LAPORAN HASIL
PERBINCANGAN BERSAMA PENGUSAHA KAFETARIA FAKULTI UKM KL
Tarikh: 5 April 2013
Tempat: UKM
Kampus Kuala Lumpur
Satu perjumpaan telah diadakan antara MPP Nur Lailatul Fitri (MPP Fakulti Perubatan) dan MPP Ahmad Khidir (MPP Farmasi) bersama pengusaha
kafetaria fakulti UKM KL untuk membincangkan lagi tentang aduan-aduan yang
telah diterima oleh MPP dan juga hasil survey
kafetaria secara online yang telah dijalankan baru-baru ini.
Hasil survey
yang telah dijalankan, kami mendapati masalah yang paling ketara adalah harga makanan yang terlalu mahal, tidak
berpatutan, dan tidak tetap. Jawapan yang kami terima daripada pengusaha
kafe tersebut adalah sama, iaitu harga makanan yg ditetapkan sebegitu kerana
harga bahan mentah telah meningkat. Kuantiti makanan yang diambil juga menjadi
salah satu kayu ukur terhadap harga makanan yang telah diberikan. Solusi bagi
masalah ini adalah pengusaha kafe akan memaparkan
harga makanan di tempat yang mudah dilihat oleh semua mahasiswa/i dalam
masa terdekat. Para pengunjung kafetaria boleh merujuk harga makanan di situ
dan jika masih tidak berpuas hati dengan harga yang diberikan, pelajar boleh
mendapatkan penjelasan sendiri di kaunter.
Selain itu, masalah tahap kebersihan kafetaria yang sangat tidak memuaskan juga telah
diajukan. Pihak kafe akan mengambil
tindakan sewajarnya untuk memastikan kebersihan kafe bertambah baik. Pihak
kafe juga telah mengadukan kepada kami mengenai sikap sesetengah mahasiswa/i
dan pengunjung kafetaria yang lain yang tidak menghantar pinggan dan cawan yang
telah digunakan ke dalam tong yang disediakan. Hal ini merupakan salah satu
faktor burung yang banyak masuk ke kafe untuk makan makanan yang ditinggalkan
di atas meja. Jadi, sama-samalah kita menjalankan tanggungjawab masing-masing
supaya dapat menikmati keselesaan bersama.
Masalah sikap cashier
yang tidak mesra dan memberikan harga makanan yang tidak sama juga telah
kami adukan dan pihak pengurusan kafe akan menegur dan cuba untuk mengatasi masalah berikut.
Cadangan untuk
menyediakan sudu dan garfu besi juga
telah kami ajukan. Pihak kafe telah menyediakan sudu dan garfu besi pada awal
perkhidmatannya di kafetaria fakulti UKMKL. Tetapi sikap tidak bertanggungjawab
segelintir pengunjung kafe dan beberapa pihak lain telah menyebabkan terlalu
banyak sudu dan garfu yang hilang. Atas sebab itulah sudu dan garfu plastik
telah digunakan sehingga sekarang.
Suara anda, suara kami. Kebajikan anda kepentingan kami. MPP laila, MPP Hazrin dan MPP Khidir bersedia untuk membantu pelajar.
“Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti”
0 comments:
Catat Ulasan