Isu Kafetaria Fakulti : ikuti pendedahannya oleh pemimpin anda.
Jumaat, 24 Julai - Sukacita dimaklumkan bahawa Exco Kebajikan dan Setiausaha Sekretariat Wakil PMUKM Fakulti Perubatan telah mengadakan pertemuan 3 mata bagi mengikuti perkembangan mengenai surat aduan yang telah ditujukan kepada wakil pengusaha kafetaria 2 hari yang lepas. (lihat sini)
Wakil kami bersama pengurus kafetaria fakulti, Hajah Rokiah binti Haji Mohd Said
Berikut adalah butiran aduan serta komen ataupun langkah penyelesaian dan cadangan yang telah pihak beliau perbincangkan dan akan dilaksanakan :
1. Makanan yang agak sama setiap hari.
"Kami sudah sediakan 7 jenis kuah yang berbeza yang paling disukai orang ramai. Setakat ini, tiada komen mengenai jenis lauk yang kami masak walaupun sama saja setiap hari. Cadangan ini kami akan ambil 50-50 untuk dilaksanakan. Kami sendiri pun tidak tahu nak masak apa lagi, harap mahasiswa ataupun pelanggan boleh beri cadangan lauk apa yang perlu kami masak".
2. Makanan yang berkuah cair selalu. Jangan pentingkan keuntungan semata-mata.
"Kami akan ubah selepas ini".
3. Pekerja kafe tidak mesra, susah nak senyum. Amalkan sikap mesra pelanggan dan berikan khidmat yang terbaik.
"Kami akan cuba berusaha untuk beri layanan yang baik, cuma kami harap mahasiswa faham jika keadaan sangat sibuk dan orang ramai dengan suasana yang bising".
4. Kadang-kadang makanan, pinggan dan sudu kurang bersih. Banyak pinggan yang kotor dan basuh tidak bersih
"Kami akan ambil tindakan selepas ini".
5. Sayur tidak dimasak dengan betul.
"Kami akan ambil tindakan selepas ini".
6. Makanan yang ditempah kena tunggu lama.
"Mahasiswa kena faham orang yang menempah lebih dari 10 orang dalam sesuatu masa, takkan kami nak ambil pekerja sampai 3 orang"
7. Harga makanan kadang-kadang agak mahal, tidak berpatutan dengan kemampuan pelajar.
'Mingu depan, kami akan tampal sticker harga untuk memudahkan mahasiswa bajet untuk membeli makanan. Contohnya, ikan keli = RM 3, ikan merah = RM 3.50. Adik boleh pantau kami nanti"
8. Air kosong selalu lambat ditambah jika habis dan kadang-kadang rasa semacam. Kami geli ada pekerja top up air dengan gunakan baldi dan gayung. Sila pentingkan kebersihan. Lebih-lebih lagi kita di fakulti kesihatan.
"Apakata mahasiswa tolong kami pula, jika air habis cepat, cakap dengan kami. Untuk isu menggunakan baldi ketika top up air, kami tidak gunakan sebarangan baldi ataupun gayung. (Sila lihat gambar di bawah). Bertahun lamanya, kami gunakan container khas yang sama untuk top up air".
9. Sila gunakan kain yang benar-benar bersih untuk lap sudu.
"Kami akan pantau displin pekerja kami".
10. Pinggan kotor dan basah. Ada sisa makanan.
*cadangan ; “tost”kan pinggan dan sudu selepas basuh, tidak perlu lap dengan kain yang belum tentu bersih.
"Kami akan pantau displin pekerja kami'.
11. Terdapat beberapa orang pekerja kafetaria tidak mengamalkan kebersihan,
seperti menyentuh makanan dengan tangan dan membuat air limau dengan memerah limau tanpa membersihkan tangan dahulu.
"Kami akan pantau displin pekerja kami".
12. Tidak ada sabun basuh tangan di singki dan ada singki yang kotor, tidak dibersihkan.
"Kami akan usahakan hari ini juga untuk sediakan sabun. Tentang kebersihan, sebelum dan selepas berniaga kafe ini bersih kami cuci, cuma ia kotor apabila mahasiswa ada. Jadi yang mengotorkannya mahasiswa, sebab mereka yang guna. Jadi, harap masing-masing dapat jaga kebersihan.
Untuk cadangan menyediakan poster 'mari menjaga kebersihan bersama' sebagai kesedaran dan peringatan akan kami usahakan pada minggu depan dan menampalnya".
13. Meja tidak di lap dengan bersih
"Kami akan berusaha perbaiki"
14. Tidak kemas meja dengan cepat apabila banyak pelajar hendak makan dan tidak cukup meja.
"Kami akan berusaha perbaiki. Cadangan lain untuk mengelakkan kesesakan dengan menambah kerusi dan meja oleh adik, kami akan usahakan selepas naik cuti raya, memang kami ada terfikir untuk berbuat demikian".
15. Ingin tahu sumber makanan yang digunakan, halal atau tidak.
16. Ingin tahu tukang masak adakah seorang muslim yang sentiasa menunaikan solat.
"Aduan bernombor 15 dan 16, bagi kami tak salah jika mahasiswa ingin tahu. Kami sendiri ada sediakan bilik solat di belakang kafe untuk kemudahan pekerja kami yang semuanya muslim. Kami sendiri akan menegur pekerja lelaki kami jika tidak solat jumaat".
17. TV selalu ditutup.
18. Perlahankan suara TV ketika azan. Terutamanya ketika azan zohor
"Aduan bernombor 17 dan 18, apakata mahasiswa sendiri yang tutup atau buka TV dan perlahankan suaranya ketika azan. Suis ada di depan TV.Takkan semua nak harapkan kami".
19. Jangan jadikan kafetaria sebagai tempat bermesra antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, walaupun bukan orang Islam.
"Cadangan untuk menampal poster 'sila jaga akhlak anda' akan kami cuba usahakan pada minggu depan. Tetapi untuk melarang adalah bukan atas kuasa kami".
Setakat ini sahaja laporan perkembangan daripada kami. Untuk pemantauan selanjutnya, kami akan laporkan dari semasa ke semasa. Ikuti perkembangan kami.
Jika mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, bolehlah berhubung dengan Exco Kebajikan anda, saudari Nabihah di 013-3268894.
"BERSAMA MAHASISWA, MEMIMPIN KECEMERLANGAN"
"KE ARAH FAKULTI BERINTEGRITI'
Dilaporkan oleh,
NUR NA'IMAH BTE AMARUDIN,
Setiausaha,
Sekretariat Wakil PMUKM Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kampus Kuala Lumpur.
5 comments:
bagus la ade usaha camni
tp mcm kelakar je soalan yg ditanye
bende2 simple pun nk ditanye...
kan ade yg student leh wat sendri,
apa la.....
soalan mcm budak skolah rendah..xmncerminkn kematangan mahasiswa..
semua nak disuap ddan disediakan
bakal doktor laa katakan ..kalau boleh nak ada orang suap makan dalam mulut ..bersihkan sendiri pun tak nak ...
apelah korang semua ini, suka sangat nak mengutuk. buat kerja salah, x buat kerja salah. dah budak nak komen macam tu, amanah dyoranglah nak sampaikan pada orang atas. nanti disoal pulak ngape tak sampaikan amanah aku bagi kat korang. dah 1 hal.
korang pulak buat ape? goyang kaki ja?
cuba belajar memberi daripada menerima. jangan main sedap mulut mengata budak medic. cerminkan diri dulu!huh!MACAM BAGUS SANGAT!
budak medik mcm bagus!!!poyo!!!ske2 ati kutuk dak fskb!!pehal???
memetik kate2 prof madya dr ruzita:
"sy amat kecewa dgn pelajar2 fakulti perubatan!"
pegang ayat tu smpi mati..sedar sket perangai dak medik tu mcm mane..name korg dh busuk!dr cleaner smpi ke NC tau psl korg..jgn buat2 xtau...
Catat Ulasan