Rabu, Januari 07, 2009

SELAMAT MENGUNDI KEPADA MAHASISWA UTHM


Esok, 8 Jan 2009-Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bakal menghadapi pilihanraya kampus (PRK). Tempoh kempen bagi PRK UTHM berlangsung selama 3 hari, iaitu dari 5 Januari hingga 7 Januari sebelum pemilihan dibuat hari keesokannya.


Pemilihan kepimpinan kampus di UTHM ini dibuat untuk memilih siapa yang layak untuk menerajui MPP UTHM bagi sesi 2009/10 pada kali ini. Penamaan calon yang dibuat baru-baru ini melihatkan hampir kesemua kerusi di fakulti dimenangi tanpa berlaku sebarang pertandingan.
Dalam posting blog Pro Mahasiswa UTHM, ketua penaja Pro Mahasiswa UTHM memberitahu, bahawa secara umumnya tiada calon yang bertanding atas kapasiti Pro-M.http://www.promahasiswauthm.blogspot.com/


Namun demikian, beliau bertegas bahawa mereka yang bertanding di bawah naungan Aspirasi terdiri daripada mereka yang beridealisme Pro-Mahasiswa dan jumlah mereka adalah ramai.
Secara umumnya tidak berlaku sebarang pertembungan dua pihak yang berlaku dalam kampus UTHM bagi PRK kali ini.


GMUKMKL dan MAHASISWA UKM mengucapkan selamat mengundi kepada mahasiswa UTHM dengan memilih calon yang terbaik untuk menerajui kepimpinan di kampus. Kami akan menyelusuri selepas kalian.

"BERSAMA MAHASISWA, MEMIMPIN KECEMERLANGAN MAHASISWA..... "

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites