"ESOK HARI PENAMAAN CALON SELURUH WARGA UKM??? Tapi...kenapa aku rasa macam takde pape je?"
Ke semua orang tak tahu esok ada penamaan calon? atau aku yang tersilap tarikh ni?
Aku adelah nampak notis kat board pentadbiran KTSN 1...tapi xde pulak ditampal di fakulti-fakulti......kolej luar pun xde..
ish..ish....semua orang tido ke?
Alkisahnya aku adalah tanya kat member-member yang duduk kolej luar....sah! memang lagi sah! memang mereka langsung tak tahu menahu pasal hari penamaan calon ni, inikan pula hari pengundian....
Aku bukanlah nak menyibuk..tapi takut-takut ramai tak puas hati dengan cara pihak pentadbiran ni...tibe-tibe je Pilihan Raya Kampus tak ke seluruh warga UKM diserang "heart attack" nanti? (alhamdulillah setakat ni takde lagilah....)
Malam ni aku dengar pihak pentadbiran meeting ngan 'kawan baik' kita, ASPIRASI....meriah betul bilik meeting tu. Dengar khabar meeting tentang public speaking calon..ini idea pengetua....aku suka dan aku sangat setuju! tapi masalahnya kami pula bagaimana? Janganlah sisihkan kami, kami pun nak bertanding tapi secara adillah pengetua.......
hemmm.....sampai bilalah sikap pilih kasih ini nak dibuang? Aku risau bangat bukan apa memikirkan nasib kampus, negara sekaligus bakal pemimpin itu sendiri yang mahu memperjuangkan kebajikan mahasiswa tetapi bergantung pada pihak pentadbiran. Sampai bila nak maju? Apapun kawan-kawan, esok jom turun ramai-ramai kita memeriahkan lagi hari penamaan calon di Dewan TIBE UKM yang kita semua cintai..... =)
-peace no war to PIHAK PENTADBIRAN-
-EDITOR GMUKMKL-
CADANGAN KEMUDAHAN WATER DISPENSER DI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
9 tahun yang lalu
16 comments:
"Malam ni aku dengar pihak pentadbiran meeting ngan 'kawan baik' kita, ASPIRASI....meriah betul bilik meeting tu. Dengar khabar meeting tentang public speaking calon..ini idea puan pengetua....aku suka dan aku sangat setuju! tapi masalahnya kami pula bagaimana puan? Janganlah sisihkan kami, kami pun nak bertanding tapi secara adillah puan......."
Biar saya betulkan kenyataan di atas, perjumpaan malam tadi bukan mengenai perkara di atas tetapi lawatan mengejut pemangku TNC HEPA ke KTSN berkenaan dengan aktiviti pemilihan ini. Beliau berhajat untuk berjumpa dengan JAKSA dan Felo.
Saya tidak menyisihkan sesiapa, semua pelajar KTSN adalah di bawah tanggungjawab saya.
Harap maklum.
disini saya nak nasihatkan agar pihak Gabungan Mahasiswa menyelidik dahulu setiap patah perkataan yang mereka lontarkan sebelum enuduh yang bukan-bukan,harap lebih bersikap professional dan memandangkan umur masing-masing pun boleh dikira dewasa,jadi berfikirlah secara matang,fikir dahulu sebelum berkata apa-apa.Harap maklum,assalamualaikum~
Bukan puan kot...Prof. Madya Dr. lg tuh huhu...
penat die ngaji sampe PHD...hangpa degre pon x lepas lg...biar ada adab sket wahai saudara/i editor...
salam...
agak nye kan,diorg ni yg xreti adab...konon slalu kate mereka yg terbaik,,tp gelaran pengetua sendiri xtau,,ini bkn xreti adab,tp kurang ajar,,mntak tlg sesiapa tlg mengajar sesape yg xtau diajar ye...setuju dengan komen tanpa nama,,,
assalamualaikum, hmm..mungkin GM tersasul sket tp xpe memang lumrah belajar dari kesilapan...saya percaya pengetua sentiasa berlaku adil kpd semua pelajar x kira GM atau aspirasi dan akan terus adil sehingga PRK..saya pon rasa mahasiawa/i ktsn x tido sebenarnya malah mreka bersedia ntk memilih pemimpin yang layak untuk menyuarakan hak mereka cuma mungkin xde saluran informasi yang berkesan..smua sedia maklum mahasiawa/i ktsn memang sebuk memandangkan course yg tough2...so kadang2 kena la ada sumber informasi yg terkini x lain x bukan dari pentadbiran dan jawatankuasa pelajar la..saya yakin mahasiswa ktsn mampu bersikap rasional ntk buat pilihan dalam prk 15hb nant..x perlulah kita letakkan satu disokong pentadbiran dan satu lg pembangkang..x best la..kita professional..ape2 pon good luck kepada yg bertanding..insyaALLAH saya pilih pemimpin berdikari dan yg menjadi calon atas kesedaran sendiri, bukan dipaksa..mereka yg berkesedaran ni lebih faham dan tahu bagaimana mereka ingin mencorakkan kepimpinan kampus nanti,...turun mengundi yerk!!!
assalamualaikum....salam sejahtera.wahh hangat sungguh diskusi ini.Tapi x pe.Sekadar santapan pilihanraya kampus cukuplah.walaupun begitu,usahlah digunakan isu2 yg tiada kaitan malah yg tiada berasas dan tidak tahu pucuk pangkalnya.Bak kata pepatah,kalau mahu digelar "underground" biarlah "underground" yg terhormat.Biar kita dapat informasi yg tepat,terkini dan padat dr sumber2 yg benar.seperti mana moto GM sendirik kan.cukuplah sampai di sini.semoga maju jaya.
wassalam
assalamualaikum, sy bersetuju dgn professional.. editor pun manusia.. kdg2 ade yg trsasul.. mmg salah yg mgkin x disedari oleh editor.. smoga dengan adenye komen2 dr sahabat2 dpt beri kesedaran pd editor..Wallahu'alam..
kepada editor GMUKMKL...
ubah perangai...cakap jgn maen hembus, tulis jgn maen sedap jari je nk naip...(dgn harapan hangpa dapat buruk2kan oponen. hangpa sedar x, secara x langsung hanpa da menjatuhkan maruah dr ruzita...pengetua kolej ktsn...tp aku rasa korg x kesah pon haha...)...yang penting hanpa punya semangat taksub kat GMUKM tuh...Bajet hanpa la superhero kat sini..hanpa la bagus konon...pirahhh...
hang x malu ka buat statement camtuh sedara...
mahasiswa/i ukmkl (ktsn) bukan bodo nak menilai...mana yg baik mana buruk...mana yg real mana yg lakonan dan mainan hanpa tuh...
kalu mcm nie sah2 hangpa punya ati busuk mcm bangkai...yg paling best skali hanpa da menjatuhkan maruah GMUKMKL...mana prinsip2 islam yg hanpa nk tegak n juangkan kalau perangai pon mcm nie...attitude ZERO...xleh buat contoh...betul ke x...lu pkrla sndre...assalamualaikum...
Ak ada jupe Prof zit sendiri..Prof cakap dia ada jupa ngan calon2 yang die KENAL sahaja malam tu..ak pun tak paham...=(
alhamdulillah, penamaan calon dah selesai,
pemilihan calon akan menjelang x lame lg,
sy berharap kite semua sebagai mahasiswa dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin,
usah lah kite bertengkar,
setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan masing2.
marilah kite saling maaf-memaafkan .
sesungguhnya yang memberi lebih baik dari menerima,
salam perpaduan,
pakaian xmenggambarkan cara percakapan...kalau dengn org yang lebih tua and lebih tinggi kedudukan nye boleh cakap biadab....so,thats u!!!
Assalamualaikum..kepada penyokong ASPIRASI dan GM..jgn lah kita bergaduh sesama sendiri,kita lakukan ni semua untuk Universiti kita juga kan,janganlah gunakan bahasa yang x elok di dengar disini ataupun kasar..kita pelajar kampus kesihatan,haruslah bersikap professional,saya tidak menyebelah mana2 pihak disini,cuma tingkah laku kita haruslah dijaga,jangan kerana pilihan raya ini,kita bermasam muka sesama kita..sekian,wassalam~
assalamualaikum...
sy ingin mengutarakan satu persoalan. bersikap profesional kah gm apabila ade org kuat gm di ktdi bertindak merampas kad matrik student nursing dan mengambil nombor telefon mereka secare pakse. kemudian, apabila dipersoalkn oleh pentadbiran ktdi,org tersebut menjawab dgn nada yg sungguh ""sopan"" sekali..profesional kah itu??
kemudian, ingin sy utarakan sesuatu disini. apabila editor gm kononnya "tersasul" memanggil bonda pengetua kita dengan gelaran puan yg sungguh tdak sesuai,rakan2nya membela dengan mengatakan 'mmg salah yg mgkin x disedari oleh editor'.situasi yg sama juga berlaku di pihak2 yg sebelum ini diserang bertalu2 oleh gm kerana kesalahn kecil.gm tidak sedar kah akan natijah bhw manusia mmg melakukan kesilapan?maka,pd masa akan dtg,andaikata ada pihak yg melakukan kesilapan,jgn la diserang membabi buta..akhir kalam,sy meminta semua isu yg gm ingin bawa disini diselidik terlebih kesahihannya agar tiada fitnah ditimbulkan.gm kan ingin menegakkan Islam,maka berkempen lah dengan mengikut prinsip Islam..wasalam.
bersikap profesional kah gm apabila ade org kuat gm di ktdi bertindak merampas kad matrik student nursing dan mengambil nombor telefon mereka secare pakse. kemudian, apabila dipersoalkn oleh pentadbiran ktdi,org tersebut menjawab dgn nada yg sungguh ""sopan"" sekali..profesional kah itu??
ape ni aku x faham ar ape ko cakap nih? pasal ape?
salam.. bg saya x de yg buruk sgt pun dgn panggilan Puan tuh.. lainla klu die panggil dgn panggilan yg truk n mnjatuhkan maruah.. hal kecik x yahlaa nk dbesar2kan..
SALAM,
usah jadikan bhg komen ini medan bertikam lidah.
Saya nak minta semua berfikir:
Apabila kita ada orang yang lebih tinggi kedudukannya (contoh: majikan) dalam satu masa, kita terpaksa akur kepada arahan yang dikeluarkan.
Tidak setiap masa kita boleh buat semua yang kita mahu, kita perlu juga akur pada tatacara yang telah ditetapkan.
Sekian.
Pengetua
Catat Ulasan