Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana kita masih
lagi diberi peluang untuk terus hidup dan berada dalam keadaan sihat selalu,
ribuan terima kasih kepada pihak Dekan Fakulti, Timbalan Dekan, Pensyarah,
Staff akademik, dan juga seuruh warga pejabat pentadbiran Fakulti Farmasi atas
menerima saya sebagai perantara dan juga anak angkat di dalam Fakulti Farmasi.
Tidak lupa juga rakan-rakan dari Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi (PMFFAR)
dan Sekretariat MPP Fakulti Farmasi (APi) yang banyak membantu saya dari segi gerak
kerja dalaman. Tidak ketinggalan kepada semua rakan-rakan seperjuangan saya
yang banyak membantu saya sepanjang berada dalam tampuk pemerintahan PMUKM.
Saya juga bersyukur kerana dilantik sebagai wakil Mahasiswa
Fakulti Farmasi sesi 2012/2013.Saya disini ingin mengucapkan terima kasih
kepada mahasiswa/I fakulti farmasi yang memberikan ruang dan peluang kepada
saya untuk menjalankan amanah dan
tanggungjawab sebagai pemimpin.
Alhamdulillah dengan bantuan rakan-rakan sepanjang sesi ini, saya dapat
menjalankan kesemua manifesto dan isu-isu kebajikan dengan baik. Manifesto
kebajikan dan juga akademik yang dibawa telah dijalankan dan telah juga
dibentangkan kepada semua dalam sesi dialog MPP yang lepas. Moga-moga segala
usaha dan tawakal itu mendapat ganjaran setimpal disisi tuhan yang maha esa.
Sahabat-sahabat
yang dikasihi sekalian,
Amanah
sebesar ini amatlah sukar dipikul seorang diri, tetapi dengan bantuan, nasihat
dan dorongan daripada mahasiswa/i sekalian, InsyaAllah sebesar-besar masalah
dapat diselesaikan.
"…..Saudara-saudara
sekalian, saya dipilih untuk memimpin kamu semua, dan saya bukanlah orang yang
terbaik diantara kamu sekalian. Kalau saya berlaku baik bantulah saya, kalau
saya salah, maka luruskanlah. Kebenaran adalah suatu amanah, dan dusta adalah
pengkhianatan.”
Ucapan
pertama saidina Abu Bakar selepas dilantik menjadi pemimpin.
Sahabat mahasiswa/i sekalian,
Perjuangan yang tiada pengakhiran daripada mantan MPP lepas
iaitu saudari Mariah dan saudari Akma perlu diteruskan dengan halatuju dan
mekanisme baru bagi merealisasikan impian semua warga fakulti farmasi untuk
melahirkan mahasiswa professional berkualiti dan seiring dengan perkembangan dan
keperluan semasa. Justeru saya mengharapkan kerjasama erat dari mahasiswa/I
yang saya cintai untuk meneruskan legasi keutuhan antara kita, kebajikan
bersepadu serta peningkatan nilai dan profesionalisme dalam menjalani kehidupan
semasa bergelar mahasiswa/I fakulti farmasi.
Akhir kata, memberikan hak kepada yang berhak, itulah
kata-kata yang saya pegang bagi menjadi pemimpin yang berkarisma dan
professional. Saya berharap semua pelajar dapat belajar dengan sistematik dan selesa
sepanjang berada di UKM ini. Semoga matlamat dan cita-cita dapat dicapai dengan
jayanya.
‘’Autonomi
Mahasiswa Merialisasikan Varsiti”
AHMAD
KHIDHIR BIN ISMAIL
MAJLIS
PERWAKILAN PELAJAR FAKULTI FARMASI
2012/2013 UKM
0 comments:
Catat Ulasan