Bagi menjawab kekeliruan mengenai isu JPA, PTPTN dan yuran, berikut penjelasan daripada MPP Nur Ili Mohamad Tarmizi.
Assalamua'laikum w.b.t dan salam sejahtera
Dalam masa 2 minggu pembukaan semester baru ini, terdapat pelbagai isu yang timbul dan fokusnya tentu sekali tidak akan lari daripada masalah KEWANGAN : isu JPA,PTPTN dan yuran. Kami di pihak MPP berusaha mendapatkan penjelasan dan juga seharusnya ingin membantu mengatasi masalah yang anda hadapi. Sila teliti penjelasan berikut:
JPA: Berdasarkan panggilan yang dilakukan kepada Bahagian Kewangan Pelajar (BKP), pihak JPA telah melakukan pembayaran untuk pelajar tahun satu dan pembayaran bagi pelajar-pelajar lain akan berlaku agak lewat berikutan masalah di pihak JPA sendiri.
Sumber dari MPP di UKM Bangi: Pegawai Bendahari UKM menyatakan bahawa pihak JPA telah melakukan proses pembayaran biasiswa secara berperingkat dengan menyelesaikan bayaran kepada semua pelajar-pelajar tahun 1 & 2 dahulu, dan akan disusuli bayaran kepada pelajar-pelajar tajaan biasiswa tahun 3 dan 4 secara berperingkat.
Buat mahasiswa tahun akhir yang sedang berhempas-pulas dengan tesis dan bagi mereka yang berada di kolej semasa cuti semester terutamanya, diharapkan anda semua dapat betul-betul bersabar. Dugaan sebegini sememangnya menguji daya rintangan kita terhadap masalah yang lebih besar di masa akan datang. Kuatkan semangat 'survival'!
PTPTN : Rata-rata pemerhatian yang saya lakukan, pelajar yang menerima PTPTN telah pun menerima transaksi pembayaran. Bagi mereka yang masih belum menerima sebarang transaksi dari pihak PTPTN, sila berikan no matrik anda kepada saya untuk dirujuk kepada Bahagian Kewangan Pelajar (BKP) UKM. Anda juga boleh mendapatkan maklumat berhubung masalah PTPTN anda sendiri kepada BKP di talian 03-89213113 atau 03-89213180.
Yuran: Pelbagai masalah yuran yang dialami pelajar merangkumi masalah yuran pengajian dan yuran penginapan kolej. Sekiranya masalah yang dialami oleh pelajar adalah kes yang sama, saya boleh merujuk hal ini kepada pihak yang berkenaan secara serentak. Namun, disebabkan masalah yang diterima dari pelajar adalah pelbagai, saya mengesyorkan anda merujuk terus kepada pihak yang berkenaan.
- Masalah yuran pengajian: Pihak BAKA menyarankan anda merujuk masalah ini ke Bahagian Kewangan Pelajar (BKP) di talian 03-89213113 atau 03-89213180. Beri penjelasan tentang kes anda seperti berapa yuran yang sepatutnya dibayar, berapa bayaran jam per unit bagi kursus anda dan sebagainya.
- Masalah yuran kolej: Isu ini perlu dirujuk ke pihak pengurusan kolej. Beri penjelasan tentang kes anda di kaunter pejabat kolej. Sebagai contoh, anda menginap di luar semester hanya untuk seminggu, namun anda dicaj untuk bayaran sebulan..beri penjelasan tentang tarikh menginap luar semester yang telah anda isi di dalam borang dan pada tarikh bila anda memulangkan kunci.
Secara jujurnya, pihak kami ingin membantu anda secara individu,case-by-case terutamanya dalam isu yuran,namun disebabkan terlalu banyak kes yang berbeza dan setiap kes memerlukan penjelasan yang berlainan,saya menyarankan anda merujuk sendiri kepada pihak-pihak seperti di atas bagi mempercepatkan proses penyelesaian.
Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam penjelasan di atas dan atas sebarang kekurangan dalam membantu anda mengendalikan isu-isu ini. Semoga kita dapat sama-sama bertindak bagi mengatasi isu-isu ini bersama. Bagi mereka yang mahu berhubung dengan pihak pengurusan kewangan dan pengurusan kolej,pastikan anda berkomunikasi dan berhubung dengan mereka secara berhemah. Sekiranya mendapat respons yang kurang memberangsangkan,mengertilah bahawa mereka hanya insan biasa yang perlu melayani pertanyaan dan aduan dari ramai lagi orang seperti kita. Maka,bertindaklah dengan rasional.
Semoga anda semua memperoleh manfaat dan informasi dari post ini. Jika terdapat sebarang persoalan lagi, bolehlah adukan ke nurilimt@gmail.com atau ilipmukm@gmail.com. Sekian.
Melahirkan Mahasiswa Cakna!
http://www.ilimppfskb.blogspot.com/
http://www.facebook.com/?ref=home#!/notes/nur-ili-mohamad-tarmizi/penjelasan-isu-jpaptptn-dan-yuran/476689557095
0 comments:
Catat Ulasan