MPP GMUKM sedang mengedarkan topeng muka kepada mahasiswa
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu : 12 Ogos 2009 : Satu siri road show kempen kesedaran wabak H1N1 berjaya diadakan di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) semalam. Kempen kesedaran dan pengedaran penutup hidung secara percuma itu adalah atas inisiatif MPP GMUKM bagi menyedarkan mahasiswa betapa bahayanya wabak maut ini.
Sedikit pengenalan tentang hasrat turun padang menziarahi mahasiswa oleh Saudara Hisyamuddin, pengerusi GMUKM.
Walaupun datang dari jauh dan sibuk dengan tugasan, masih lagi bersemangat berucap dan berbual dengan mahasiswa.
Sebanyak 300 penutup hidung diberikan secara percuma kepada mahasiswa pelbagai peringkat di fakulti tersebut. Seorang mahasiswa tahun satu Fakulti Farmasi, Saudara Mohd Arfan yang ditemui wartawan GM menyatakan perasaan teruja kerana kesanggupan MPP GM untuk memberi penerangan tentang wabak H1N1 dan mengedarkan penutup hidung secara percuma.
Manakala mahasiswi tahun dua Fakulti Perubatan, Saudari Hafizah Mohammad melahirkan penghargaan terhadap usaha MPP GM.
“ Sepatutnya PMUKM sebagai badan yang bertanggungjawab memainkan peranan penting ini dan perlu mencontohi usaha MPP GMUKM dalam memberi secara percuma penutup hidung ini”, ujarnya.
Wartawan GMUKM dimaklumkan oleh MPP GM yang hadir ke road show tersebut, bahawa kempen ini akan bermula di Bangi pada hari ini. Jadi buat mahasiswa, nantikan kemunculan MPP GMUKM bagi mendapatkan flyer dan penerangan tentang virus H1N1 serta penutup hidung secara percuma. Wartawan GM difahamkan bahawa topeng itu dibeli sendiri oleh MPP GM dan berharga kira-kira RM 0.50 sekeping.
Tahniah MPP GMUKM!
3 comments:
300 kpg x 50 sen = RM 150. korang dpt mask tu kat mane? beli sendiri guna duit poket? ape2 pun saya hargai initiatif mpp gm. ukm yang kaya dgn duit pun tak sanggup nak bagi free. dah bazir puluhan ribu hanya untuk lancarkan upacara perasmian konvo. amat kecewa. syabas mpp gmukm!!!
saper cakap ukm tak bagi free kat kolej dah bagi free so please jangan buat fitnah
DIA BAGI KAT KTSN JE LAH...BANGI MANE ADE..KAU YG X FAHAM APE DIA KATA
Catat Ulasan