Rabu, April 01, 2009

PERKASAKAN SOFT SKILL

Khamis, 2 April - satu pendekatan yang mantap oleh persatuan ISIUKM (Ikatan Studi Islam UKM) melalui Bengkel Berkembar ISIUKM, penulisan dan pengurusan organisasi telah diadakan pada 1 April, di bangunan FSSK, UKM Bangi.



Slot bengkel penulisan telah disampaikan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Karangkraf, En. Abdul Jalil Ali manakala slot bengkel pengurusan organisasi dikemudikan dengan penuh bertenaga oleh motivator terkenal En. Amin Idris, host konsert nasyid "Dimensi Kesenian Islam II" baru-baru ini di sini.









Program tersebut telah dirasmikan sendiri oleh Presiden ISIUKM, Mohd Idris Bin Mohd Yussoff dan Timbalan Presiden ISIUKM, Hisyammuddin Che Ali dengan tema "LEADERS ARE READERS" sempena kempen bulan membaca menjelang musim peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi.




Menurut Presiden ISIUKM, saudara Mohd Idris Bin Mohd Yusoff merangkap MPP PMUKM Fakulti Pengajian Islam, "skill penulisan adalah satu saham akhirat yang bukan sahaja sekadar kita belajar, malah untuk berkongsi maklumat, idealisme, pandangan dan paling penting sekali memperkasakan skill penulisan itu sendiri.



Para blogger yang tidak asing lagi dalam konteks kehidupan mahasiswa, perlu memperkembangkan lagi soft skill kendiri dengan idea-idea yang tajam, kreatif dan kritis. Nabi Idris AS contohnya, adalah orang pertama yang menggunakan pena dalam medium penyampaian dakwah kepada manusia. Jadi, tibalah masanya kita mencipta sejarah, pemerkasaan dalam dua bidang ini perlu dilaksanakan."



Wakil GMUKM KL dengan bersemangatnya turut berkata, "Diharapkan ISIUKM terus istiqamah dan semakin mantap menyusun strategi mengemudi bahtera perjuangan Islam bagi memenuhi jiwa-jiwa kehausan ilmu rohani. Barisan pimpinan GMUKM KL (Gabungan Mahasiswa UKM Kampus KL) menyokong penuh usaha dan program-program anjuran ISIUKM dalam menterjemahkan visi dan misi GMUKM iaitu memperjuangkan Falsafah UKM, kebajikan dan keintelektualan. "
Sebarang pertanyaan program anjuran ISUKM selepas ini bolehlah dilihat di http://isiukm.blogspot.com/

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites