Isnin, 10 Ogos - Bengkel Latihan Solat Ketika Sakit anjuran MPP Fakulti Perubatan UKM,Wan Nuruddin Syah bin Wan Johan, dengan kerjasama Persatuan Pelajar Kejururawatan (PPK) telah diadakan pada ahad, 9 Ogos bertempat di Dewan Kuliah 1 & 2 Jabatan Kejururawatan, Tingkat 5, Kompleks Pendidikan Canselor Tuanku Ja'afar Pusat Perubatan UKM.
Bengkel yang diadakan khas untuk mahasiswa Fakulti Perubatan ini telah melibatkan mahasiswa dari jurusan Perubatan dan Kejururawatan yang mana bukan sahaja untuk memperkasakan inter-fakulti malah melihat kepentingan berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi antara pengamal ilmu perubatan dengan pesakit.
Sebagai contoh, masalah yang seringkali timbul sama ada :
1. pesakit mahu solat tetapi tidak tahu bagaimana.
2. pesakit tidak tahu solat ketika sakit.
3. pesakit tidak tahu pun ketika sakit perlu solat.
4. pesakit memang tidak mengamalkan solat.
Melihatkan senario sebegini, di pihak PMUKM Fakulti Perubatan mengambil inisiatif untuk membantu membekalkan ilmu walaupun tidak sebanyak mana kepada mahasiswa agar doktor-doktor dan jururawat kelahiran UKM bukan sahaja mampu menolong mengubati pesakit dari segi fizikal malahan spiritual, rohani dan jasmani.
Perlu disedari, selain tuntutan Fardhu Kifayyah, seorang doktor muslim perlu menjadi pro-aktif doktor, tidak hanya tertumpu kepada ilmu perubatan semata-mata tetapi haruslah selari dengan kewajipan sebagai seorang muslim.
Bayangkanlah perasaan seorang pesakit yang sedang terlantar menunggu saat nafasnya yang terakhir akibat penderitaan penyakitnya yang kronik dan semakin kritikal. Sebagai seorang doktor muslim ini adalah kewajipan yang perlu ditunaikan sama ada memberi kata-kata semangat mahupun penawar "dakwah" secara berhikmah. Konsep kembali Tuhan perlu dititikberatkan dalam segenap hal. Baik dari segi budaya memberi salam paling mudah, mendoakan kesejahteraan kepada pesakit yang sedang sakit datang menemui doktor.
Justeru itu, dalam proses jangka panjang, kami mentargetkan PPUKM (Pusat Perubatan UKM) bakal dikenali sebagai "Hospital Mesra Ibadah" suatu hari nanti dengan suasana ceria dan damai, ia pasti dan bakal diteruskan oleh generasi pemangkin ummah di bumi varsiti tercinta ini.
"Bersama Mahasiswa, Memimpin Perubahan"
"Ke Arah Fakulti Berintegriti"
Berikut adalah laporan penuh Bengkel Solat Ketika Sakit.
Sesi pendaftaran peserta bermual seawal pukul 8 pagi
Majlis yang bermula pada pukul 8 pagi ini telah dirasmikan oleh PMUKM Fakulti Perubatan, Wan Nuruddin Shah Wan Johan.
Khusyuk dan tekun mendengar taklimat yang diberikan.
Slot 1 - Permasalahan Umum Mengenai Solat Ketika Sakit, yang disampaikan oleh Dr Abdul Rashid bin Abdul Kader (PPUKM)
Sarapan sebentar menambah tenaga......
Slot 3 - Rukhsah Solat dan Cara Pengendaliannya I yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin
Sama-sama berlatih secara praktikal mengambil tayamum
Demonstrasi solat ketika sakit.
Sesungguhnya solat itu tidak membebankan malah meringankan.
Solat itu wajib kerana menyembah Allah dan menunjukkan kita sebagai hambaNya.
Sungguh bersemangat ustaz didatangkan dari JAKIM ini.
Slot 2 - Motivasi : Keperluan Spiritual Pesakit yang disampaikan oleh Ustaz Yusri Hafiz Bin Yusoff.
Slot Amali Solat Secara Berkumpulan
SITUASI 1
Cik Alyah mengalami masalah retinal detachment dan baru sahaja menjalani pembedahan vitrectomy dan pneumatic retinopexy. Selepas pembedahan beliau dikehendaki berbaring dalam posisi meniarap (prone with face down) untuk beberapa hari lagi bagi mempercepatkan proses pemulihan retina. Cik Alyah mahu bersolat tetapi beliau tidak tahu bagaimana untuk bersolat tanpa menjejaskan proses penyembuhan retina tersebut. Terangkan kepada Cik Alyah bagaimana untuk melakukan ibadah solat dalam keadaan begitu.
2 comments:
syabas kepada fakulti perubatan khususnya kepada penganjur. diharapkan pada masa akan datang program ini dapat diteruskan serta menambahkan lagi bilangan penyertaan.
smoge Allah memberkati usaha mulia penganjur dan semua para pelajar fakulti perubtan dan kejururawatan atas pendedahan yg amat berfaedah ini..
Catat Ulasan