Jumaat, Julai 10, 2009

MARI KENALI GMUKM......




 SIAPA NI??

Merupakan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan semua Mahasiswa UKM tanpa mengira bangsa dan agama. Gabungan Mahasiswa bukanlah sebuah pertubuhan yang bersifat "pertism" semata-mata dalam Pilihan raya Kampus seperti mana yang dianggap oleh warga UKM khususnya.










SIAPA LAGI DALAM GMUKM??

a. Membina Mahasiswa Peradaban Ummah (MAMPU)

b. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

c. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

d. Malaysia Democratic Student & Youth Movement (DEMA)

e. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/Mahasiswi (JKMI)

f. Persatuan-persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF)

g. Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM)



 SEJAK BILA WUJUD??

Gabungan Mahasiswa ditubuhkan pada tahun 2004



 APA DASAR-DASAR GMUKM??

1. Memperjuangkan falsafah UKM iaitu Ilmu, Iman dan Amal.

2. Memperjuangkan kebajikan semua mahasiswa dan masyarakat UKM

3. Berusaha memartabatkan kembali nilai keintelektualan dan keilmuan universiti.



KENAPA PERLU TUBUH??

Selama beberapa tahun, terlalu banyak isu yang timbul tetapi tidak diperjuangkan secara serius oleh pihak yang bertanggungjwab, khususnya isu yang melibatkan mahasiswa/i UKM. Oleh itu, mahasiswa perlu bersatu atas satu nama untuk memperjuangkan isu-isu yang timbul, kerana suara-suara mahasiswa tidak akan didengari sekiranya tidak bersepadu dan bersatu.

Maka dengan itu, wujudlah Gabungan Mahasiswa yang dianggotai oleh golongan-golongan yang sedar akan kepentingan untuk memperjuangkan hak-hak mereka sebagai mahasiswa. \\

Selain itu, penubuhan Gabungan Mahasiswa bertujuan untuk mewujudkan jaringan hubungan yang baik dengan seluruh warga UKM, tidak tertumpu  hanya kepada mahasiswa UKM. Dalam usaha menjaga keamanan dan keharmonian di bumi UKM, kerjasama secara bersepadu yang melibatkan pelbagai kaum dan pelbagai lapisan masyarakat perlu diwujudkan.

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites