Isnin, April 06, 2009

SEMANGAT GABUNGAN MAHASISWA UKM TERUS MENYENGAT ..!!!




Memintas masa yang lagaknya umpama pedang bukanlah hal yang mudah..
enteng-enteng untuk difikirkan !!!
merempuh bulan peperiksaan bukanlah penghalang untuk penggerak dan pendokong GM UKM untuk berhenti rehat dari berbakti dan terus menjaga kebajikan mahasiswa..



Keseriusan kami dalam melaksanakan visi dan misi universiti untuk kebajikan mahasiswa akan semakin terserlah lagi dengan sokongan para penyokong GM-UKM.


POWER OF GM-UKM
STRIVE FOR YOUR WELFARE !!!




EMEL : PELIK SUNGGUH GABUNGAN MAHASISWA!

Selepas Pilihan Raya Kampus melabuhkan tirainya, kini mahasiswa bakal melangkah masuk ke musim peperiksaan akhir tahun. 1 event besar untuk dijayakan dengan cemerlang, dan pastinya menuntut komitmen yang tidak berbelah bahagi oleh aktivis Gabungan Mahasiswa (Pro-Mahasiswa).


Buat pengetahuan anda semua, bilangan mereka sebenarnya tidak ramai jika hendak dibandingkan dengan populasi keseluruhan mahasiswa di UKM ini. Hanya sekitar 3 % sahaja. Tetapi mengapa mereka begitu tegar dan istiqamah dengan gerak kerja mereka? Bagaimanakah mereka dapat semangat dan kekuatan sebegini? Adakah mereka dihidangkan dengan habuan duit dan kuasa?



PELIK BETUL MEREKA NI.APA TIDAK PELIKNYA, ketika anda sedang bersengkang mata mengulangkaji pelajaran setiap malam, ketika itu lah "mereka" menghadiri mesyuarat, mengadakan sesi "brainstorming", membincangkan permasalahan kampus, memerah otak dan tenaga untuk merealisasikan penyelesaian dan sebagainya. Mereka sedar bahawa jika mereka tidak melaksanakan amanah ini, siapa lagi yang mahu peduli?



TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA? APA TIDAK PELIKNYA, bila orang lain sudah masuk tidur, waktu itulah mereka baru pulang ke bilik/rumah sewa masing-masing. Penatnya badan, hingga terasa nak tumbang terus di atas tilam yang empuk. Tetapi mereka sedar mereka perlu kuat dan berkorban. Kewajipan sememangnya lebih banyak dari masa, dan setiap masa bagi mereka adalah ibarat harta yang tidak ternilai. Mereka gagahi juga kudrat mereka untuk menyiapkan assignment dan mengulangkaji pelajaran.



TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?APA TIDAK PELIKNYA, ketika orang lain sedang bermimpi indah, mereka tersengguk-sengguk menelaah. Tanpa sedar, mereka kadangkala tewas kepada hak badan mereka, lalu terlena di atas meja studi masing-masing atau tidur bergelimpangan di atas tikar rotan. Berdengkur kuat, sekuat kualiti perjuangan mereka. Anda mungkin lena tidur di atas tilam empuk, bantal empuk dan bantal peluk, sambil menyumbat MP3 di telinga.



TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?APA TIDAK PELIKNYA, ketika orang lain bangun lambat, mereka bangun awal setengah jam sebelum masuk waktu solat subuh, menggigil membersihkan badan untuk bersunyi-sunyian dengan Pencipta, sebagai tanda syukur atas segala nikmat-Nya terhadap mereka. Murah sekali air mata berguguran tatkala bertemu dengan-Nya, hingga tak lupa untuk mendoakan kesejahteraan ummat dan tertegaknya Islam di medan kampus. Bengkak mata jelas kelihatan, iaitu kerana tidak cukup tidur sedangkan kuliah bakal bermula seawal 8 pagi. Tidak ada tidur selepas subuh dalam kamus hidup mereka.



TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?APA TIDAK PELIKNYA, ketika anda menjamu selera di kafeteria, mereka ketat mengikat perut, dan ada yang berpuasa sunat kerana wang sudah banyak dihabiskan untuk biaya aktivitas mereka. Wang PTPTPU ataupun JPA sudah kering kontang, setelah ditolak untuk pembayaran yuran pengajian. Harga minyak naik, barang naik, makanan naik, tambah memeritkan. Tetapi mereka tidak pernah mengeluh, dan tidak cemburu dengan kemewahan anda saban hari. Kerana mereka merasa cukup dengan janji-Nya.



TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?APA TIDAK PELIKNYA, pada hujung minggu. ketika anda seronok berjalan-jalan dengan kekasih masing-masing, mereka mengira setiap syiling untuk disumbat dalam mesin tiket LRT, kerana ada tugasan dakwah perlu diutamakan. Mereka meraba-raba duit kertas untuk mengisi barang seringgit dua petrol ke dalam tangki motosikal. Sanggup menahan lapar dahaga bagi memastikan duit cukup untuk tambang pergi dan balik. Ketika mereka keletihan melunaskan tuntutan perjuangan, anda sedang lahap menikmati Burger Zinger di KFC sehingga kembung perut.



TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA? PELIK SUNGGUH manusia macam ni. PELIK bin AJAIB.Tetapi, yang tambah PELIK ialah, masih ada segolongan pihak yang menolak dan menentang perjuangan mereka. Mereka yang menentang itu, berkorban pun liat, akhlak pun masih kurang, tetapi ada hati mahu menabik dada bahawa mereka adalah di pihak yang benar. Lucu, sungguh lucu.



Jadi, siapakah yang menjadi pilihan anda sebagai pemimpin bagi sesi akan datang? Yang PELIK kah atau yang JELEK? Fikir-fikirkanlah wahai mahasiswa yang bijak bestari. Kalau tak mampu jadi PELIK, sokonglah MOLEK-MOLEK.

EMEL : LUAHAN HATI MAHASISWA PERAK




Apabila seseorang yang dihormati kerana kebaikannya, maka orang itu akan terus diingati. Inilah yang berlaku di Kelantan Darul Naim. Kebaikan yang dimiliki oleh sosok kecil Tok Guru, menundukkan ramai orang. Mereka hormat kerana sayang bukannya takut. Tok Guru tidak pernah menjatuhkan aib sesiapa. Maka, itulah sedikit bayangannya muncul di Perak, lewat perlantikan tanpa duga Ir Nizar sebagai Menteri Besar.



Lama dahulu…jangan kata orang Kelantan, kami di Perak pun tidak mengenali sangat sosok tinggi gagah Ir Nizar. Bahkan, mungkin jika terlanggar bahu di pasar, kami mengingatkan dia seorang cina. Matanya yang sepet dan iras wajahnya memang seorang cina, kerana ibunya memang seorang cina. Rupa-rupanya, Allah SWT menyimpan Ir Nizar untuk menjadi MB kami. Sungguh tak disangka.



Apabila Ir Nizar menjadi MB, baharulah rakyat sedar siapa beliau. Bukan sekadar jaminan kelayakan akademik yang begitu tinggi…tetapi juga pakej lain yang ada pada diri Ir Nizar. Saya sendiri tidak menyangka, dengan imej seorang aktivis PAS berjanggut sejemput itu, dia rupa-rupanya adalah manusia yang hebat seakan bayang Tuan Guru yang muncul di Perak.



Barulah kami tahu, Ir Nizar bukan sekadar seorang jurutera lulusan luar negara; tapi juga seorang ‘ustaz’ yang sering mengajar di masjid dan surau. Nizar juga bukan sekadar petah berpidato di pentas politik, malah petah bicaranya di mimbar masjid. Nizar yang ada bukan sekadar fasih berbahasa Melayu; tetapi juga Inggeris, Cina, Tamil dan Arab!



Apabila Ir Nizar memberikan ucapan sulungnya di hadapan ribuan rakyat Perak berketurunan cina, ramai yang terkedu apabila beliau berkomunikasi dengan lidah cina. Bukan satu dialek, tetapi tiga. Jarang orang Melayu-Islam-PAS yang mampu bertutur dalam dialek Kantonis, Hokkien dan Mandarin. Tapi Ir Nizar boleh!
Apabila Nizar bertamukan orang India, maka lancar sahaja lidahnya berbahasa tamil.



Sekali lagi kami terkedu. Apakah Ir Nizar ini anak ‘buluh betung’ yang mampu berbicara dengan sesiapa sahaja?




Apabila menceritakan komunikasinya dengan Pak Arab dari Timur Tengah, Ir Nizar menceritakan bahawa dia berbicara dengan bahasa yang sama dengan mereka. Lalu ia memudahkan ‘cerita’ dan Pak Arab setuju datang melabur ke Perak. La…rupa-rupanya Ir Nizar kami fasih juga berbahasa Arab!



Bahasa Inggeris…Bahasa Melayu…jangan cakaplah. Jika sudah bertahun di luar negara mengaji ilmu kejuruteraan, takkan tak reti bahasa Inggeris. Jika sudah keturunan Melayu, takkan jelek berbahasa Melayu!



Kemudian, kami di Perak tambah teruja apabila MB kami ini rupanya sangat sayangkan Bahasa Melayu. Siapa pun tidak menyangka, rupa-rupanya dek kerana sayangkan bahasa ibundanya sendiri, maka Ir Nizar lama sebelum menjawat jawatan MB telah membawa anaknya menyaman Kerajaan Malaysia. Samannya berasas, kerana Kerajaan Malaysia telah melanggar hak Bahasa Melayu seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan Perkara 152. Sungguh bangga kami mempunyai MB seperti Ir Nizar…sayangnya bukan setakat di mulut tapi di kota apa yang dikata.



Apabila bergelar MB pun, Ir Nizar tetap mengekalkan watak seorang lelaki biasa. Tidak pula kelihatan dia memasang ‘body guard’ keliling pinggang. Bahkan, apabila Nizar menjadi MB lah, maka kediaman Menteri Besar di Ipoh makin terbuka untuk rakyat. Merasalah kami memijak aspal dan rumput di dalam kawasan kediaman MB. Jadilah…


Ir Nizar tidak malu pun untuk menikmati nasi bungkus di pejabatnya. Samalah dengan Tuan Guru mentornya di Kelantan. Nasi bungkus sudah jadi santapan biasa. Bukan haram pun…bahkan itulah yang rakyat suka.



Apabila diteropong kepada isterinya pula, lega hati…tak adalah pula Datin Seri Fatimah sudah naik ‘tocang’ dengan ternobatnya suami menjadi MB. Masih lagi bertudung litup, masih sopan berkerudung dan berkurung. Masih sopan melayan tetamu dan pengunjung. Tidaklah berubah menjadi ‘kaduk naik junjung.’



Anak-anak Ir Nizar lagilah…sungguh kami tak sangka, MB kami ini berwawasan akhirat melampaui dunia yang singkat. Anak-anaknya dihantar ke Timur Tengah, belajar syariah dan menjadi hafiz Quran. Samalah juga seperti Tuan Guru Nik Aziz, anak-anaknya alim dan warak…samalah seperti ayahandanya.



Itulah…sejuk hati kami rakyat Perak ber-MB-kan Ir Nizar. Tapi…selalunya orang yang baik memang ada yang berdengki. Maka, dilemparkanlah fitnah dan tohmah. Disebarkanlah berita palsu dan dakyah. Semuanya agar imej MB Ir Nizar yang baik bertukar comot dan kelam.



Semuanya ditangani dengan baik oleh Ir Nizar. Namun, kami rakyat Perak sedar…tidaklah semuanya sempurna 100 peratus. Adalah sedikit-sedikit kesalahan yang beliau terbuat atau terlepas pandang. Namun, semuanya masih boleh dimaafkan. Bukanlah besar sangat pun.



Malangnya, kesalahan kecil itulah diperbesarkan. Isu pemberian tanah kepada orang cina menjadi bahan utama. Kasihan MB Nizar. Takkanlah memberi tanah kepada rakyat Perak itu salah. Lainlah memberikan tanah kepada orang Singapura…macam terlepasnya Pulau Batu Puteh…tapi, penjelasan dan penafiannya tidak didengari. Mereka asyik mengecam dan mencaci. Kasihan MB kami.



Kini, puaslah agaknya hati para pendengki itu. Mereka sudah berjaya menafikan hak MB kami. Ir Nizar dipaksa turun dari jawatannya. Mereka peralatkan sultan. Mereka peralatkan media. Mereka jaja nama tuanku. Kononnya Ir Nizar sudah derhaka. Lalu, mereka angkat sumpah menjadi MB baru…walaupun MB Nizar masih MB yang sah.



Inilah cerita MB kami, Datuk Seri Hj Ir Muhammad Nizar Jamaludin. Anak Kampar Perak yang membesar di sekolah cina, belajar hingga ke England dan akhirnya mampu berkhutbah di mimbar masjid dan berceramah agama di mana-mana. Sayang…seorang teknorat agama seperti ini difitnah oleh orang seagama, yang kemaruk kuasa.



Tapi kami yakin…tak lama lagi, beliau akan jadi MB semula. Kami yakin…kami percaya, kerana kami pegang janji Allah…siapa yang tolong Allah maka Allah akan menolong mereka dan meneguhkan tapak kaki mereka. Amin…

MAHASISWA DIGESA BALIK MENGUNDI


Jalan Temerloh - Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) dan Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) masing-masing menggesa seluruh mahasiswa Malaysia turun mengundi 7 April ini dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau.



Bercakap kepada media pagi semalam, Presiden BERSATU Hafez Sabri menggesa seluruh mahasiswa Perak terutamanya yang berada di luar Perak untuk meluangkan masa demi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan warga Perak amnya dalam sistem demokrasi negara ini.

“Kita sebagai anak muda Perak mesti tunai tanggungjawab untuk pilih pemimpin baru. Saya seru kepada semua anak muda di Bukit Gantang terutamanya yang berada di perantauan untuk sama-sama turun mengundi pada selasa ini (7 April),” tegas beliau semasa bertemu golongan muda negeri itu semalam dalam satu majlis.

Dalam pertemuan yang lain, presiden PERSADA, Mohd Faisal Mustafa mengingatkan kepada semua pengundi supaya memilih pemimpin yang adil dan tidak bersifat perkauman.

“Kita mahasiswa sebagai pelapis kepada generasi muda Malaysia yang baru, dalam (suasana)politik baru tidak boleh melihat pemilihan pemimpin dari sudut kaum. Malaysia yang baru mesti dipimpin oleh pemimpin yang tepat tanpa tengok (melihat) pada kaum mana dia datang. Yang penting ialah kepimpinan yang telus, jiwa rakyat,” ujar beliau sambil menggesa seluruh mahasiswa Kedah untuk turun mengundi di pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.

Terdahulu, NGO Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menghantar 300 mahasiswa dari pelbagai universiti di Lembah Klang ke Kuala Sepetang, satu daripada tiga DUN bawah Bukit Gantang minggu lepas.

Sambil menegaskan bahawa pertubuhan mahasiswa tersebut tidak condong kepada mana-mana parti politik, mereka pergi mengedarkan risalah isu politik itu di kawasan-kawasan perkampungan di DUN itu yang mempunyai hampir 20,000 pengundi, 32 peratus daripadanya Cina.

Jumaat, April 03, 2009

ISIUKM TERUS MARA







Jumaat, 3 April - satu lagi program ISIUKM (Ikatan Studi Islam UKM) iaitu Seminar Dakwah Fardiah dan Perbandingan Agama yang bertemakan "DIMENSI BARU WASILAH DAKWAH" pada 4-5 april 2009 jam 8.30 pagi-5.30 ptg,bertempat di DK3B301 FSSK.


MPP PMUKM Fakulti Pendidikan, juga Exco Siasah dan Dakwah ISIUKM, saudara Affandi Bin Abdul Rahman dalam komentarnya berkata, " Jom tambah ilmu...Kenal Islam dan cinta Islam..Ikatan Studi ISLAM merupakan sebuah gerakan ataupun persatuan yang bertindak untuk menerapkan nilai-nilai islam yang syumul kepada seluruh masyarakat kampus.




Lantaran itu ISIUKM pada masa sekarang, biarpun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, namun ISIUKM sesekali tidak akan berundur daripada melaksanakan tanggungjawab menyeru masyarkat kampus kearah kebenaran dan menentang habis-habisan kemungkaran yang berleluasa di perbukitan ilmu ini.


Justeru itu dengan semangat yang kental ISIUKM dengan gagahnya telah mengatur pelbagai strategi dan kaedah semata-mata ingin memartabatkan islam yang tercinta di bumi ukm ini.




Kini, ISIUKM tampil lagi dengan satu lagi program yang cukup bermakna untuk meningkatkan kualiti umat islam itu sendiri, SEMINAR DAKWAH FARDIAH DAN PERBANDINGAN AGAMA yang bertemakan DIMENSI BARU WASILAH DAKWAH pada 4-5 april 2009 jam 8.30 pagi-5.30 ptg,bertempat di DK3B301 FSSK.SEMUA DIJEMPUT HADIR."




Anjuran:Lajnah Tarbiyah & Kepimpinandengan kerjasamaLajnah Hubungan Antara Kaum
untuk keterangan lanjut sila hubungi
-Nik Sabarudin Bin Abdullah(013-3069112)
-Hafiza Bt Muhammad(019-6414082)
-Rabunah Bt Ahmad(013-2125081)
makanan disediakan dan yuran penyertaan sebanyak RM 6



Saudara Affandi Bin Abdul Rahman boleh dihubungi melalui http://mujahidmuda-fendi.blogspot.com/



Rabu, April 01, 2009

PERKASAKAN SOFT SKILL

Khamis, 2 April - satu pendekatan yang mantap oleh persatuan ISIUKM (Ikatan Studi Islam UKM) melalui Bengkel Berkembar ISIUKM, penulisan dan pengurusan organisasi telah diadakan pada 1 April, di bangunan FSSK, UKM Bangi.



Slot bengkel penulisan telah disampaikan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Karangkraf, En. Abdul Jalil Ali manakala slot bengkel pengurusan organisasi dikemudikan dengan penuh bertenaga oleh motivator terkenal En. Amin Idris, host konsert nasyid "Dimensi Kesenian Islam II" baru-baru ini di sini.









Program tersebut telah dirasmikan sendiri oleh Presiden ISIUKM, Mohd Idris Bin Mohd Yussoff dan Timbalan Presiden ISIUKM, Hisyammuddin Che Ali dengan tema "LEADERS ARE READERS" sempena kempen bulan membaca menjelang musim peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi.




Menurut Presiden ISIUKM, saudara Mohd Idris Bin Mohd Yusoff merangkap MPP PMUKM Fakulti Pengajian Islam, "skill penulisan adalah satu saham akhirat yang bukan sahaja sekadar kita belajar, malah untuk berkongsi maklumat, idealisme, pandangan dan paling penting sekali memperkasakan skill penulisan itu sendiri.



Para blogger yang tidak asing lagi dalam konteks kehidupan mahasiswa, perlu memperkembangkan lagi soft skill kendiri dengan idea-idea yang tajam, kreatif dan kritis. Nabi Idris AS contohnya, adalah orang pertama yang menggunakan pena dalam medium penyampaian dakwah kepada manusia. Jadi, tibalah masanya kita mencipta sejarah, pemerkasaan dalam dua bidang ini perlu dilaksanakan."



Wakil GMUKM KL dengan bersemangatnya turut berkata, "Diharapkan ISIUKM terus istiqamah dan semakin mantap menyusun strategi mengemudi bahtera perjuangan Islam bagi memenuhi jiwa-jiwa kehausan ilmu rohani. Barisan pimpinan GMUKM KL (Gabungan Mahasiswa UKM Kampus KL) menyokong penuh usaha dan program-program anjuran ISIUKM dalam menterjemahkan visi dan misi GMUKM iaitu memperjuangkan Falsafah UKM, kebajikan dan keintelektualan. "
Sebarang pertanyaan program anjuran ISUKM selepas ini bolehlah dilihat di http://isiukm.blogspot.com/

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites