Selasa, Julai 14, 2009

MPP FARMASI BERSAMA ADIK TAHUN 1


6 Julai, Isnin - Sesi suai kenal antara pelajar tahun 1 dengan Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi ( PMFF ) , PMUKM Fakulti Farmasi dan wakil setiap tahun ( class representative) telah diadakan di BSH 4 pada pukul 2 hingga 5 petang.


Sesi dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Prof. Madya Dr Jamia Azdina Jamal , timbalan dekan akademik dan siswazah. seterusnya sesi pengenalan PMFF serta penerangan tugas daripada MT dan setiap exco .

Sesi disambung dengan ucapan setiap wakil tahun kepada pelajar tahun 1. banyak amanat dan nasihat telah disampaikan daripada setiap wakil terutamanya wakil tahun 4.

Seterusnya persembahan media dilakukan berkenaan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan PMFF pada sesi lepas yang bertujuan pendedahan awal kepada adik-adik berkenaan program yang akan dijalankan untuk sesi akan datang.

Sesi diteruskan dengan pengenalan PMUKM fakulti farmasi berkenaan visi, misi dan organisasi persatuan . Sesi terakhir iaitu sesi pengenalan adik-adik kepada kami semua.

Menurut saudara Mohd Amin, beliau amat berpuas hati dengan program yang berjalan lancar dan beliau berharap agar adik-adik Tahun 1 serta semua Mahasiswa Fakulti Farmasi memperoleh input yang berguna dan dapat mengeratkan ikatan silaturrahim.

"Misi telah pun tercapai dan ini adalah permulaan... insyaAllah , selepas ini akan diadakan lagi program yang akan mengeratkan hubungan antara junior dan senior seperti interaksi farmasi dan sebagainya.. ", ujarnya dengan gembira.


sumber : Blog MPP Fakulti Farmasi, Muhammad Hafizul Amin Khalid.

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites