Khamis, Julai 28, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan



Khutbah Nabi SAW di akhir Syaaban

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman RA, katanya:
“Rasulullah SAW pada hari terakhir dari bulan Syaaban berkhutbah di hadapan kami. Maka baginda bersabda:
Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan iaitu bulan yg di dalamnya ada satu malam yg lebih baik dari seribu bulan; bulan yg Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu & qiam di malam harinya suatu tathauwu’. Barangsiapa mendekatkan dirinya kpd Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yg lain. Dan barangsiapa menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yg lain.
Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan & bulan Allah menambah rezeki para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yg berpuasa adalah yg demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya & kemerdekaan dirinyadari neraka. Orang yg memberikan makanan berbuka puasa baginya pahala seperti pahala orang yg mengerjakan puasa itu tanpa sedikitpun berkurang.
Para sahabat berkata:
“Ya Rasulullah SAW, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa.”
Maka bersabda Rasulullah SAW: “Allah memberikan pahala ini kepada orang yg memberikan sebiji kurma atau seteguk air atau sehirup susu. Dialah bulan yg permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya merdeka dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari hamba sahaya (pembantu rumah), nescaya Allah mengampuni dosanya & memerdekakannya dari neraka.
Kerana itu banyakkanlah yg 4 perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk kamu menyenangkan  tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yg kamu lakukan menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepadaNya. Dua perkara yg kamu sangat menghajatinya ialah mohon syurga & berlindung dari neraka. Barangsiapa memberi minum kepada orang yg berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamKu dengan suatu minuman yg dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya sehingga ia masuk dalam syurga.”
(At Targhib II : 217-218)
Dipetik dari buku Pedoman Puasa (Prof Dr T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy)-ISMA
Insyaallah Ramadhan Yang Mulia bakal tiba beberapa hari lagi. Pastinya masing- masing berazam untuk melakukan yang terbaik sepanjang Ramadhan nanti. Sudah ada jadual perancangan amalan harian yang kira- kira wajib dilakukan sepanjang Ramadhan. Namun dalam keghairahan kita untuk meningkatkan amalan sepanjang bulan Ramadhan nanti, jangan lupa berdoa "Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan" kerana ajal kita hanya dalam pengetahuan Allah Yang Maha Luas. Maka sebagai hamba, tidak dapat tidak, wajarlah kita menaruh sepenuh harapan kepadaNya agar disampaikan kita kepada Ramadhan kali ini.
Rancanglah dengan baik. Azam yang tinggi untuk meningkatkan amalan sepanjang Ramadhan mestilah diiringi dengan mujahadah yang kuat dan berterusan. Pastinya sukar bagi kita untuk meninggalkan kebiasaan yang kita lakukan di bulan - bulan lain yang kebanyakannya tidak memberi faedah. Namun itulah namanya mujahadah. Setelah syaitan dirantai, nafsu akan berkerja keras menumpaskan kita. Maka janganlah kita kalah dengan nafsu..didiklah nafsu dengan zikrullah..agar nafsu itu terarah kepada amalan kebaikan yang menjadikan kita cukup 'bernafsu' untuk melakukan amalan- amalan soleh. Insyaallah.
Pihak GMUKM secara peribadinya ingin berkongsi satu amalan yang boleh kita lakukan bersama- sama selepas solat menurut satu hadis Rasulullah s.a.w dalam Kitab Riyadhussolohin:

Direkodkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah RadiyaLLahu ‘anhu katanya :
RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam, sabdanya : “Sesiapa yang bertasbih selepas setiap kali solat sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali dan Takbir 33 kali, jumlah kesemuanya akan menjadi 99 kali. Apabila dia mencukupkan bilangan keseratus kali dengan menyebut “
La ilaha illaLLah wahdahu la syariKalah lahumulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli sya’in Qodir
Nescaya ALlah subahanahu wa ta’ala akan mengampunkan dosa-dosanya, walaupun dosa-dosanya seperti buih-buih di lautan.
Renung- renungkan. Selamat Beramal=)

Selasa, Julai 05, 2011

Ini Langkahku



Mungkin,
Ini kali terakhir sebelum nafasku putus di sana;

Mungkin,
Aku di balik jeriji selepas ini;

Mungkin,
Ini kali terakhir sebelum aku yakin, kerajaan yang zalim ini pasti dan bakal runtuh

Walau apa pun kemungkinannya,
MENGALAH TIDAK SEKALI;
Kerana aku YAKIN dan PASTI;



INI LANGKAH JIHADKU UNTUK NEGARAKU;
INI JAWABKU ANDAI DITANYA APA YANG LU LAKUKAN UNTUK TEGAKKAN DAULAH ISLAM;
INI...SELEMAH-LEMAH PENGORBANAN, DARIKU UNTUK PERTIWIKU...





Insyaallah, tidak akan ku sesali langkah ini,
Kerana lahirnya dari NIAT yang BERSIH,
untuk NEGARA yang BERSIH,
KERAJAAN yang BERSIH...


Unggun Bersih


oleh A Samad Said

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

 
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

 
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

Sabtu, Julai 02, 2011

Mahasiswa Tuntut Bersihkan Pilihanraya

Apa Itu BERSIH?

1. BERSIH adalah sebuah gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia.

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites