Khamis, Januari 24, 2013

Laporan Perjumpaan bersama En Roslan dari Unit UKP


23 Jan 2013, MPP Hazrin, MPP Khidir, dan MPP Laila telah bersama dengan En Roslan dari Unit kebajikan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Kak wan juga turut hadir dalam mesyuarat yang hampir 2 jam tersebut. Dalam mesyuarat tersebut, pelbagai isu berkaitan kebajikan yang telah kami bangkitkan demi menjaga kebajikan mahasiswa terutama mahasiswa di kampus Kuala Lumpur.  antara isu yang telah dibangkitkan adalah:

1.      Isu pihak JPPel di kampus Kuala Lumpur
·         Kebanyakkan pelajar mengalami kesukaran kerana kak wan dari JPPel hanya ada setiap hari rabu setiap minggu. Jadi kami usulkan dan bersetuju supaya pihak JPPel akan hadir 2 hari dalam seminggu bagi setiap minggu, iaitu hari selasa dan khamis.
·         Kami bertiga juga telah usulkan supaya wakil dari pihak unit pembangunan insaniah turut hadir setiap minggu dalam membantu dalam urusan program pelajar.
·         MPP Laila juga mencadangkan supaya pihak JPPel diadakan di PPUKM yang sebelum ini tiada. Pihak UKP bersetuju untuk menghantar wakil di sana setiap minggu pada hari yang akan diberitahu kemudian

2.      Isu Klinik
·         MPP Hazrin, MPP Khidir, dan MPP Laila telah menerima beberapa aduan berkaitan perkhidmatan klinik panel (Klinik Reddy) yang agak kritikal. Sudahlah jauh, perkhidmatannya pula kurang baik, jadi kami mengusulkan untuk perkhidmatan klinik panel tersebut disemak semula dan mungkin ditukar.

3.      Isu Bajet program
·         Seperti yang kita tahu, kertas kerja program bagi sem 2 sesi 2012/2013 perlu  dihantar sebelum 21 januari 2013. Mulai tahun ini, pihak JPPel hanya memberikan bajet kepada program yang memberi impak yang besar pada pelajar UKM. “Dana bagi program terpaksa di hadkan kerana bajet kepada Universiti untuk aktiviti pelajar telah di hadkan”’ kata en Roslan. Kita juga tidak terlepas dengan isu politik Negara kini yang university awam juga turut terkena tempiasnya.

4.      Isu kewangan pelajar tajaan
·         Pelajar tajaan JPA diingatkan supaya mencapai PNG 2.50 dan keatas. Hal ini kerana, pelajar yang di bawah PNG 2.50 akan ditahan pembayaran duit tajaan sehingga pelajar mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JPA. Ia berkuatkuasa mulai sem depan iaitu semasa pembayaran tajaan sem 1 sesi 2013/2014.
·         Pelajar yang mengalami kemalangan, kamatian keluarga, dan kehilangan barang. Anda boleh memohon sumbangan dari unit kebajikan pelajar. Pelajar boleh terus merujuk terus kepada kak wan atau MPP kampus Kuala Lumpur.
·         En roslan telah menegaskan bahawa apabila pembayaran JPA atau PTPTN berlaku kelewatan. Pelajar boleh memohon duit pendahuluan dari pihak UKP bagi pembelanjaan sementara dan ia perlu dibayar semula.

Suara anda, suara kami. Kebajikan anda kepentingan kami. MPP Hazrin, MPP Khidir, dan MPP laila bersedia untuk membantu pelajar. Selamat bercuti kepada mahasiswa UKM.


“Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti”

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites