Jumaat, Ogos 05, 2011

Jom Baca!


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terdiri daripada beberapa gabungan mahasiswa akan melancarkan kempen Jom Baca Media Alternatif hujung minggu ini.
Menurut Sekretariat Media SMM Ahmad Shukri Kamarudin, kempen itu diadakan agar rakyat menyedari kewujudan media-media alternatif seterusnya menjadikan ia sebagai akses utama mendapat maklumat.
“Selain itu kempen ini juga bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan rakyat kepada persepsi yang lebih terbuka dan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.
“Dalam pelancaran kempen dua hari ini bermula Sabtu kita juga akan mengatur beberapa aktiviti lain bagi menyemarakkan lagi suasana,” katanya sambil menambah kempen itu juga bertemakan Baca dan Banding.
Jelas beliau, pelancaran perasmian akan dilakukan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pada Ahad di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
“Pada hari Sabtu (3 petang) kita akan berkumpul di Jalan Tunku Abdul Rahman yang mana kira-kira 30 hingga 40 mahasiswa akan memakai baju khas kempen yang tertera alamat media alternatif, kita juga akan mengedarkan risalah kempen dan buah kurma kepada orang ramai.


“Sementara itu pada hari Ahad, kita akan buat pelancaran kempen yang akan dilakukan Datuk A Samad Said, beliau juga akan membaca puisi dan kita juga akan mengadakan beberapa gimik pelancaran,” katanya.
Sebelum majlis pelancaran, wacana “Mahasiswa Selamatkan Rakyat” yang akan menyentuh mengenai pembinaan loji nadir bumi Lynis di Gebeng, Kuantan akan turut diadakan.
SMM terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa Nasional (Pro M), Kumpulan Anak Muda Independen (Kami) dan Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema).

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites