidup org lain, kite kene terima, n kite kene tau sebab2 diorg jd begitu..
barulah kite dapat mengambil hati kawan2 kita yang lain..
pendekatan Islam sebenar adalah secara beransur-ansur, bukan menanamkan kebencian, permusuhan, menyalahkan orang lain..
hanya seorang sahaja dak GM yang aku hormat iaitu POKDI dental..kerana tarbiahnya adalah terbaik dan bukan secara kasar..aku harap dak GM dan ASPIRASI mencontohi ketokohannya..
Apa yang penting? KERJASAMA!!!
salam...
sy ni bkn belah aspirasi atau GM...
boleh kate atas pagar...
sy undi org yang sy rase layak...
tapi..
1 je...
kenpa...ek?
komen2 org2 GM KEBANYAKAN macam marah2 n kasar?
pembetulan..mereka sekadar penyokong GM...
anak mude... biasalaa tu...darah mude..
klu tgk aspirasi pun sbnrnye lebih kurang..klu nk yg lg truk g bc blog gm-ukm.blogspot.com.. kat sana boleh tgk bhs2 budak ASPIRASI yg sungguh 'SOPAN2'..
sudah2 la tu...hentikan je la omongan2 kosong anda2 ini semua.X perlu la kita sesama agama,bangsa dan hidup di bwh ketiak kolej yg sama bergaduh,bertengkar ayat dan bertikam pernyataan semata2 utk membenarkan apa yg salah dan membatilkan apa yg benar.Sesungguhnya, berbaiklah2 anda2 skalian drpd memecah belahkan kaum anda sendiri.Kita org Islam berbangsa Melayu atau x kira apa jua bangsa,bersatu hati je la dlm perkara2 yg dirasakan dpt memberi keuntungn kpd semua.X mengapa.siapa pon yg terpilih, berilah org itu peluang utk merealisasikan harapan kita sbg mahasiswa.Sesungguhnya, pakaian tidak mencerminkan perilaku seseorg.Ianya hanya utk menutup cela dan keaiban seseorg insan.Oleh itu,jdlah insan yg tahu membezakan antara yg benar dan batil dan lupakan sahajalah isu2 basi spt di atas agar pemikiran kita dpt melangkah dgn lebih jauh....
Renung2kn & fikirlah....:0
wah seronok giller korg kutuk-mngutuk ek!!
Catat Ulasan