Serentak dengan kesibukan menelaah pelajaran, mahasiswa UKM kampus KL bertungkus lumus menjayakan program "Untukmu Palestin". Mahasiswa Fakulti Perubatan juga tidak ketinggalan mengadakan clinical booth yang mana merupakan strategi untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung-pengunjung Taman Tasik Titiwangsa.
GMUKM KL mengucapkan TAHNIAH! kepada pihak pentadbiran universiti, JAKSA, organisasi program dan seluruh mahasiswa UKM KL terutamanya kepada pengarah program ini, saudara Ahmad Tantawi Jauhari Bin Aktifanus..kerana akhirnya berjaya melaksanakan program mega kolej ini selama 2 hari 2 malam.....
Wakil GMUKM KL cuba mendapatkan pandangan daripada orang ramai dan ianya terbukti kerana mereka amat berpuas hati dan memuji bahawa, program ini menggunakan pendekatan berbeza dengan mengadakan aktiviti yang disukai oleh orang ramai bagi menarik perhatian untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku di Palestin walaupun non-muslim.
Biasanya forum dan ceramah yang diadakan,tetapi kali ini ia lari dari konsep kebiasaan yang digunakan dengan menganjurkan program yang dipenuhi pelbagai jenis aktiviti antaranya larian amal ‘Walk For Peace’, pameran ‘Kembara Derita Al-Quds’, ekspo jualan, gerai klinikal pergigian dan perubatan, pertandingan mewarna, futsal dan konsert keamanan
GMUKM amat bangga dan berbesar hati dengan sahabat sekalian kerana berusaha melaksanakan tugasan dengan seikhlasnya walaupun terdapat banyak masalah yang kita semua terpaksa hadapi.jika kita lihat dan renung-renungkan semula terlalu banyak program kolej dalam masa yang SERENTAK dan kita dibebankan dengan tugasan yang memerlukan masa sehingga menjejaskan masa belajar kita sebagai seorang MAHASISWA.
Sebagai contoh, dalam bulan januari 2009 sahaja kita akan menyaksikan pelbagai program mega kolej, "UNTUKMU PALESTIN" dan selepas itu program fiesta citra budaya yang melibatkan semua kaum melayu, cina dan india, Pesta Tanglung, Pesta Ranggoli.....dan sebagainya termasuklah agenda paling penting dalam diari mahasiswa iaitu PRK (Pilihan Raya Kampus)
Sedar atau pun tidak, percaya atau pun tidak kita terpaksa korbankan masa belajar, wang dan tenaga kita dan itulah sebenarnya lumrah hidup dalam diari seorang MAHASISWA. tiada kata-kata yang boleh GMUKM ungkapkan terhadap pengorbanan dan perjuangan sahabat-sahabat tidak kira melayu, cina dan india kerana anda semua sungguh layak untuk bergelar MAHASISWA SERBA BOLEH malah BERINTELEKTUAL.
GMUKM percaya MAHASISWA sekarang punya pemikiran yang matang, bersikap terbuka dan berpandangan jauh, malah GMUKM yakin kita semua punyai SATU HARAPAN yang sama iaitu SATU PERUBAHAN KEMBALIKAN HAK MAHASISWA...jadi dengan itu, kita akan bersama-sama tidak kira bangsa dan agama akan turut memperjuangkan Falsafah Universiti, kebajikan mahasiswa/i dan masyarakat UKM serta memartabatkan nilai keilmuan dan keintelektualan UKM.
1 comments:
program UNTUKMU Palestin..memang sgt bagus..tp selang bebrapa hari kita mahasiswa ktsn dah lagha dgn hiburan mega.Sedangkan saudara kita di Palestin masih lagi berjuang setengah mati.Kite di negara yg aman ni???x kan hanya ingat saudara kita yang berjuang sekejap sahaja???pastu lagha..cuba bayangkan kalu allah nak tujukkkan peringatan kepada hamba-NYA???Allah x kan timpakan sesuatu pd org yg berbuat "dosa" tapi kepada keseluruhan org yang disekelilingnya.Benarkah matlamat menghalalkan cara??macam mana kalau tiba2 kita mati semasa sedang terlibat dalam perkara melalaikan..beruntunglah org palestin dapat nikmat syahid memperjuangkan agama Allah dan tanah air..sedangkan orang yang tengah lagha dengan hiburan??tidakkah kan mati dalam keadaan suul khatimah??alangkah ruginya..marilah kita sama-sama doakan agar saudara kita yang sednag berjuang ditabahkan hati dan lebih bersemangat dalam menuju syahid..
Catat Ulasan