Jumaat, Ogos 07, 2009

LAPORAN KEBAJIKAN 2 : ADUAN PENGINAPAN




7 Ogos, Kolej Tun Syed Nasir - Berikut adalah laporan lanjutan ke atas penyerahan surat aduan penginapan dari mahasiswa Fakulti Perubatan kepada YDP JAKSA (Yang Dipertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa/siswi) , saudara Mohamed Ilyas bin Hasan pada 24 Julai yang lepas (lihat sini), oleh saudari Nur Na'imah, wakil dari Sekretariat PMUKM Fakulti Perubatan.


Pemantauan bagi tindakbalas berikutnya telah dibincangkan di peringkat kami tetapi, perlu diingat makluman ini masih lagi di peringkat perbincangan dan belum lagi dipastikan di peringkat pengurusan kolej.


Berikut adalah antara jawapan daripada setiap aduan yang diajukan :



1. Perabot yang disediakan kurang memuaskan (almari kanvas sahaja).
Jawapan : Almari adalah alternative sementara. Almari kayu akan disiapkan oleh kontraktor sebelum bulan puasa.

2. Haiwan terbiar (kucing) berkeliaran dan membuang najis merata rata menyebabkan kawasan penginapan kotor dan tidak selesa.

Jawapan : Pelajar haruslah menjaga kebersihan kawasan aras, menutup tong sampah, tidak memberi makanan kepada kucing, dan tidak menyimpan kucing di dalam bilik. Kucing akan beralih ke tempat lain apabila tiada makanan.

3. Harta benda pelajar (pakaian) dicuri kemungkinan pekerja yang mengambilnya sebab ketika itu semua pelajar berada di fakulti.

Jawapan : Pihak pentadbiran tidak pernah menerima aduan sebegini. Pihak kolej akan mulakan penyiasatan.

4. Ada pekerja yang tidur didalam surau, bermain handset di tepi tangga dan ada juga duduk melepak sambil membuka lagu yang kuat ketika waktu bekerja, di asrama perempuan hingga menimbulkan pencemaran bunyi.

Jawapan : Tindakan akan diambil oleh pentadbiran keatas pekerja yang melakukan kesalahan. Sila rakamkan perbuatan pekerja tersebut sebagai bukti.

5. Teksi tidak dibenarkan masuk menyusahkan pelajar terutamanya apabila membawa banyak barang.

Jawapan : Pihak kolej membenarkan teksi masuk dalam keadaan berikut :
1. Cuaca buruk.
2. Barangan berat.
3. Masalah kesihatan.

6. Pihak pengurusan kolej lambat mengambil tindakan dalam urusan pertukaran bilik sehingga menyusahkan pelajar yang terpaksa berkongsi bilik.

Jawapan : Pihak pentadbiran akan memperbaiki kelemahan ini.


7. Pengurusan merit pelajar sangat tidak munasabah dan banyak kecuaian, serta tidak telus.

Jawapan : Pihak pentadbiran akan membaiki system pengurusan merit pelajar.

8. tandas di setengah aras sangat kotor kerana tidak kerap dibersihkan.

Jawapan. Pihak kolej akan mengambil tindakan dan mengawasi aktiviti pembersihan.

9. Banyak paip dalam tandas tersekat dan tidak boleh berfungsi. Juga tandas tersumbat.

Jawapan : Pelajar haruslah melaporkan sebarang kerosakan di dalam buku aduan kerosakan di pejabat kolej.

10. pembaikpulihan tandas sangat lambat menimbulkan keadaan yang tidak selesa.

Jawapan : Pihak kolej akan mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini.

11. Pelajar tidak ditempatkan mengikut jurusan menyebabkan kesukaran untuk berbincang dan belajar.

Jawapan : Perbincangan bolehlah diadakan di library. Mahasiswa sepatutnya belajar bergaul sesama mahasiswa dari kursus lain.

12. pelajar yang menginap di kolej luar tidak dikumpulkan di aras yang sama boleh membahayakan.

Jawapan : akan diberitahu kemudian.

13. Kemudahan Wi-Fi di kolej luar kurang memuaskan dan ada kolej yang tiada kemudahan wifi tetapi masih perlu membayar mahal.

Jawapan : Penyediaan Wifi di luar kolej memerlukan kos yang tinggi kerana KTSN perlu membayar kos sewaan yang tinggi untuk memasang pemancar.

14. keselamatan Pelajar yang tinggal di aras bawah KTSN 1 tidak terjamin.

Jawapan : Pihak kolej akan mengambil langkah memasang pintu dan penghadang untuk meningkatkan keselamatan.

15. Yuran tidak dinyatakan dengan terperinci
Jawapan: akan diberitahu kemudian.

16. Yuran tidak berpatutan dengan apa yang telah diubahsuai
Jawapan : akan diberitahu kemudian.



Dengan itu, diharapkan mahasiswa masih dapat bersabar untuk menanti laporan kami selanjutnya. Kami akan berusaha untuk menyelesaikannya di atas rasa tanggungjawab kami ke atas amanah yang diberikan.


Tetapi, di sini kami ingin mengingatkan atas rasa kesal kami terhadap mahasiswa/i yang tidak bertanggungjawab memberi komen yang tidak sepatutnya, malah tidak mencerminkan langsung keM.A.H.A.S.I.S.W.A an yang patut ada dalam setiap jiwa bakal pemimpin negara pada masa akan datang.



Sekali lagi, kami mengingatkan sila gunakan bahasa ibunda yang cukup indah dan sopan dalam berkomunikasi dan menulis. Kerana ia melambangkan keperibadian dan keprofessionalan seseorang mahasiswa tersebut.

Segala cadangan, pandangan, teguran dan kritikan yang membina amat dialu-alukan dengan niat saling nasihat-menasihati. Kerjasama daripada pihak anda amatlah kami hargai.




"BERGERAK SEIRINGAN, MEMIMPIN PERUBAHAN"
"KE ARAH FAKULTI BERINTEGRITI"








Dilaporkan oleh,


NUR NA'IMAH BTE AMARUDIN

Setiausaha,
Wakil Sekretariat,
PMUKM Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia ,
Kampus Kuala Lumpur.

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites