Khamis, Januari 01, 2009

GEMPAR! BERITA TERGEMPAR!!

TARIKH PILIHAN RAYA KAMPUS KITA 15 JANUARI 2009! PASTI!

BANGI : Gempar! Satu berita yang sahih telah dihantar ke gm_ukm@yahoo.com menyatakan bahawa Pilihanraya kampus UKM akan diadakan pada 15 Januari 2009 manakala tarikh penamaan calon akan diadakan pada 8 Januari 2009.



Dan ini 1 lagi bukti menunjukkan tarikh PRK pada 15 Januari 2009...ini menunjukkan ketidakpedulian pihak pentadbiran kolej untuk mengeluarkan sebarang notis mengenainya..mengapa?

Bengkel Bakal calon juga diteruskan seperti yang diwar-warkan dan diadakan pada 1 hingga 4 Januari di A fAMOSA Resort, Melaka. Desas-desus kedengaran juga bahawa pada tahun ini, pusat pengundian tidak lagi diadakan di Kolej, sebaliknya akan diadakan di Fakulti sepertimana tuntutan memorandum yang dikemukakan oleh GMUKM pada Oktober lalu.

Kami GMUKM percaya ramai di kalangan mahasiswa/i tidak tahu akan perkara sepenting ini. Mungkin rata-rata mahasiswa lebih-lebih lagi yang tinggal di kolej luar tidak tahu menahu akan apa yang terjadi di kolej kediaman dalam, KTSN 1. Dah bubar ke PMUKM? Bila pula tarikh pembubarannye? Kenapa tiada notis pemberitahuan keluar? Kenapa senyap je? Kenapa benda ni dipandang remeh-temeh? Seolah-olah Pilihan Raya Kampus adalah hanya medan pencari pengganti wakil pelajar yang dah "expired"...sudahlah nama "Pilihan Raya Kampus" direbranding kepada "Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar'. Jika sesiapa masih ingat kalimat PEMILIHAN ini seperti memilih ketua kelas ketika di bangku sekolah dan tadika sahaja (alahai…)

Apa-apa pun sahabat mari kita tunggu dan lihat corak permainan pihak pentadbiran kolej dan yang sekongkol dengannya. Yang pasti GMUKM yakin MAHASISWA tidak akan mudah tertipu, MAHASISWA sudah cukup matang menilai yang mana adil yang mana tidak. Ayuh kita hayati makna sebenar mahasiswa…….!!! Bersama kita perkasa kan pemikiran -idealisme mahasiswa dengan menjunjung tinggi Falsafah UKM, kebajikan dan keintelektualan……

-Editor blog GMUKMKL

1 comments:

cm kenal jek jadual kat gambor tuh..heee

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites