Isnin, Januari 05, 2009

BANGI DAH KELUAR..KTSN BILA NAK KELUAR??




Bangi, 3 Januari-Penantian Mahasiswa UKM untuk menyaksikan perubahan dalam Majlis Perwakilan Pelajar MPP PMUKM yang tertangguh tahun lalu akhirnya terjawab apabila pihak HEP menyiarkan notis berkenaan dengan pengendalian PRK pada tahun ini. Menurut notis yang disiarkan di beberapa tempat di fakulti-fakulti UKM bangi, tarikh penamaan jatuh pada 8 Januari manakala pengundian dilaksanakan seminggu kemudian, 15 Januari 2009.


Masalahnya, kami mahasiswa UKM di kampus KL tidak tahu menahu akan tarikh penamaan dan pengundian ini, disebabkan tiada sebarang notis pemberitahuan dari pihak pentadbiran universiti mahupun kolej. Hal ini benar-benar menunjukkan KETIDAKPEDULIAN pihak pentadbiran dengan masa depan dan harapan mahasiswa/i UKM. Kami,barisan pimpinan GMUKM amat kesal dengan tindakan sambil lewa dan ketidakadilan pihak yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan notis pemberitahuan ini.


Mungkin "mereka" beranggapan cetek bahawa mahasiswa UKM kampus KL tidak ambil peduli tentang PRK dan mindset kami hanyalah study...study.....dan study....iaitu hidup kami seperti "lalat di bawah tudung saji" cuma menuntut ilmu untuk capai pointer tinggi seterusnya dapat pekerjaan yang baik. Jika begitulah pemikiran sempit "mereka", kami GMUKM tidak teragak-agak untuk membuktikan kami sudah cukup bersedia untuk menghadapi medan PRK ini, yang mana semua orang tahu selama hampir 6 bulan tarikh PRK yang sepatutnya berlangsung pada Julai 2008 tetapi ditangguhkan hingga ke bulan Januari 2009.


Sebab apa? hanya "mereka" yang cukup arif dengan permainan pencaturan tarikh PRK ini tahu akan implikasinya "tsunami" PRU ke-12 Mac lalu. Ianya bagi meredakan dan mengalihkan konsentrasi mahasiswa dengan akademik semata. Apabila sudah selesai ujian final semester, mahasiswa pulang cuti ke kampung dan setelah naik cuti semester mahasiswa sekali lagi disibukkan dengan pelbagai program dan jadual-jadual kuliah yang terlalu 'pack'.


Malah jika diteliti hampir semua jadual setiap fakulti di kampus KL ini tiada cuti pada tarikh PRK, 15 Januari 2009 tersebut. GMUKM menyeru pihak pentadbiran UKM dan kolej dapat mengambil tindakan segera agar mahasiswa tidak kecewa dengan anda. Kami mengharapkan sistem yang benar-benar telus dan adil. Bukan hanya untuk kepentingan MAHASISWA malah kepentingan masa depan negara.


Jika pemimpin yang dipilih "mereka" sekarang ini bukannya lahir dari keinginan dan semangat diri sendiri tetapi dipaksa, disuruh, dipujuk atau diugut maka, kelak akan lahirlah pemimpin yang zalim..yang memerintah secara membuta-tuli tanpa berlandaskan hukum-hukum Islam..

7 comments:

"lalat di bawah tudung salji"

ape tuhh?? ade ehh tudung salji?? 1st tym sy dgr..
rupenye owg di sne yg diktkn cerdik pndi pn bleh slh ejaan sekecil tu..
ish3...

terima kasih kepada "tanpa nama"......saya memang mengharapkan teguran, komen atau sebarang cadangan dari kawan-kawan....em...saya dah betulkan dah...terima kasih sekali lagi..
TERUSKAN BERSAMA KAMI
"WE HOPE, WE CHANGE"

saya pun sokong 100%!!!
diharap kami di ktsn tidak diketepikan...

xpe..kesilapan yg kecil itu menunjukkan diri kita ni x sempurna.
kpd mahasiswa KTSN, agar lebih proaktif dlm mencari maklumat
tahniah gm krn memberi info yg berguna

Salam semua,

Notis yang dimaksudkan telah diarahkan ditampal di kolej pada 5 Jan 2009 jam 9.00 am. Jadi saya telah tampal pada tarikh dan waktu yang diarahkan. Cuma di kolej luar lewat sbb salinan yang diberi tidak mencukupi.

Di fakulti, bukan di bawah kawalan saya, tapi saya percaya ia telah ditampal.

Harap maklum.

salam...kpd semua mahasiswa/i ..,dalam pada kita sibuk "berperang" sy ingin ingatkan kpd kalian agar apa yg kita lakukan biarlah niatnya hanya kerana Allah semata2..ikhlaskan hati i.Allah pasti perjuangan kalian diredhai oleh Yang Maha Esa.

bukan senang ye, nak hadapi piliharnraya kampus..bawa bertenang.

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites