Ahad, Januari 04, 2009

KECOH! PENGETUA CARI CALON UNTUK ASPIRASI!

Alhamdulillah.....syukur....seramai dalam 170 orang Mahasiswa/I yang bakal menjadi calon untuk Pilihan Raya Kampus 2009 yang mengikuti kursus kepimpinan anjuran HEP di A’Famosa Resort, Melaka sudahpun selamat balik semalam, ahad kira-kira pukul 8 malam.



Tapi sejurus dari itu, ada saja khabar angin kecoh mengatakan pengetua terpaksa mencari dan memilih calon untuk ASPIRASI! Percaya atau tidak inilah realiti, ia keluar dari mulut calon "mereka" sendiri, bukan sahaja sekali tetapi dah banyak kali pun. Sejarah sudah membuktikan segalanya. Walaupun calon yang "mereka" pilih menang besar pun natijahnya pada calon tersebut. Samaada benar-benar yakin atau ikhlas dalam menerajui mahasiswa UKM sudah terbukti.


Namun...persoalannya yang pertama,kenapa jentera aspirasi seperti "lembu dicucuk hidung"? Perlu bergantung sepenuhnya pada pihak pentadbiran untuk mencari calon mereka dalam Pilihan Raya Kampus (atau nama lainnya ala-ala budak sekolah, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar). Nak cari calon menjadi pemimpin pun susah, bagaimana pula apabila sudah menjadi pemimpin mahasiswa nanti? Kami, MAHASISWA UKM tak sanggup!


Kedua, mencari calon untuk bertanding dalam PRK bukanlah tugas seorang pengetua atau pihak pentadbiran universiti, tetapi tugas MAHASISWA tersebut. Kita semua sedia maklum pengetua sungguh sibuk dan banyak lagi tugas seharian yang perlu beliau selesaikan. tak kasihankah jentera mahupun pimpinan ASPIRASI dengan pengetua? MAHASISWA UKM tak sanggup!


Ketiga, kami GMUKM bukanlah nak menyalahkan pihak pentadbiran mahupun puan pengetua, tetapi kami ingin pihak ASPIRASI jawab kenapa tidak tahu berdikari? mengapa mesti libatkan pihak pentadbiran? Kamu yang nak bertanding bukan "mereka". Kamu yang ingin menjadi pemimpin mahasiswa bukan "mereka". Tidak usahlah campur tangan dari tangan-tangan ghaib. MAHASISWA UKM tak sanggup!


Tarikh keramat 15 Januari 2009 bakal menyaksikan pertembungan yang penuh dramatik apabila calon-calon MAHASISWA bakal menerima tentangan yang hebat daripada calon-calon ASPIRASI. Namun begitu, bukanlah kehebatan dan kredibiliti calon ASPIRASI yang menjadi penilaian utama, sebaliknya wujudnya campur tangan dari "tangan-tangan ghaib" yang memegang jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran dan pengurusan di UKM, khususnya di bahagian Hal Ehwal Pelajar. dikhususkan lagi, UPP. betulkah semua ini wahai pihak ASPIRASI?

calon ASPIRASI dipilih oleh "MEREKA"


calon MAHASISWA dipilih sendiri oleh MAHASISWA

percayalah kawan-kawan......


hanya GABUNGAN MAHASISWA yang mampu bawa UKM jadi TRUE PRODUCE LEADERS!

BERSAMA MAHASISWA MEMIMPIN KECEMERLANGAN MAHASISWA......

3 comments:

ade jugak terdengar khabar yg calon GM lari dari bilik sendiri kerana tidak mahu pergi ke kursus di a famosa.melarikan diri dr dijumpai oleh senior GM mereka.apekah makna semua ini??kasihan pelajar tersebut.sampai terpaksa merempat di bilik2 kawan yg lain agar tidak dijumpai oleh senior GM mereka yg ingin memaksanya ke kursus di a famosa...

dengar2 je???haha..blum tntu btul..kalau xpasti, jgn main bt statement je..brckp biarlah ade bukti..supaya kite tdk dituduh menfitnah..sesungguhnya fitnah itu lg buruk drpd membunuh..

btul3.. tampilkan bukti baru wat statement.. sblm ni bising kate gm wat statement x pk..ni plak ape kes?? huhuhu

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites