Isnin, April 06, 2009

EMEL : PELIK SUNGGUH GABUNGAN MAHASISWA!

Selepas Pilihan Raya Kampus melabuhkan tirainya, kini mahasiswa bakal melangkah masuk ke musim peperiksaan akhir tahun. 1 event besar untuk dijayakan dengan cemerlang, dan pastinya menuntut komitmen yang tidak berbelah bahagi oleh aktivis Gabungan Mahasiswa (Pro-Mahasiswa).


Buat pengetahuan anda semua, bilangan mereka sebenarnya tidak ramai jika hendak dibandingkan dengan populasi keseluruhan mahasiswa di UKM ini. Hanya sekitar 3 % sahaja. Tetapi mengapa mereka begitu tegar dan istiqamah dengan gerak kerja mereka? Bagaimanakah mereka dapat semangat dan kekuatan sebegini? Adakah mereka dihidangkan dengan habuan duit dan kuasa?



PELIK BETUL MEREKA NI.APA TIDAK PELIKNYA, ketika anda sedang bersengkang mata mengulangkaji pelajaran setiap malam, ketika itu lah "mereka" menghadiri mesyuarat, mengadakan sesi "brainstorming", membincangkan permasalahan kampus, memerah otak dan tenaga untuk merealisasikan penyelesaian dan sebagainya. Mereka sedar bahawa jika mereka tidak melaksanakan amanah ini, siapa lagi yang mahu peduli?



TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA? APA TIDAK PELIKNYA, bila orang lain sudah masuk tidur, waktu itulah mereka baru pulang ke bilik/rumah sewa masing-masing. Penatnya badan, hingga terasa nak tumbang terus di atas tilam yang empuk. Tetapi mereka sedar mereka perlu kuat dan berkorban. Kewajipan sememangnya lebih banyak dari masa, dan setiap masa bagi mereka adalah ibarat harta yang tidak ternilai. Mereka gagahi juga kudrat mereka untuk menyiapkan assignment dan mengulangkaji pelajaran.



TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?APA TIDAK PELIKNYA, ketika orang lain sedang bermimpi indah, mereka tersengguk-sengguk menelaah. Tanpa sedar, mereka kadangkala tewas kepada hak badan mereka, lalu terlena di atas meja studi masing-masing atau tidur bergelimpangan di atas tikar rotan. Berdengkur kuat, sekuat kualiti perjuangan mereka. Anda mungkin lena tidur di atas tilam empuk, bantal empuk dan bantal peluk, sambil menyumbat MP3 di telinga.



TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?APA TIDAK PELIKNYA, ketika orang lain bangun lambat, mereka bangun awal setengah jam sebelum masuk waktu solat subuh, menggigil membersihkan badan untuk bersunyi-sunyian dengan Pencipta, sebagai tanda syukur atas segala nikmat-Nya terhadap mereka. Murah sekali air mata berguguran tatkala bertemu dengan-Nya, hingga tak lupa untuk mendoakan kesejahteraan ummat dan tertegaknya Islam di medan kampus. Bengkak mata jelas kelihatan, iaitu kerana tidak cukup tidur sedangkan kuliah bakal bermula seawal 8 pagi. Tidak ada tidur selepas subuh dalam kamus hidup mereka.



TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?APA TIDAK PELIKNYA, ketika anda menjamu selera di kafeteria, mereka ketat mengikat perut, dan ada yang berpuasa sunat kerana wang sudah banyak dihabiskan untuk biaya aktivitas mereka. Wang PTPTPU ataupun JPA sudah kering kontang, setelah ditolak untuk pembayaran yuran pengajian. Harga minyak naik, barang naik, makanan naik, tambah memeritkan. Tetapi mereka tidak pernah mengeluh, dan tidak cemburu dengan kemewahan anda saban hari. Kerana mereka merasa cukup dengan janji-Nya.



TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?APA TIDAK PELIKNYA, pada hujung minggu. ketika anda seronok berjalan-jalan dengan kekasih masing-masing, mereka mengira setiap syiling untuk disumbat dalam mesin tiket LRT, kerana ada tugasan dakwah perlu diutamakan. Mereka meraba-raba duit kertas untuk mengisi barang seringgit dua petrol ke dalam tangki motosikal. Sanggup menahan lapar dahaga bagi memastikan duit cukup untuk tambang pergi dan balik. Ketika mereka keletihan melunaskan tuntutan perjuangan, anda sedang lahap menikmati Burger Zinger di KFC sehingga kembung perut.



TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA? PELIK SUNGGUH manusia macam ni. PELIK bin AJAIB.Tetapi, yang tambah PELIK ialah, masih ada segolongan pihak yang menolak dan menentang perjuangan mereka. Mereka yang menentang itu, berkorban pun liat, akhlak pun masih kurang, tetapi ada hati mahu menabik dada bahawa mereka adalah di pihak yang benar. Lucu, sungguh lucu.



Jadi, siapakah yang menjadi pilihan anda sebagai pemimpin bagi sesi akan datang? Yang PELIK kah atau yang JELEK? Fikir-fikirkanlah wahai mahasiswa yang bijak bestari. Kalau tak mampu jadi PELIK, sokonglah MOLEK-MOLEK.

12 comments:

Allahuakhbar! terharu aku membacanya...kesian juga eh korang...ish2

bagi aku, yg bfikiran positif, seseorang pemimpin kalau mahu jadi pemimpin mestilah tonjolkan ciri2 atau keperibadian baik yang dia ada. ini bukan soal minta simpati atau nak berlagak. dan bukanlah nilai maruah diri rendah. sama juga waktu bkempen, setiap calon akan promote dirinya dgn mengatakan kebaikan yg dia ada supaya org memilih dia sbg pemimpin.

Yang buta IT, mesti kata GM xbuta apa2. sebab dia x pernah buka blog setiap MPP MAHASISWA GM terutamnya blog rasmi MPP MAHASISWA.

mehlah aku tolong korang, click kat link ni http://pm-ukm.blogspot.com/...kpd mereka yg kata GMKKL x pernah buat kerja, tgklah MPP Amin, dia buat kerja x? tgklah MPP GM yg menang, stp bulan ad je program yg mereka buat.

KALAU SESAPE NAK TENGOK PIMPINAN GM KAMPUS KL BUAT KERJE KE X, BAGILAH JAWATAN YANG ILLEGAL PADA KAMI. YANG DAH ADE JAWATAN, SAMPAI TERLEBIH2 X NAK PULA SOALKAN....ITU LAGI PENTING, SEBAB NANTI DISOAL.

bagi pndokong dan penyokong GM jgn lah cepat melatah kalau ade anasir2 jahat mperkotak-katikkan artikel atau post dlm blog ni. lumrah lah tu.....kalau dah x suke, memang ape yg korang buat 'mereka' x suke.

bagi aku, kehadiran group GMUKM dan GMKKL bagus wp masih byk kekurangan, sebab tengoklah pihak ptadbiran semakin alert dgn kebajikan mahasiswa. mereka lg bsungguh2 dalam mlakukan kerja mereka dan cakna dgn ketempangan atau setiap aduan dari mahasiswa.

itulah penting nya ade "pressure group" ataupn "agent check and balance"

haha....betul3x...skang aku pon dan boleh online walaupn line x bape very good bbanding mule2. yelah dah ada JARING!!!!!!! sapa punya keja? BONDA AKULAH!!!!!! PENGETUA! HA! GM TERUSKAN KERJA KAMU MENGUTUK DAN MENEGUR PENTADBIRAN...NANTI DEPA SUMA BUAT KEJA DEPA

sesi 2008/09 dah abes. GM pun dh ucp gud luk dan mahu take time utk fokus exm...b4 tirai tutup, jom kite sume muhasabah diri dgn emel neh...huhu..sape penulis emel ni, ak personally ucp time kaseh kt kamu...wa cayangggg sama lu.....!

ayat"TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA" patut di ganti dengn "alangkah peliknya mereka.""APA TIDAK PELIKNYA"....saya teringat sebuah hadith dari magnum opus Imam Ahmad yang bertaraf sahih, “Berbahagialah orang yang asing itu (mereka adalah) orang-orang baik yang berada di tengah orang-orang yang jahat. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada orang yang mengikuti mereka.” Kebenaran itu sesuatu yang asing,jika kita membawanya kepada mereka yang jahil tentang kebenaran. Selagi kita berada di landasan yang tepat dan benar,maka jangan sesekali lemah dengan pendirian itu,biarpun kita akan menjadi asing di mata orang lain...peace..

saya sokong dgn Tanpa nama.. Islam datang dlm keadaan asing, dan akan pulang dalm keadaan yg asing juga..TAKBIR!!! ALLLAHUAKBAR!!!

"Mereka yang menentang itu, berkorban pun liat, akhlak pun masih kurang, tetapi ada hati mahu menabik dada bahawa mereka adalah di pihak yang benar.
Jadi, siapakah yang menjadi pilihan anda sebagai pemimpin bagi sesi akan datang? Yang PELIK kah atau yang JELEK?"

Mungkin ini adalah emel dr pembc blog gmkkl.. tp ana harap, ayat2 sebegini dpt ditapis.. supaya x membwa fitnah terutamanya fitnah kpd Islam itu sendiri... Wallahua'lam...

Assalamualaikum ...

ana setuju dgn keasingan 2

takhrij :

بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

muslim No. 145

mksd : Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sepertimana ia bermula, maka beruntunglah bagi orang yang asing

tp adakah yg asing 2 seperti yg d mksdkan sperti artikel d atas ???????????????????

ana penyokong GM ... ana cintakan GM ... dan walaupun ana penyokong GM ukhwah dgn pihak sebelah juga ana jaga .... kerana mereka juga muslim dan seorang muslim i2 saling bersaudara dgn muslim yg lainnya ... ana menasihati diri ana dan penulis blog nie ... cinta mencintailah sesama muslim ... jgn jadikan perbezaan manhaj politik menyebabkan putusnya ukhwah sesama muslim ... nabi pernah bersabda

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه (أو قال لجاره) ما يحب لنفسه

maksud : Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai milik saudaranya (sesama muslim) seperti ia mencintai dirinya sendiri”.

muslim no. 45

kemudian baginda pernah bersabda :

لا تحاسدوا ، و لا تناجشوا ، و لا تباغضوا و لا تدابروا ، و لا يبع بعضكم على بيع بعض ، و كونوا عباد الله إخوانا ، السلم أخو المسلم لا يظلمه و لا يخذله ، و لا يكذبه و لا يحقره ، التقوى ها هنا – و يشير إلى صدره ثلاث مرات – بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم كل المسلم على المسلم حرام دمه و ماله و عرضه - رواه مسلم

muslim 2564

maksudnya : Kamu sekalian, satu sama lain Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling menjauhi dan janganlah membeli barang yang sedang ditawar orang lain. Dan jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, maka tidak boleh menzhaliminya, menelantarkannya, mendustainya dan menghinakannya. Taqwa itu ada di sini (seraya menunjuk dada beliau tiga kali). Seseorang telah dikatakan berbuat jahat jika ia menghina saudaranya sesama muslim. Setiap muslim haram darahnya bagi muslim yang lain, demikian juga harta dan kehormatannya”.

jelas x hadis d atas ... ana x nafikan perbezaan cara pentadbiran @ manhaj politik ... namun apa yg ana nak ketengahkan d sini ialah walaupun kita berbeza manhaj @ cara berpolitik ada perkara2 dasar yg perlu d jaga ... ada adab2 yg perlu kita jaga .... jika c aspirasi d katakan org2nya krg akhlak (maaf jika sy tersilap nie hanya pemerhatian kasar sila tegur dan maafkan sy K) maka berilah nasiat kpdnya ... utk GM plak ... jgn lah d sbbkan perbezaan politik @ fikrah politik kita x berlaku adil dgn org lain ... tulis perkara yg benar sahih faktanya ... jgn mengambil maklumat dari pihak sndri sahaja ... hendaklah mengkaji secara mendalam dan teliti ... jgn semberono sahaja ... ingat firman Allah wahai saudara/i ku

Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

hujurat : 11-13

teliti la ayat d atas ... jgn baca tp fikir dan hayati !!!

bg saya kedua2 pihak ada peranan masing2 dlm pembentukan dan mencorak perubahan diri mahasiswa dan universiti ... perbezaan pndpt dlm mentadbir 2 bagi saya besa la 2 ... d sbbkan inginkn yg terbaik masing2 ada cara kn betul x ... saya harap msg saya sampai ... hendaklah kita menjaga dasar2 semasa berpolitik dan berbicara ttg sesuatu kaum ... skdkit nasihat lagi tuk diri nie .. Allah berfirman :

Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.

fussilat :34

nabi pernah bersabda

اتق الله حيثما كنت , وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن

tirmizi No . 1987 ... d sahihkan oleh albani lihat sahih sunan tirmizi

maksud : “Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada dan susullah sesuatu perbuatan dosa dengan kebaikan, pasti akan menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan akhlaq yang baik”.

apa yg saya tulis nie adalah berdasarkn kebaikan dlm agama kita ... teringat sabda nabi :
الدين النصيحة قلنا لمن ؟ قال : لله ولرسوله وللأئمة المسلمين و عامتهم

maksud : Agama itu adalah Nasehat , Kami bertanya : Untuk Siapa ?, Beliau bersabda : Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan bagi seluruh kaum muslim”

Allah juga berfirman :

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

adz-zaariyat :55


oleh sebab itu berikanlah peringatan karena peringatan itu bermanfaat, orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran, dan orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya.

al-a'la : 9-11

diri nie pun sbnarnya byk kekurangan dan rasa mcm x layak memberi nasihat ... namun begitu ini tanggungjawab saya

Allah berfirman :

Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

hujurat : 9-10

... kena jaga prinsip ... kita semua saudara ... walaupun berbeza manhaj pentadbiran @ politik namun ada sesetgh perkara kita x boleh lanngar ... jauhi taksub dan berpada2 la ...

akhir kata dari sy ... jika ada kesilapan saya mohon maaf ... dan apa yg saya tulis nie lebih kepada ingin menasihati diri sy sendiri juga agar tidak menjadi org2 jahil yg d luar sana yg terlupa menjaga batasan yg spatutnya ... hanya kepada Allah saya memohon

wallahu'alam

terlupa takhrij

utk yg nie

الدين النصيحة قلنا لمن ؟ قال : لله ولرسوله وللأئمة المسلمين و عامتهم

maksud : Agama itu adalah Nasehat , Kami bertanya : Untuk Siapa ?, Beliau bersabda : Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan bagi seluruh kaum muslim”

lihat muslim no. 55

dan harap admin blog nie dpt menyampaikan sesuatu yg lebih ilmiah dan bermanfaat utk semua org dan sesuai d tatap oleh semua mahasiswa/i kampus dan penykong2 GM i2 sendiri ... sy rekomen blog sahabat saya yg saya sayangi MPP AMIN agar menjadi contoh ....

tu dia....pabila luqman berkata2....

salam,
kenapa nama saya disebut2 dalam ruang ini?

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites