27 Julai, Isnin - Hari MPPK (Minggu Pengenalan Persatuan dan Kelab) di UKM Kampus Kuala Lumpur telah pun melabuhkan tirainya semalam. Pelbagai reaksi dan aneka ragam setiap mahasiswa dalam menguruskan hal mereka masing-masing sama ada mendaftar sebagai ahli ataupun mempromosikan kelab mereka.
Lantaran itu, walaupun dihujani "tsunami" kesibukan dunia klinikal, kesudian MPP Fakulti Perubatan, Wan Nuruddin Syah bin Wan Johan turun padang menziarahi adik-adik di UKM Kampus Kuala Lumpur amat dihargai.
Kelihatan saudara Wan (MPP Fakulti Perubatan) dan Amin (MPP Fakulti Farmasi) sibuk melakukan tugas masing-masing.
Bergambar bersama sahabat BADAR di Booth Persatuan Badan Dakwah dan Rohani UKM.
Objektif bagi aktiviti turun padang dan ziarah seumpama ini bukanlah aktiviti yang tiada nilainya seperti buang masa, tunjuk muka semata, dan berlagak lebih seperti yang dicanangkan oleh pihak tertentu yang tidak arif mengenai perkara sebegini.
Malah aktiviti dan perkara paling asas sebagai seorang pemimpin ini amat penting dalam membina ikatan hati dan silaturrahim dengan masyarakat sekitar. Bukan mudah untuk seseorang itu hendak menceritakan dan memberitahu permasalahan mereka jika pemimpin itu sendiri jarang bertegur sapa, apatah lagi jika tidak pernah menjengukkan dirinya di tanah lapang.
Dakyah negatif bagi mereka yang berfikiran sempit harus disemai dengan hujah yang professional selari dengan slogan kami "Bersama Mahasiswa, Memimpin Kecemerlangan".
"Bergerak Seiringan, Memimpin Perubahan"
2 comments:
amin serius sangat hehehe
tahniah pada pemimpin kita!teruskan perjuangan kalian..
Catat Ulasan