Rabu, Ogos 12, 2009

LAPORAN : MPP GMUKM MELAWAT SAHABAT TERANIYA

Saudara Ng sedang berehat selepas melakukan pembedahan pada sebelah paginya.


12 Ogos, Kolej Tun Syed Nasir – Rombongan MPP Mahasiswa berjaya menghulurkan bantuan yang dihulurkan oleh mahasiswa/I UKM kepada saudara Ng See Hoe. Sejurus selepas menjalankan kutipan derma kilat dan MPP GMUKM berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM 356.25 pada pagi tersebut. Sumbangan itu diserahkan sendiri kepada saudara Ng See Hoe dan beliau mengucapkan terima kasih kepada para dermawan yang sudi menyumbang.



Rombongan MPP Mahasiswa yang bermula pada jam 5 petang itu adalah terdiri daripada Hisyamuddin Che Ali (MPP Umum Tahun 3), Phoon Kar Liang (MPP FUU), Muhammad Hafizul Amin bin Khalid (MPP Fakulti Farmasi) dan juga Nur Na'imah bte Amarudin, wakil saudara Wan Nuruddin Syah bin Wan Johan (MPP Fakulti Perubatan).




Wakil MPP Umum, Saudara Hisyamuddin Che Ali menyatakan bahawa ‘‘ Kami akan terus melaksanakan kerja-kerja kebajikan demi amanah yang diberikan oleh mahasiswa dan ini adalah tanggungjawab kami. Kami serius dan kami komited”. Tambahnya lagi bahawa keprihatinan dan kebajikan perlu dihulurkan oleh mahasiswa UKM bagi membantu mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi jika ada mahasiswa yang ditindas dek kerana sikap ketidakperimanusiaan sesetengah orang.






Sumbangan ikhlas daripada semua mahasiswa yang menyumbang.



Sementara itu, Phoon Kar Liang (MPP FUU), yang dihubungi turut melahirkan rasa simpati terhadap penderitaan Ng See Hoe dan berjanji untuk membantunya sedaya yang mungkin.
“ Kami di barisan MPP Mahasiswa memandang isu kebajikan mahasiswa sebagai keutamaan dan akan bertindak sebagai orang pertama dalam menjaga kebajikan mahasiswa terutamanya mereka yang ditimpa musibah ”, ujarnya.


Saudara Amin juga mengingatkan bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin dengan ini, boleh merasakan kehidupan sebenar dan makanan di hospital. Sama ada cukup zat makanannya, seimbang dan berkhasiat. Sejajar dengan apa yang dipelajarinya di kuliah Jabatan Diet. Beliau juga mengharapkan saudara Ng semakin sihat dan dapat pergi ke kuliah seperti sedia kala.

4 comments:

mntp mpp gm..ni yg kt mahu..sepnts kilt bl ada mahasiswa teraniayai

Ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kepada semua warga UKM TERUTAMNYA BAGI ROMBONGAN MPP MAHASISWA. Saya baru sahaja discas dari hospital dan ingin saya nyatakan di sini dengan sumbangan anda semua yang prihitin saya dapat menjelaskan bayaran hospital saya dengan mudah lagi senang. Ingin saya mengakhiri kata saya yang terakhir...


....>.<...."Ribuan terima kasih terhadap sumbangkan anda semua"....>.<....
Daripada...NG SEE HOE

aku semakin suka ngan gmukm..imej yang baik dan cukup membanggakan..tapi kesian dari jauh, bangi sanggup turun kat kampus kami. mengahru-birukan.....huhu

papepun syabas! teruskan gerak langkah tontomu itu..kami mengekori di blakang

dengarnya mpp gmukm dah edarkan 300 lebih topeng muka kat fskb. bagi free of charge pulak tu. biar betul? mane korang dpt topeng muka tu? beli ke sponsor? ape2 pun, terima kasih krn bagi percuma. bila mau dtg lagi? topeng hari tu dah kotor. tak boleh pakai lagi ma...........

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites