Sabtu, Julai 25, 2009

ISU : HALALKAH KELAB ASPIRASI?

MISI : Mendedahkan kepincangan dan ketidakadilan ASPIRASI


Khamis, 23 Julai - Pengumuman mengenai hari MPPK (Minggu Pengenalan Persatuan dan Kelab) telah pun dibuat oleh pihak JAKSA kolej (Jawatankuasa Kebajikan Siswa/siswi) Kolej Tun Syed Nasir.




Semua badan persatuan berdaftar yang telah disenaraikan bakal "berentap" untuk menarik perhatian adik-adik Tahun 1 bagi menjadi ahli kelab mereka. Cuma yang peliknya, "KELAB ASPIRASI" juga telah tersenarai sama. Bukan 1 atau 2 kali, malah telah bertahun-tahun lamanya.





Kelab Aspirasi turut "tersenarai' sebagai badan persatuan yang berdaftar secara SAH! tanpa tiada tindakan undang-undang dikenakan buat bertahun lamanya.








Apakah objektif kewujudan mereka? Bukankah telah termaktub dalam perlembagaan UKM bahawa diharamkan penubuhan parti atau mana-mana kumpulan untuk terang-terangan mencari ahli secara terbuka?



Persoalannya sekarang layakkah mereka, ASPIRASI ini dilabelkan "halal" sebagai sebuah badan persatuan berdaftar? Samakah status mereka dengan PMUKM? Layakkah mereka dilabelkan sebagai PMUKM sepenuhnya?



ASPIRASI = PMUKM?

Umum mengetahui bahawa PMUKM (Persatuan Mahasiswa UKM) turut dianggotai oleh MPP MAHASISWA yang memperoleh undian tertinggi dalam PRK yang lepas.




Organisasi PMUKM pula terbentuk daripada semua calon-calon yang menang dalam Pilihanraya Kampus. Dan calon-calon yang mendapat undi tertinggi sepatutnya lebih LAYAK untuk mengepalai badan PMUKM itu sendiri, selari dengan majoriti suara mahasiswa yang mahukan calon tersebut menjadi Presiden, Timbalan dan berikutnya, terutamanya bagi calon UMUM dan bukannya calon FAKULTI.




Justeru, apabila dianalisiskan carta organisasi PMUKM begitu banyak kepincangan dan ketidakadilan yang berlaku. Cuma kuasa menjadikan "mereka" buta dengan ketidakpuasan mahasiswa.




Jika benar KEADILAN itu masih ada, sepatutnya dan seharusnya, suara dan undi mahasiswa itu menjadi keutamaan dan bukannya dicampur tangan oleh "tangan-tangan ghaib" yang mencaturkan urusan-urusan mahasiswa.









Buat adik-adik Tahun 1 yang masih "fresh", mereka disuruh mendaftar sebagai ahli Kelab Aspirasi semata-mata untuk memangkah calon ASPIRASI menjelang Pilihan Raya Kampus nanti. Agak kelakar dan kesian........


Ke "HALAL"an Kelab Aspirasi ini sebagai badan persatuan berdaftar yang SAH telah merosakkan dan mencatatkan sistem perlembagaan UKM yang sepatutnya didukungi oleh semua mahasiswa dan warga UKM.

13 comments:

ape kes ni...
aspirasi terang2 kelab yg berdaftar
yg GMUKM 2 berdaftar ke??
terang2 "keharamannya"

memang BUTA UNDANG-UNDANG. pegi balik khatamkan buku perlembagaan UKM da

huhuhu... cube gi kat ppp dolu, tanye, aspirasi sememangnye berdaftar, dan nama pun kelab, mane ade parti aspirasi... ape da... yg ade barua pkr je... tepuk dada tanye selera

tpi klu gm tu haram @ yg seumpamanya haram, nape phk ukm luluskan utk sebuah badan yg menyuarakan suara mahasiswa/i.

ag sa2 nak tmbah.............klu kes keadilan semmgnya mnjadi isu basi...jdik xhairan la klu hari nie...kes rasuah bertambh byk,brikutan pada akar umbinya pon sdh xbtol.........mka jdiklh....politik kotor

pe2 pon.kte lihat pihak manakah yg btul2 mengmbil berat tntg kebajikan mahasiswa/i........krana mahukan kuasa bkan untuk memerintah sje....................tp yg pling utama mnjaga kebjikan mahasiswa/i

w/pun..................asrirasi @ gm sbenarnya gagal dlm membawa ke arah mahasiswa/i berintegriti krana manifesto yg lepas terlalu jauh utk digapai.............dalam membawa perubahan stiap phak perlu gune pndkatan yg lebih dekat dgn mahasiswa/i.................tekankan kbajikan mereka bukannya mahukan undian mereka..........................FIKIR2KAN...........................AGAR GENERASI KITA YG SEKRANG SPERTI INDIKATOR PERDANA DLM MENGUBAH SPEKULASI DAN MENTALITI MASYARAKAT DLAM ASPEK PEMBANGUNAN DAN PEMODENISASI SAHSIAH DIRI

name pn kelab aspirasi.bukan PARTI ASPIRASI.kelab aspirasi selaras dgn aspirasi UKM.at least kelab aspirasi berdaftar.bkan mcm GM.underground.pastue keja tak habis2 nak kutuk2 org.mcm diorg ni perfect sgt.ak pn tak paham la mentality ape dak GM ni.tp takpe.kte semua kene igt.Allah lebih mengetahui segalanya.

GM gunakan usrah untuk propaganda ..sampai jemput student UIA datang untuk berkempen ...tapi bagi GM yang haram tuh halal ... semuanya boleh ..orang lain jer salah

salam M.A.H.A.S.I.S.W.A

bagi mengupas isu KELAB ASPIRASI HARAM ikuti artikel kami selanjutnya. Betul kami menerima teguran yang membina. Bagi hujah yang sahih perlu ditegakkan dengan bukti yang kukuh.

Bercakap bagai angin fitnah tidak akan kenyang jika etika penghujahan tidak profesional dan lebih beremosi. jika hanya kata-kata retorik semata-mata, tidak praktikal hanya membuang masa.

Dan katakan saja jika tiada modal untuk pusing hujah dek kerana sesempit pemikiran yang dhaif

jadi sebagai sebuah kelab yang berdaftar, sepatutnya kelab aspirasi menjalankan fungsinya sebagai sebuah kelab dengan mengadakan aktiviti sepanjang tahun, bukannya hanya aktif semasa pilihan raya sahaja dan MPPK (untuk merekrut ahli) kerana mengikut kenyataan daripada kementerian pengajian tinggi, calon pilihan raya kampus sepatutnya adalah calon bebas yang tidak mewakili mana-mana parti baik pihak pro-uni atau anti-u

dan dalam kempen pilihan raya kampus, sepatutnya dijalankan dengan lebih adil kepada semua calon, bukan memberi kelebihan kepada mana-mana calon untuk menggunakan platform kelab untuk membuat bilik gerakan pilihan raya

dan sebagai mahasiswa yang intelektual, kita perlu lebih profesional, tidak beremosi dan bercakap berdasarkan fakta. Kita tidak seharusnya terikut-ikut rentak budaya politik sekarang yang terlalu emosional dan taksub dengan parti masing-masing sehinggakan sanggup kutuk-mengutuk dan tuduh-menuduh dengan kata-kata yang kesat.

kita, sebagai orang timur, orang Islam, perlu menjaga adab dan tutur kata kita walaupun dalam keadaan marah, bukan dengan cara menghentam tanpa usul periksa. mahasiswalah pencorak masyarakat masa depan negara.

cuba renung diri sendiri dulu, baru kate org lain..
aspirasi mmg berdaftar dgn ppp.
yg menjadi masalah nya, adakah gm juga berdaftar secara sah dgn ppp???
sudah2 la melaga-lagakan pelajar tahun 1..
mereka sudah besar panjang dan cukup matang utk memilih pihak mana yg mereka suka.

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites