Rabu, Ogos 05, 2009

LAPORAN : KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN











5 Ogos, Kolej Tun Syed Nasir - Bersempena dengan Aktiviti Pembudayaan Ilmu 2009, Perpustakaan UKM mengadakan Program Hari Bersama Pelanggan sebagai salah satu usaha untuk mendekati pelanggan bagi mendapatkan maklumbalas dan cadangan.



Tidak ketinggalan juga, aktiviti menarik disediakan seperti kuiz beserta hadiah, pameran dan potongan 50% bagi denda lewat pulang buku yang disukai oleh mahasiswa.








Justeru, wakil sekretariat dari PMUKM Fakulti Perubatan, saudari Nur Na'imah telah mengambil kesempatan tersebut dengan membawa suara mahasiswa mengemukakan pertanyaan, cadangan dan aduan kepada Perpustakaan selain mewujudkan dan menambah erat hubungan simbiosis antara mahasiswa dengan pihak pengurusan universiti, sejajar manifesto PMUKM Fakulti Perubatan.


Wakil Sekretariat PMUKM Fakulti Perubatan sedang berbincang dengan para pustakawan.



Antara soalan popular yang diajukan berkenaan buku-buku rujukan yang menjadi keperluan asas mahasiswa tetapi agak terhad jumlahnya juga masalah buku yang mahu dipinjam sering tiada ketika mencarinya di rak buku.


Bagi menjawab persoalan tersebut, mahasiswa disarankan agar menggunakan sistem OPAC GEMILANG berbanding mencari sendiri di rak-rak buku, yang mana sistem ini dibuka selama 24 jam untuk mencari jenis buku yang mahu dipinjam. Tetapi untuk kesulitan meminjam, kemungkinan besar buku yang sedang dicari tersebut sedang digunakan oleh mahasiswa lain ataupun hilang. Hal ini kerana pustakawan akan mengemaskini dan menyusun semula buku-buku mengikut raknya setiap hari pada seawal pukul 8-9 pagi.



Pertanyaan lain berhubung peminjaman buku yang terdapat di perpustakaan lain seperti Perpustakaan Pusat Perubatan UKM. Di sini, amat ditekankan terutamanya mahasiswa Fakulti Perubatan memandangkan buku-buku rujukan mengenai ilmu perubatan lebih banyak di perpustakaan sana.




Jika mahu meminjam buku yang terdapat di perpustakaan sana, mahasiswa boleh menempahnya di perpustakaan sini sahaja tetapi sebelum hari khamis, kerana wakil dari perpustakaan sana akan menghantar buku yang ditempah pada hari khamis setiap minggu. Cuma jumlah yang dubenarkan hanya 7 buah buku.


Kemudahan penggunaan komputer tanpa bayaran yang dimansuhkan jika sebelum ini sejam RM1 bagi memudahkan mahasiswa mencari maklumat pembelajaran.


Cukup selesa.....kemudahan surat khabar dan televisyen serta sofa yang empuk


Mengenai aduan air yang kerap tiada dan perkhidmatan wifi yang kurang memuaskan, juga telah dinyatakan dan tindakan susulan akan diambil.



Selain itu, ironinya wakil kita juga telah mencadangkan dan memberi idea bagi penambahbaikan dari segi kemudahan ilmiah di perpustakaan dan sukacitanya, ia telah disambut baik oleh para pustakawan.

Antaranya, kemudahan papan putih di bilik perbincangan supaya lebih memudahkan mahasiswa untuk berbincang dengan lebih efektif dan kemas.
Cadangan menambah papan putih di bilik perbincangan diterima.



Mahasiswa perlu meneliti segala kemudahan yang telah digariskan oleh pihak perpustakaan kerana ramai yang tidak tahu. Sama ada melalui web site Portal Gemilang ataupun Buku Panduan Perpustakaan.


Selain itu, cadangan pada masa akan datang agar pihak pengurusan membuat promosi Hari Bersama Pelanggan ini secara meluas, initu dari segi publisiti. Contohnya, menggantung banner, menyiarkan di blog UKM, menyebarkan risalah dan sebagainya yang dianggap sesuai.



Dengan itu, di pihak PMUKM Fakulti Perubatan menyeru agar semua mahasiswa UKM menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan seoptimumnya.
Selain keperluan kondisi pembelajaran yang selesa, mahasiswa juga turut berperanan membantu pihak pengurusan perpustakaan dalam mewujudkan budaya mesra pelanggan ke arah peningkatan imej perpustakaan kita, sebagai contoh menyertai Program Hari Bersama Pelanggan ini.




"BERSAMA MAHASISWA, MEMIMPIN PERUBAHAN"

"KE ARAH FAKULTI BERINTEGRITI"


Dilaporkan oleh,

NUR NA'IMAH BTE AMARUDIN
Setiausaha,
Sekretariat PMUKM Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kampus Kuala Lumpur.

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites