Bagi sahabat-sahabat muslim, bila tengok iklan ni, kita mesti teringatkan kebaikan dan kelebihan Hari Asyura. Antaranya :
-Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.
-"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala 10 000 malaikat dan juga akan diberi pahala 10 000 orang berhaji dan berumrah dan 10 000 orang mati syahid.
-hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.
Tapikan kalau nak ikut iklan ni mungkin semua orang tertanya-tanya, kenapa tak jadi pula? Dah tu cancel last minute semalam. Kalau nak ikut plan awal pun pengetua kata nak support all belanjawan untuk bubur asyura.....bestnyer...!! Dah lama tak rase bubur asyura....tapi hampa......rupa-rupanya tak jadi. Tukar pada jamuan ringan je....dan paling hampa sekali langsung tak buat pada hari yang telah ditetapkan.....
Kenapa ye BADAR? Apa yang dah berlaku sebenarnya? Kami GMUKM mewakili suara mahasiswa UKM KL inginkan penjelasan lebih lanjut......boleh?
4 comments:
Assalamualaikum...saya wakil badar nak minta maaf dahulu kerana terdapat salah faham di sini.
Sebenarnya kami terpaksa membatalkan program Asyura kerana Encik Alau kata ini adalah dari Bangi. Pengetua pula berkata akan ditangguhkan selepas program Fiesta Citra Budaya ataupun awal Febuari.. SEBABnyer? Wallahu'alam.....
Terima kasih GMUKM KL kerana alert dengan isu di kampus kita.
assalamualaikum...secara ikhlasnya,saya selaku presiden BADAR ingin menjawab persoalan ini.
Sebenarnya program ini terpaksa dibatalkan last minute kerana pihak pentadbiran terutamanya pengetua memberitahu saya supaya program ini ditangguhkan selepas Untukmu palestin kerana beliau menjangkakan student tidak ramai datang kerana sibuk dgn kerja2 yg perlu disettlekan.
wallahua'lam...
Assalamualaikum saya x jmpa fadhilat2 d bwh dalam mana2 kitab hadis ... mungkin len kali bole bgtau 8 least die punye mudawwin ...
"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala 10 000 malaikat dan juga akan diberi pahala 10 000 orang berhaji dan berumrah dan 10 000 orang mati syahid.
-Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat.
-Pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohon keampunan.
yg ada hanyalah point pertama ... yakni d ampuni dosa2 tahun lalu ... saya pun x pernah dgr nabi nuh dan nabi adam berpuasa pada hari tersebut ... riwayat yg ada hanya menceritakan bahawa hari tersebt adalah hari d mana nabi musa d selamatkan oleh Allah dari kekejaman firaun ... nabi melihat org yahudi berpuasa kemudian berkata bahawa kita lebih berhak akan musa daripada yahudi yg laknat ... sejak 2 maka d syariatkan untk berpuasa asyura ... insyaAllah ... harap ble memberi sesuatu yg lebih ilmiah dan sahih d sisi agama kita yg suci ... harap nasihat ini x d salah sangka sbgai sesuatu yg x bek ... wallahu'alam
nabi melihat ... yakni NABI MUHAMMAD
Catat Ulasan