Sabtu, Ogos 20, 2011

Jika Ramadhan itu..

Jika Ramadhan itu seorang manusia, pasti kita peluk dan kita takkan melepaskannya.


Jika Ramadhan itu sekuntum bunga, pasti kita sirami dan bajai biar ia segar buat selamanya.


Ya, itulah suara hati kita. Terlalu kasih pada Ramadhan. Sudah pun tiba 10 hari terakhir Ramadhan dan ia membuat hati kita semakin sayu mengenangkan banyaknya dosa kita, sudahkah diampunkan Tuhan?




Kita telahpun tiba di pengakhiran Ramadhan. Pengakhiran dimana Allah menjanjikan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Hidup kita pun jauh untuk sampai 1000 bulan. Mana lagi yang kita boleh dapat kebaikan yang berlipatganda hanya dalam satu malam melainkan Lailatulqadar. Maha Suci Allah. Dia juga Maha Pemurah dan Maha Pengampun.




 Hakikatnya kita telahpun tiba di 10 malam terakhir Ramadhan dan kita tahu betapa Rasulullah s.a.w sangat menuntut kita untu sama- sama merebut Lailatulqadr kerana terlalu besar kelebihannya.

"Daripada Aisyah r.h.a berkata: adalah rasulullah s.a.w selalu beriktikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan dan baginda s.a.w bersabda, rebutlah bersungguh- sungguh peluang untuk mendapatkan lailatulqadar pada malam- malam sepuluh akhir ramadhan" riwayat Imam Bukhari.

Orang- orang beriman pasti akan bersiap sedia dari awal ramadhan dengan momentum ibadah yang istiqamah demi mencapai Lailatulqadr. Tidak dibazir walau sesaat pun dari hari pertama Ramadhan untuk beribadah kepadaNya. Matlamatnya satu, bertemu Lailatulqadr dan mencapai darjat taqwa. Namun dalam kesibukan sebahagian orang- orang mukmin dalam melipatgandakan amalan terutamanya di 10 Ramadhan terakhir, masih ada juga orang- orang yang ber'title' muslim di luar sana yang langsung tidak menghiraukan kemuliaan serta rahmat yang Allah turunkan sepanjang Ramadhan. Maksiat dan dosa dilakukan seperti tiada apa- apa yang berlaku.

Ayuh rakan- rakan sekalian, kita renung sejenak realiti negara kita hari ini. Kita baca akhbar setiap hari dan terlalu banyak dipaparkan kes -kes pembunuhan yang kejam. Malah di bulan Ramadhan yang mulia ini pun, kes- kes seperti itu masih berlarutan. Kita yang terbuai dengan rahmat yang Allah turunkan melimpah- limpah untuk hambanya yang beriman sering terkejut, terkoyak hati membaca berita seperti itu. 

Fitnah- fitnah berleluasa samada melalui media cetak mahupun media elektronik. Kebenaran ditonjolkan sebagai kezaliman, kejahatan manakala kezaliman pula yang ditonjolkan sebagai yang benar. Ini mengingatkan kita kepada kisah Dajjal yang datang pada akhir zaman untuk memurtadkan orang islam. Bagaimana yang diceritakan oleh nabi, dibawa Dajjal api dan air, apa yang disangkakan air itu api dan apa yang disangkakan api itulah air. Begitulah fenomena yang berlaku sekarang.

Pemimpin- pemimpin kita telah jauh meninggalkan AlQuran sedang Allah berkata dalam firmannya:


Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan

pemimpin di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang

 sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul

 (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.

 Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” 

(QS An-Nisa ayat 59)



Maka bagaimana kita ingin mentaati pemimpin yang bergelut dengan gejala 


rasuah, gila pangkat dan kedudukan, taksub pada nikmat dunia yang 


sementara sehingga rakyat menjadi mangsa.


Astaghfirullahalazim.

Ayuh kita insafi segala kekhilafan diri kita, kita kembali kepada Quran dan sunnah. Rasulullah s.a.w bersabda; "aku tinggalkan kamu dua warisan jika kamu berpegang teguh padanya nescaya kamu tidak akan sesat, itulah Al Quran dan As Sunnah. Kita ajak ahli keluarga kita, adik beradik kita, sahabat-sahabat kita dan seluruh umat islam dengan apacara sekalipun, kembali kepada apa yang telah Allah ajarkan melalui AlQuran dan melalui utusan agung Nabi Muhammad s.aw.

Akhir kata, selamat bermujahadah. Untuk mencapai darjat taqwa itu bukan mudah hanya seperti memetik jari, tapi jalan mujahadah yang harus ditempuhi berliku dan penuh onak duri. Kerana itulah jalan menuju syurgaNya. Pasti tiada yang kita harapkan dengan kehidupan sementara ini selain balasan syurga di akhirat kelak. Itulah sebenar-benar kehidupan yang tiada mati lagi. Ia kehidupan yang abadi. Kekal selamanya, maka kita pilih jalan mana yang ingin kita lalui? Jalan menuju neraka yang indah atau jalan menuju syurga yang penuh duri. Tepuk dada tanya iman.

Renung-renungkan. Selamat Beramal.=)



0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites