Ahad, Ogos 28, 2011

Perutusan Merdeka MPM UKM KL

Salam Merdeka


Assalamu’alaikum wbt dan selamat sejahtera.

Kami, wakil Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) Kampus Kuala Lumpur mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 54 yang jatuh pada tanggal 31 Ogos 2011 ini kepada semua rakyat Malaysia khususnya sahabat – sahabat mahasiswa dan mahasiswi UKM dan seluruh warga UKM. Alhamdulillah, hari ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini juga jatuh pada 2 Syawal 1432H yang bersamaan juga Hari Raya Aidilfitri yang kedua buat umat Islam.

Menyahut tema sambutan kemerdekaan kebangsaan pada tahun ini iaitu “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”, marilah kita sama – sama mentransformasikan diri daripada diri yang dulu kepada yang lebih baik dengan impak ibadah dalam bulan Ramadhan yang telah kita jalani sebelum ini. Signifikan hari kemerdekaan yang jatuh pada bulan Syawal ini bukan hanya semata – mata perlu dirasai dengan merdekanya negara kita daripada kawalan kuasa asing. Merdeka daripada penindasan dan penjajahan. Merdeka daripada mengikut telunjuk orang lain.

Namun begitu, ayuh kita raikan juga sambutan hari kemerdekaan dalam bulan Syawal pada tahun ini dengan memerdekakan diri kita daripada hawa nafsu yang membelenggu selama ini. Moga kita mampu lepas dan bebas daripada telunjuk dan perhambaan kepada syaitan pasca Ramadhan kali ini. Semoga dengan itu, kita mampu hidup dalam Redha Ilahi dan sejahtera bersama Rahmat – Nya sentiasa.

Merdeka daripada menjadi hamba syaitan dan hamba nafsu, kemerdekaan hakiki yang diraikan pada sebuah Aidilfitri. Iaitulah kembalinya manusia kepada asal. Kepada Fitrah. Moga kita mampu memaknakan sambutan Hari Kemerdekaan dalam sebuah Aidilfitri dengan sebenar – benar makna bebas dan merdeka!



sumber : http://mpmukmkl.blogspot.com/2011/08/salam-merdeka.html

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites