Bangi-Tepat jam 11.malam, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM, Prof Dato Dr Mohammad Bin Abd Razak telah mengumumkan keputusan rasmi Pilihanraya Kampus UKM, bag pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, MPP PMUKM.
Hampir 1000 Mahasiswa membanjiri Kompleks Bestari, untuk menyaksikan sendiri pengumuman keputusan tersebut yang dipancar secara langsung menerusi skrin di dalam bangunan cafe di KB tersebut.
Mahasiswa berjaya menambah 8 buah kerusi berbanding 4 kerusi pada tahun lalu. Menyaksikan Aspirasi kehilangan 9 buah kerusi kepada 21 berbanding 30 pada tahun lepas. Keputusan rasmi ini sudah memberikan signal yang jelas kepada PMUKM-Aspirasi bahawa Mahasiswa UKM inginkan perubahan.
Seperti yang dijangka, Aspirasi berjaya memperdayakan pelajar tahun 1 apabila lebih daripada 14 kerusi diperolehi mudah menerusi undi pelajar tahun 1, termasuk 6,enam kerusi umum tahun 2, Dua kerusi FST tahun 2, 2 kerusi Fssk tahun 2, 1 kerusi Fperubatan tahun 2, yang menampakkan perbezaan ketara berbanding kerusi tahun 3.
Mahasiswa Tahun 1 ternyata masih ramai lagi takut dengan ugutan, berbeza dengan Mahasiswa Tahun 3 ke atas yang majoritinya sudah mula nampak dan yakin bahawa Mahasiswa perlu berfikir dengan bebas tanpa sekatan, paksaan, mahupun ugutan. Ramai dikalangan Mahasiswa tahun 3 ke atas ternyata lebih matang apabila kerusi umum tahun 3 dimenangi dan didahului oleh calon Mahasiswa, Sdr Mohd Faez Mat Zin, dengan 2432 undi, diikuti Sdr Hisyamuddin Che Ali, juga calon Mahasiswa, dengan 2372.
Turut memecah monopoli aspirasi untuk kerusi umum tahun 3, adalah sdr Mohd Fikah Sanusi dengan 2196 undi untuk melayakkan beliau menjadi calon ke-5 dari kerusi umum tahun 3, yang bergelar MPP.
MAHASISWA UKM berjaya MENAFIKAN 2/3 majoriti undi aspirasi untuk pertama kalinya selepas 5 tahun!!! TAKBIR!! HIDUP MAHASISWA!!
Hasil perbualan dengan Mahasiswa/i ukm yang berada di Kompleks Bestari tersebut, rata-rata Mahasiswa yakin bahawa GELOMBANG PERUBAHAN yang dituntut oleh Mahasiswa pada kali ini akan memperlihatkan kesannya yang terdekat dalam PMUKM, dan pastinya akan memberikan impak yang berbeza pada pilihanraya akan datang.
Mesej ringkas sempena kemenangan ini, GMUKM ingin mengajak seluruh Mahasiswa/i UKM, untuk merealisasikan Harapan Baru Mahasiswa, Bersatu Berubah!!!
12 comments:
kesian kat idrul lao x blh menang dah..kenape tiap2 tahun nursing tahun 1,2 undi hanye zero je...dan kalo ikut logiknye a.hadi tahun lepas pn dah blh menang..jom kite selidik reakiti sebenar kehidupan kwn2 nursing kite nuuuuuun di sane.
syabas gmukm.. Allah bersama kita. Takbir!!!Allahu Akbar
btul tuh.. pelik tul laa.. adekah mereka menerima ugutan?? klu btul mmg x sedar2 lagi.. x abes2 main kotor.. i said 'kalau' ye.. sape mkn cili terasa pedasnye..
yer ker...baru tahu la... cam ni k nak jd YB. tak BERSIH tul lah korang2 API ni. hal ni mesti diadukan kat pebtadbiran KTDI. cam KTSN ni pengetua kita sangat bagus bagi peluang dua-dua pihak berkempen ngan adil.
..................................................................................................
setuju sangat2....kesian katpelajar nursing, hilang hak untuk bersuara....kawan aspi,boleh bangge pulak...patutnye rase malu....dapat undi hasil ugutan....ya ALLAH , perbetulkan keadaan ini.
untuk kerusi UMUM pula, nampak sgt perbezaan undi antara tahun 3/4 dan tahun 1/2...tahun 3/4 lebih seimbang untuk kedua2 belah pihak, berbanding tahun 1/2 yang terlalu obvious..
ape2 pun...menang atau kalah, semuanya ujian...yang dah menang tu..ingat , sebelah kaki dah di neraka....amanah memang sgt berat...moga mampu melaksanakannya..amin :)
..................................................................................................
mcm2 lah korang ni.kalau menang..kata mcm ni..kalau kalah..mcm ni pulak.tp takpe lah.adat dunia.kite mgkn selalu pndg org lain salah.tp mgkn dlm diam kite sndri tak sedar yg kita pn ade buat salah.kite pn ckp kat org tanpa bukti.tu dah di kira fitnah kan???tp kalau ade bukti...baguslah.tunjukkan lah kalau betul2 aspirasi ade buat ugutan tu.cuma yg ak tau..GM ade mengugut calon2 aspirasi mlm sblm hari pemilihan.ugutan nak bunuh tu.nampaknye GM pn dah lupe landasan sebenar.nyawa manusia di tgn andakah???pk2 kanlah...wallahualam...
PRK dah tamat...stadi yok!!! kita buang semangat assabiyah ini...mari bangunkan sistem khilafah semula....amin..... :D
n konon2nya pelajar nursing di nafikan hak utk bersuara? ITULAH SUARA MEREKA. yang menidakkan kedangkalan pikiran GM.rampas kad matrix dan ambil no telefon dgn paksa?perlu bukti?sudah terang lagi bersuluh.lagi perjumpaan paksaan dan MENIPU konon2 nya amanat pengetua sedangkan beliau di putrajaya.tapi kunci dari dalam dan cuba meraih undi pelajar.kemudian meninggi suara pula pada timb pengetua.(pelajar profesional kah itu?medic kah itu).tak cukup dgn itu ditambah dgn cubaan busuk menjatuhkan lwn.konon2 dijemput pula utuk beri peluang bercakap.seketika kemudian."oh rupanya beliau tidak dapat hadir dan tidak dapt memberikan komitmen".sedangkan beliau tidak dijemput pula.dimanakah cara islam dalam kes2 ni?
n to get the fact straight, saudara shamil MENANG walaupun tanpa bantuan pelajar nursing.
Syabas kepada Shamil. Saya tau beliau teraniaya. Sesungguhnya Allah berada dipihak yang ikhlas dan benar. Wallahu'alam.
Pemerhati di sebelah tembok putih KTSN
saudare syamil teraniya???? xpe2..mari kite sume saksikan realiti "ugutan" kwn2 nursing kite akan DIBONGKARKAN oleh hero kite....jeng..jeng..jeng....
mari kite sume tunggu dan saksikan....igt Allah swt akn tnjkkn yg mn hak dan mn yg batil.kalau x skng kat dnia ni,nntikan nun di saneeee.....
cukup tertarik dgn dasar pjuangan syamil 'memperkukuhkan nilai2 kerohanian n meningkatkan kesedaran sivik di kalangan mahassw demi mnepis sbrg bntuk cbrn di era globlss" peh!! tabik spring tu!
aku hrp ko jgn ckp x supe bikin. berminat sgt nak tgk btg hidung ko tiap2 ari kt surau....jgn lupe!
Catat Ulasan