Isnin, Januari 05, 2009

JOM TURUN RAMAI-RAMAI.........

KEGANASAN ISRAEL : Mahasiswa Akan Berarak Desak PM Bertindak Tegas

PEMBETULAN : LOKASI TELAH BERTUKAR DI KI HADAPAN KEDUTAAN US





Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) akan mengepalai Himpunan Raksasa Mahasiswa Membantah Kezaliman Israel ke atas Gaza, bersama front-front mahasiswa melayu, cina dan india serta parti-parti politik serta NGO pada hari Jumaat depan, 9 Jan 2009.


Presiden GAMIS mengesahkan bahawa satu memorandum bantahan dari seluruh Mahasiswa Malaysia akan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri di pejabat beliau di Putrajaya selepas solat Jumaat. Orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan dan solidariti kepada GAMIS dalam membela nasib umat Islam di Gaza.

GAMIS dengan tegas meminta agar kerajaan berpendirian tegas dalam hal ini dan mempertingkatkan lagi gerak kerja mendedahkan kekejaman rejim Zionis melalui kerjasama secara besar-besaran semua media masa dan NGO yang ada. Kempen besar-besaran perlu diadakan untuk menyedarkan umat Islam di Malaysia serta seluruh dunia dan menyeru mereka agar memboikot barangan buatan Israel dan sekutu kuatnya Amerika.

Kerajaan juga hendaklah malunaskan tanggungjawab sesama saudara seIslam dengan menghulurkan bantuan perubatan dan mencontohi tindakan berani Libya menghantar kapal bantuan ke Palestin walaupun tahu bakal menghadapi kemungkinan di bom rejim Zionis.

Dalam pada itu, GAMIS juga mendesak agar Kementerian Luar Negara, Datuk Seri Rais Yatim mendesak secara berterusan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama (yang akan menggantikan Bush pada 20 Januari) untuk bersuara dalam keganasan di Gaza ini dan bertindak segera bagi menamatkan kekejaman rejim Zionis

GAMIS juga mahukan sebagai sebuah Negara Islam yang disegani oleh kebanyakan Negara Islam lain, Malaysia perlu mendahului Negara lain dalam mengoptimumkan peranannya dalam OIC berkenaan hal ini. Negara-Negara Islam berhampiran dengan Palestin juga diseru untuk bertindak segera memberikan segala bantuan termasuk bantuan ketenteraan secepat mungkin.

apa-apa pun kita sebagai MAHASISWA khususnya, amnya rakyat Malaysia perlu mendesak OIC untuk bertindak sebagai badan yang menjaga kebajikan umat Islam di seluruh dunia. OIC perlu berperanan dengan lebih lantang dan bangkit dari tidur yang yang panjang untuk menyeru kearah kesatuan semua Negara-negara Islam dan mengarahkan semua anggota OIC menghulurkan bantuan perubatan dan kewangan ke Gaza.


read more http://gamisdaily.com/

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites