Khamis, Julai 23, 2009

LAPORAN KEBAJIKAN 1 : KEMUDAHAN KAFETARIA



22 Julai, Rabu - Satu penyerahan surat aduan kemudahan kafetaria fakulti telah diserahkan oleh saudara Nabihah, Exco Kebajikan, Sekretariat Wakil PMUKM Fakulti Perubatan kepada wakil pengurus kafetaria, Encik Mohd Noor Hakimi Shamsudin.


Dengan kerjasama baik yang diberikan oleh pihak beliau, kami sepakat untuk lebih melanjutkan perbincangan mengenai semua aduan yang diberikan.



"Kami bersetuju untuk meningkatkan kebersihan di sini terutamanya pinggan, gelas dan lantai. Tentang cadangan untuk mengelakkan kesesakan apabila waktu tengahari, kami akan memikirkan sama ada sesuai untuk menambah kerusi dan meja di luar kafe."



"Untuk aduan yang selebihnya, saya akan berbincang dahulu dengan pekerja kami. Segala maklumat dan tindakan selanjutnya kami akan maklumi segera yang mungkin."


Perbincangan kami ditangguhkan untuk memberi laluan kepada pihak pengurusan kafetaria merancang dan melaksanakan tindakan di atas aduan tersebut.

Ikuti perkembangan kami di dalam laporan berikutnya. Di sini turut disertakan dengan surat aduan kemudahan kafetaria sebagi rujukan bersama. Segala permasalahan boleh menghubungi saudari Nabihah di 019-3357064.


Sekian, terima kasih.

"BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN"



Dilaporkan oleh,


NUR NA'IMAH BTE AMARUDIN.
Setiausaha,
Wakil PMUKM Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kampus Kuala Lumpur.



....................................................................................................................................................................


Rujukan UKM : 3.31/pmukm/fper/kckl/01
Tarikh : 22 Julai 2009

Wakil Pengurus Kafeteria Fakulti,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kampus Kuala Lumpur.



Encik/puan,

ADUAN KEMUDAHAN DI KAFETERIA FAKULTI

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Wakil Fakulti Perubatan bagi Persatuan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) telah menjalankan pungutan suara semua mahasiswa/i Fakulti Perubatan Tahun 2.untuk aduan kemudahan kafeteria di fakulti.

Berikut adalah butiran aduan kebajikan mahasiswa/i:

1. Makanan yang agak sama setiap hari.
2. Makanan yang berkuah cair selalu. Jangan pentingkan keuntungan semata-mata.
3. Pekerja kafe tidak mesra, susah nak senyum. Amalkan sikap mesra pelanggan dan berikan khidmat yang terbaik.
4. Kadang-kadang makanan, pinggan dan sudu kurang bersih. Banyak pinggan yang kotor dan basuh tidak bersih
5. Sayur tidak dimasak dengan betul.
6. Makanan yang ditempah kena tunggu lama.
7. Harga makanan kadang-kadang agak mahal, tidak berpatutan dengan kemampuan pelajar.
8. Air kosong selalu lambat ditambah jika habis dan kadang-kadang rasa semacam. Kami geli ada pekerja top up air dengan gunakan baldi dan gayung. Sila pentingkan kebersihan. Lebih-lebih lagi kita di fakulti kesihatan
9. Sila gunakan kain yang benar-benar bersih untuk lap sudu.
10. Pinggan kotor dan basah. Ada sisa makanan.
*cadangan ; “tost”kan pinggan dan sudu selepas basuh, tidak perlu lap dengan kain yang belum tentu bersih.
11. Terdapat beberapa orang pekerja kafetaria tidak mengamalkan kebersihan, seperti menyentuh makanan dengan tangan dan membuat air limau dengan memerah limau tanpa membersihkan tangan dahulu.
12. Tidak ada sabun basuh tangan di singki dan ada singki yang kotor, tidak dibersihkan.
13. Meja tidak di lap dengan bersih
14. Tidak kemas meja dengan cepat apabila banyak pelajar hendak makan dan tidak cukup meja.
15. Ingin tahu sumber makanan yang digunakan, halal atau tidak.
16. Ingin tahu tukang masak adakah seorang muslim yang sentiasa menunaikan solat.
17. TV selalu ditutup.
18. Perlahankan suara TV ketika azan. Terutamanya ketika azan zohor
19. Jangan jadikan kafetaria sebagai tempat bermesra antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, walaupun bukan orang Islam.
*cadangan : pihak pengurus kafe sendiri menampal poster kesedaran sila jaga akhlak anda.




Dengan itu, kami menyambut sebarang kerjasama dari pihak saudara/i yang dapat mewujudkan hubungan sinergistik dan sudi berkerjasama dengan kami.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, bolehlah berhubung dengan saya, 013-3268894. Segala kerjasama yang diberikan dalam hal ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.









Sekian, terima kasih.


”Ke Arah Fakulti Berintegriti”


Yang benar,




………………........................................
(NABIHAH BINTI MOHD ABDUL SHANI ALHAD)
Sekretariat,
Wakil Fakulti Perubatan,
Persatuan Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites