Rabu, Mac 31, 2010

MPP mahasiswa peduli, JAKSA prihatin


24/3/2010- Lawatan MPP bersama JAKSA Kebajikan Di KTSN 1.


Atas inisiatif untuk menjaga kebajikan dan menunaikan tanggungjawab, saudari Mariah binti Zakaria, wakil MPP Fakulti Farmasi, bersama-sama dengan Exco Kebajikan JAKSA Kolej Tun Syed Nasir, saudari Noraniza binti Ariffin telah membuat rondaan ke blok-blok di KTSN 1 bermula jam 6.00 petang dan tamat sekitar jam 7.30petang. Rondaan ini dimulakan dengan melawat blok D dan E yang menjadi tempat penginapan sebahagian besar mahasiswa UKM, kemudian diikuti dengan blok mahasiswi, blok F dan akhir sekali blok 6. Tujuan rondaan ini dilakukan adalah untuk melihat sendiri keadaan persekitaran blok-blok tersebut termasuk tandas,ampaian,keadaan blok,serta koridor-koridor dan lain-lain.

Di blok D, mereka turut ditemani ketua- ketua blok D dan E serta En Mahdi, yang bertindak sebagai felo KTSN. Di blok D dan E, mereka diperlihatkan dengan pelbagai masalah. Antara yang paling kritikal adalah tandas, di mana air bertakung lalu menghasilkan bau yang busuk. Siling tandas yang sangat buruk dan kelihatan titisan air keluar dari atas serta pam tangki tandas yang banyak rosak. Pancuran air di bilik mandi juga mengalami kerosakan.

Selain itu ,turut menjadi tumpuan adalah ampaian baju yang kebanyakannya telah putus. Selain itu, mereka juga mendapat aduan mesin RO WATER di blok lelaki sudah lama rosak namun masih tidak dibaiki. Di bawah ini,dititipkan beberapa gambar sebagai bukti akan gerakan rondaan mereka.































Setelah selesai mengambil laporan dan aduan di blok mahasiswa KTSN 1, mereka bergerak ke blok mahasiswi pula yang dimulakan dengan blok F. Masalah yang dihadapi oleh penghuni blok F adalah hampir serupa dengan blok D dan E. Namun, perkara utama yang ditekankan adalah masalah rangkaian wireless JARING yang sangat perlahan.

Aduan di blok 6 juga tidak kurang hebatnya. Blok ini rata-ratanya dihuni oleh pelajar tahun1. Ia bermula dengan blok 6 aras bawah. Blok ini dihuni oleh 10 orang mahasiswi berbangsa Cina, pelbagai aduan yang diterima. Antaranya adalah :

1. Keadaan yang jauh dari kemudahan di kolej seperti kafe, pejabat DSG dan sebagainya menyebabkan penghuni blok ini terasa seperti terasing.
2. Sebarang pengumuman tidak dapat didengari oleh pelajar.
3. Jaringan wireless yang sangat lemah menyukarkan pelajar menyiapkan tugasan atau mencari bahan pembelajaran.
4. Keadaan yang panas memandangkan mereka tidak mempunyai kipas siling. Penggunaan kipas dinding mempunyai skop pengudaraan yang kecil menyebabkan sesetangah ruang tidak dapat menerima pengudaraan yang baik.
5. Ruang yang kecil berbanding bilik-bilik yang lain.
6. Katil tidak mempunyai penghadang menyebabkan pelajar risau untuk tidur di katil.
7. Kerosakan kolah di bilik air menyukarkan penggunaan tandas


















Blok 6 aras atas juga menyuarakan masalah yang hampir sama iaitu perabot yang telah usang dan mengalami kerosakan dan air yang panas pada waktu tengahari. Terdapat juga takungan air di kawasan anjungan di antara dua beranda pada aras yang sama. Takungan ini menyebabkan pembiakan nyamuk berlaku.

Sebagai tindakan untuk mengetahui dan ingin menyampaikan permasalahan pelajar, maka pada hari Khamis bersamaan 25/03/2010, satu perjumpaan dengan pengetua KTSN dilakukan. Perjumpaan ini disertai oleh Exco Kebajikan JAKSA, saudari Mariah wakil MMP Farmasi dan turut dihadiri oleh wakil MPP Perubatan 1/2 iaitu Nasiha binti Omar. Nantikan laporannya daripada mereka. InsyaAllah.

Sekian,
Wassalam.

Jumaat, Mac 26, 2010

Bengkel Pembelajaran Cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa,

Memandangkan exam yang semakin hampir, insyaAllah pada 27 Mac 2010 akan diadakan Bengkel Pembelajaran Cemerlang anjuran bersama Bahagian Akademik Fakulti Farmasi UKM, PMUKM Fakulti Farmasi dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi (PMFFar). Berikut adalah butir-butir bengkel ini :-
Nama program : Bengkel Pembelajaran Cemerlang
Tarikh : 27 Mac 2010Tempat : TIBE, UKM KLMasa : 8.00 pagi -12.30 tgh
Objektif :
1. Memberi persediaan lengkap kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan akhir semester yang semakin hampir
2. Membantu mahasiswa menjawab pepriksaan dengan tepat dan padat
Aturcara
7.45 - 8.00 a.m. : Pendaftaran
8.00 - 9.00 a.m. : Ceramah 1 : Teknik Belajar Berkesanoleh Prof Madya Dr Jamia Azdina JamalTimbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), Fakulti Farmasi
9.00 - 10.00 a.m. : Ceramah 2 : Tips Menjawab Soalan Peperiksaanoleh Dr Norazrina Azmi Penyelaras Program Prasiswazah, Fakulti Farmasi
10.00 - 10.30 a.m. : Rehat
10.30 - 11.30 a.m. : Perbincangan Kumpulan
11.30 - 12.30 a.m. : Pembentangan Kumpulan
Bersurai
Pelajar tahun1 diwajibkan hadir :).Pelajar tahun 2 pula, digalakkan hadir...:D..InsyaAllah bengkel ini diadakan untuk kebaikan bersama. Pakaian sopan...Sekian
'Ke Arah Mahasiswa Profesionalisme Unggul'

Mesyuarat PMUKM yang ke...

Pada 16 Mac yang lalu,satu mesyuarat susulan selepas watikah pelantikan PMUKM sesi 09/10(23 Februari) telah diadakan di Bilik Gerakan HEP,kampus UKM Bangi. Antara agenda yang dibincangkan adalah masalah kebajikan yang merangkumi isu:-isu keselamatan, pengangkutan,penghantaran pelajar yang sakit ke hospital, WIFI dan masalah kesihatan. Isu berbangkit seperti ketiadaan portfolio kerohanian dalam organisasi PMUKM yang baru turut diperdebatkan....read more

Selasa, Mac 23, 2010

Pertemuan Pemangkin Persefahaman

15/3/2010- Pertemuan ringkas bersama En Fairuz Mohd Rafdzi, Penolong Pendaftar UKM Kampus Kuala Lumpur Secara ringkasnya pertemuan ini dilakukan berikutan permohonan MPP FSKB tahun 3/4 kepada pihak pentadbiran Kampus Kuala Lumpur untuk mengadakan perjumpaan bersama ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Kuala Lumpur sebagai langkah pertama kerjasama di antara pihak pentadbiran dan MPP pada sesi kali ini.

Laporan hasil pertemuan dengan beliau: read more...

Visit by 100 Sudan's student to Faculty Of Pharmacy UKM

Bismillahirrahmanirrahim ........Assalamualaikum wbt.
salam sejahtera...

To all beloved pharmacy student's of UKM (especially 2nd year and 4th year students), on Monday 15th of March, 100 students of Sudan pharmacy students (if I am not mistaken) will have a visit to our beloved university. They have arrived here on 11th of March 2010. The visit is part of their programme to Malaysia. read more....

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites