23 Jan 2013, MPP Hazrin, MPP Khidir, dan MPP Laila
telah bersama dengan En Roslan dari Unit kebajikan Pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia. Kak wan juga turut hadir dalam mesyuarat yang hampir 2 jam
tersebut. Dalam mesyuarat tersebut, pelbagai isu berkaitan kebajikan yang telah
kami bangkitkan demi menjaga kebajikan mahasiswa terutama mahasiswa di kampus
Kuala Lumpur. antara isu yang telah
dibangkitkan adalah:
1. Isu
pihak JPPel di kampus Kuala Lumpur
·
Kebanyakkan pelajar mengalami kesukaran
kerana kak wan dari JPPel hanya ada setiap hari rabu setiap minggu. Jadi kami
usulkan dan bersetuju supaya pihak JPPel akan hadir 2 hari dalam seminggu
bagi setiap minggu, iaitu hari selasa dan khamis.
·
Kami bertiga juga telah usulkan supaya
wakil dari pihak unit pembangunan insaniah turut hadir setiap minggu dalam
membantu dalam urusan program pelajar.
·
MPP Laila juga mencadangkan supaya pihak
JPPel diadakan di PPUKM yang sebelum ini tiada. Pihak UKP bersetuju untuk
menghantar wakil di sana setiap minggu pada hari yang akan diberitahu kemudian
2. Isu
Klinik
·
MPP Hazrin, MPP Khidir, dan MPP Laila
telah menerima beberapa aduan berkaitan perkhidmatan klinik panel (Klinik
Reddy) yang agak kritikal. Sudahlah jauh, perkhidmatannya pula kurang baik,
jadi kami mengusulkan untuk perkhidmatan klinik panel tersebut disemak semula
dan mungkin ditukar.
3. Isu
Bajet program
·
Seperti yang kita tahu, kertas kerja
program bagi sem 2 sesi 2012/2013 perlu
dihantar sebelum 21 januari 2013. Mulai tahun ini, pihak JPPel hanya
memberikan bajet kepada program yang memberi impak yang besar pada pelajar UKM.
“Dana bagi program terpaksa di hadkan kerana bajet kepada Universiti untuk
aktiviti pelajar telah di hadkan”’ kata en Roslan. Kita juga tidak terlepas
dengan isu politik Negara kini yang university awam juga turut terkena
tempiasnya.
4. Isu
kewangan pelajar tajaan
·
Pelajar tajaan JPA diingatkan supaya
mencapai PNG 2.50 dan keatas. Hal ini kerana, pelajar yang di bawah PNG 2.50
akan ditahan pembayaran duit tajaan sehingga pelajar mengemukakan surat tunjuk
sebab kepada pihak JPA. Ia berkuatkuasa mulai sem depan iaitu semasa pembayaran
tajaan sem 1 sesi 2013/2014.
·
Pelajar yang mengalami kemalangan,
kamatian keluarga, dan kehilangan barang. Anda boleh memohon sumbangan dari
unit kebajikan pelajar. Pelajar boleh terus merujuk terus kepada kak wan atau
MPP kampus Kuala Lumpur.
·
En roslan telah menegaskan bahawa
apabila pembayaran JPA atau PTPTN berlaku kelewatan. Pelajar boleh memohon duit
pendahuluan dari pihak UKP bagi pembelanjaan sementara dan ia perlu dibayar
semula.
Suara
anda, suara kami. Kebajikan anda kepentingan kami. MPP Hazrin, MPP Khidir, dan
MPP laila bersedia untuk membantu pelajar. Selamat bercuti kepada mahasiswa
UKM.
“Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti”
0 comments:
Catat Ulasan