Jumaat, Julai 17, 2009

PRESIDEN GMUKM : "Ikut Undang-Undang, Mansuhkan AUKU".


Ramai sahabat-sahabat kampus yang bertanya pada saya, apa yang perlu kita buat untuk ‘menyelamatkan’ dua orang mahasiswa UM yang ditangkap atas tuduhan menconteng dinding dengan perkataan anti-Rosmah pada 24 Jun lalu.


Saya memberikannya jawapan yang mudah, gunalah prosedur perundangan. Dua mahasiswa ini saya istilahkan sebaga Orang Kena Tuduh (OKT), adalah telah didakwa di bawah Undang-undang jenayah olehMahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 30 Jun yang lalu dan dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM 5,000 setiap seorang.


Bagi menambahkan pengetahuan pembaca blog yang setia ini, bolehlah saya terangkan serba sedikit tentang undang-undang jenayah. Ia merupakan suatu jenis undang-undang yang mengawal kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat. Undang-undang jenayah perlu dibezakan dengan dengan undang-undang sivil kerana undang-undang sivil hanya melibatkan antara individu dan individu, bukannya masyarakat ramai.



Sebagai contoh sekiranya seseorang mencuri, maka undang-undang jenayah yang akan digunakan untuk mengawal atau mengurus si pencuri itu. Siasatan, tangkapan dan dakwaan akan dibuat berpandukan undang-undang jenayah. Kesalahan mencuri itu dikawal oleh undang-undang jenayah kerana kesalahan mencuri tersebut dianggap sebagai kesalahan terhadap masyarakat. Terdapat 2 sumber utama undang-undang jenayah di Malaysia yang diceduk daripada India iaitu Kanun Keseksaan (Penal Code) dan Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code)





Berbalik kepada kes dua orang mahasiswa ini, terdapat empat pertuduhan yang dikenakan terhadap dua orang OKT ini iaitu :


1. Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25. membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.


2. Seksyen 447 Kanun Keseksaan bagi kesalahan melakukan pencerobohan jenayah di dewan tersebut pada waktu dan masa yang sama.


3. Seksyen 436 dan 511 Kanun Keseksaan di bawah pertuduhan ketiga melakukan khianat dengan menggunakan api di bawah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.


4. Terdapat juga pertuduhan di bawah Seksyen 14(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas tuduhan tidak mempamerkan plat motosikal mengikut dan boleh dihukum mengikut Sesyen 14(4) akta sama yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM3,000-Ini adalah pertuduhan yang tidak relevan kerana ianya adalah kesalahan sivil dan hanya boleh dihukum denda sahaja.


Saya hanya ingin menyentuh pertuduhan 1 hingga 3 sahaja kerana ia melibatkan undang-undang jenayah, yang implikasinya amat buruk jika didapati bersalah. Dari sudut jangkamasa panjang melibatkan pendidikan dan pekerjaan tertuduh. Saranan saya kepada dua OKT itu ialah antara lainnya :


- Mengikuti sepenuhnya prosedur perundangan di mahkamah terbuka. Konsep ‘beyond reasonable doubt” iaitu melampaui keraguan munasabah atau setiap orang bersalah apabila ia dibuktikan bersalah. Konsep actus reus, mens rea atau perlakuan jenayah dilakukan atas niat yang jahat akan digunakan oleh mahkamah ini.



Maksudnya sekiranya penjenayah melakukan jenayah kerana gila, mabuk, masih kanak-kanak atau dipaksa, ia akan dilepaskan bagi tangungan jenayah ini. Jika OKT itu tiada bukti bersalah, maka ia perlu dilepaskan dan dapat menyambungkan semula pengajian mereka. Ingatlah bahawa sesuatu kesalahan bergantung kepada keterangan dan bukti prima facie untuk mensabitkan seseorang. Dalam hal ini, Akta Keterangan 1950 digunakan dalam perbicaraan ini.


- Melantik peguam yang bepengalaman dan berkeupayaan dalam kes jenayah ini. Sebenarnya peguam ini ada bidang spesifik masing-masing. Ada yang berkemahiran dalam kes jenayah, kes sivil, kes perlembagaan mahupun legitasi melibatkan kontrak. Di Malaysia, Karpal Singh merupakan peguam terkenal dalam soal jenayah ini.


- Menentang pihak tertentu yang ‘ghairah’ mengenakan dua orang mahasiswa ini di bawah AUKU. Inilah satu langkah yang wajib ditentang kerana ia membawa bencana kepada hak asasi dua mahasiswa ini. Mereka akan dihukum dua kali bagi kesalahan yang sama dan ia diistilahkan sebagai ‘double jeorpardy’ dalam istilah undang-undang. Memang perlembagaan kita jelas menghalang ketidakadilan ini. (Perkara 7 (2) Perlembagaan Persekutuan).Saya turut merasakan bahawa saat inilah AUKU perlu ditentang dan terus dimansuhkan (saya kini sedang menyiapkan buku kecil berkaitan kezaliman AUKU ini). Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itulah ibarat jika mahasiswa ini dihukum dua kali jika ia BENAR- BENAR bersalah.



Kepada mahasiswa di luar, biarlah mahkamah terbuka mengadili dua orang OKT ini. Jika mahkamah tidak bersifat neutral dan hakim telah dibeli, maka saat itulah kita mahasiswa bangkit berdemontrasi ‘membersihkan’ badan terpenting. Di saat ini, apa yang kita boleh bantu ialah memberikan sokongan moral dan kewangan. Dan yang paling penting sekali ialah banyakkan berdoa dan bersolat hajat memohon pertolongan Yang Maha Agung.

Sumber : blog Hisyamuddin Che Ali

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites