Isnin, Mac 30, 2009

SERLAHKAN BUDAYA ISLAM KEMBALI



Kolej Tun Syed Nasir, 30 Mac – Majlis makan malam ‘Semarak Impian’ Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) 2009 telah diadakan pada 29 Mac, di Pusat Konvensyen HGH yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA UKM, Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohammad Abdul Razak, dengan bertemakan “ secangkir pertemuan, terungkir kenangan“.




Menurut Mohammad Hafizul Amin Bin Khalid, MPP PMUKM Farmasi merangkap timbalan pengarah 1 program, “ saya bersyukur kerana majlis berjalan dengan lancar dan kita ada membuat pembaharuan dari segi persembahan dan alhamdulillah para hadirin amat berpuas hati. Saya juga berbesar hati mengucapkan tahniah untuk anugerah mahasiswa/i cemerlang.




Justeru itu, saya menyeru kepada rakan-rakan khususnya warga Fakulti Farmasi supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kredibiliti Fakulti Farmasi sebagai fakulti terbaik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kita juga perlu sentiasa menggembleng tenaga dan bersatu hati dalam membantu meningkatkan kemahiran generik melalui program-program selain dalam lapangan akademik.”




Menurut beliau lagi, melalui program seperti ini mampu mengukuhkan jalinan hubungan mahasiswa/i Fakulti Farmasi dengan warga kampus sekaligus meningkatkan integrasi, perpaduan dan kesefahaman antara mahasiswa/i Fakulti Farmasi seperti yang diperjuangkan dalam manifesto.




Turut dihubungi wakil BADAR KTSN (Badan Dakwah dan Rohani), saudari Nur Na'imah Bte Amarudin, merangkap Timbalan Setiusaha BADAR berkata, " memang ada sedikit kelainan dalam majlis ini daripada tahun-tahun sebelumnya terutamanya dari segi persembahan yang tidak melibatkan muslimat secara langsung. Alhamdulillah, harap diteruskan untuk program berikutnya. Walaupun kita tidak boleh 100% menolak persembahan yang berbentuk tarian, percampuran lelaki dan perempuan yang bebas dan seumpamanya, tetapi perlulah berusaha sedaya mungkin untuk maksimakan mahmudah dan meminimakan mazmumah.




Insyaallah BADAR dengan wajah baru pada sesi kali ini, akan lebih agresif dan menonjol dalam memantau program-program kolej dan memperkasakan peranan persatuan BADAR itu sendiri selari dengan temanya, “Dakwah bil hikmah, menjana tarbiyah pengislah ummah” supaya biah solehah di KTSN ini dapat dijelmakan kembali, yakni membudayakan cara hidup Islam selari dengan tuntutan agama.




Dengan itu, diharapkan kerjasama daripada semua pihak iaitu pihak pentadbiran kolej dan mahasiswa dalam kita menjadikan bumi UKM ini sebagai pusat intelektual yang terkemuka, yang sentiasa menyeimbangkan hal-hal duniawi dan ukhrawi".

1 comments:

tahniah di atas semangat, tapi logo ktsn tu dah tak pakai. ada logo baru atas arahan bangi

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites