Isnin, Januari 19, 2009

SYABAS!!! Pro-Mahasiswa UM...21-41..

PRO-MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA MEMBENTUK KERAJAAN!



20 Jan : Universiti Malaya menjadi milik Pro-Mahasiswa apabila majoriti keputusan undi pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa berpihak kepada mereka ketika diumumkan pagi ini.

Pro-Mahasiswa yang menguasai lapan kerusi umum dari sembilan kerusi yang dipertandingkan sekaligus melayakkan mereka menguasai kepimpinan majlis tertinggi MPMUM bagi sesi kali ini.


Suasana Dewan Tengku Canselor bergema dengan laungan "Student Power" dan "Takbir" oleh penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa sebaik keputusan penuh selesai diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Hj. Idris.



Salah seorang penyokong Pro-Mahasiswa Azlina ketika ditanya berkata, beliau sudah menjangkakan akan kemenangan Pro-Mahasiswa."Penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa sudah berkerja keras untuk kemenangan ini hingga sanggup tidak tidur malam, berkorban tenaga, wang ringgit bahkan banyak provokasi dan cabaran yang diterima. Kemenangan ini adalah hadiah besar yang tidak ternilai."








Sekitar hari penamaan calon di UM.......

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites