Selasa, Januari 13, 2009

MALAM MANIFESTO MALAM KEMUNCAK PRK..


"Undilah dengan dengan bijak..buatlah pilihan yang betul berdasarkan kredibiliti, kesungguhan dan semangat kepimpinan calon yang bertanding bagi menyuarakan SUARA dan HAK MAHASISWA...".

Begitulah ungkapan yang dipetik dari kata-kata saudari pengerusi majlis Malam Manifesto yang julung-julung kalinya diadakan di DSG KTSN, dalam menyemarakkan lagi bahang Pilihan Raya Kampus pada tahun ini.



Barisan pimpinan GMUKM KL mewakili seluruh suara MAHASISWA UKM Kampus KL dengan ini mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan kolej khasnya kepada BONDA tercinta kerana berjaya mengadakan pentas yang kami kira cukup selesa dan baik untuk para calon berkempen secara telus dan adil.


Malam Manifesto yang dianjurkan ini bukanlah hanya sekadar mendengar para calon yang bertanding menabur janji-janji dalam meraih undi untuk mencapai kemenangan semata-mata, malahan sepatutnya ia perlu sebagai platform untuk mengasah bakat kepimpinan mahasiswa di kampus, sekaligus dapat diklasifikasikan sebagai medan pembinaan intelektual, softskill dan jati diri yang tinggi. Sesungguhnya, corak kehidupan dan pergerakan mahasiswa pada hari ini menentukan corak kepimpinan Malaysia akan datang.

Kita tidak mahu jika bakal pemimpin kita seorang berbangsa melayu, hanya orang melayu sahaja yang menepuk tangan dan menyokongnya. Dan jika dia berbangsa cina hanya orang cina sahaja yang bersorak menyokongnya. Sedar atau pun tidak kita memerlukan satu PERUBAHAN untuk memantapkan lagi integrasi kaum dalam kalangan MAHASISWA UKM.


Bak kata YB Mohamad Idrul dari Fakulti Perubatan Tahun 1 yang harus kita semua pahatkan dalam minda masing-masing.....


"Walaupun kita tidur berlainan bantal, tetapi MIMPI kita tetap SAMA..."
"Walaupun kita berlainan bangsa, tetapi MATLAMAT kita tetap SAMA"


Marilah kita bersama-sama menyahut seruan STUDENT POWER! dalam memacu UKM ke arah merealisasikan misi dan visi UKM. Perkasakan solidariti tidak mengira bangsa, ideologi dan posisi kita demi menjana perubahan. Setiap mahasiswa mempunyai peranan masing-masing. Tidak kira kita sebagai pimpinan gerakan mahasiswa ataupun sebagai mahasiswa biasa, KITA PERLU BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN.....


Laungkanlah STUDENT....POWER!! tatkala tarikh keramat 15 Jan 2009 menjelma.HIDUP MAHASISWA!

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites