Jumaat, Oktober 02, 2009

LAPORAN : JELAJAH RAYA MPP GMUKM

2 Oktober, Jumaat - Siri jelajah MPP GMUKM kali ke-2 di UKM Kampus Kuala Lumpur (di sini) setelah sirinya yang pertama pada Rabu,12 Ogos 2009 sempena kempen pencegahan H1N1 yang dilncarkan oleh MPP GMUKM besar-besaran di peringkat UKM.


Pengerusi GMUKM saudara Hisyamuddin sedang memberikan kuih dan kad raya kepada mahasiswa.


Pertemuan antara pemimpin dengan pemimpin. Dari kiri, saudara Amin MPP Farmasi, saudara Ilyas YDP JAKSA KTSN dan saudara Hisyamuddin Pengerusi GMUKM merangkap MPP Umum.

Pengedaran di Dewan Kuliah 1, mahasiswa Fakulti Perubatan Tahun 2.


Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi GMUKM merangkap MPP Umum Mahasiswa Saudara Hisyamuddin Che Ali, 2 MPP Umum yang lain Saudara Fikah Sanusi dan Saudara Faez Mat Zain. Saudara Mohd Hafizul Amin bin Khalid, MPP Fakulti Farmasi juga turut sama turun padang.








Saudara Faez, MPP GMUKM bagi kerusi Umum yang berjaya memperolehi undian paling tertinggi pada Pilihan Raya Kampus lepas, kelihatan gembira dalam menjalankan tugasnya.


Respon yang diberikan oleh mahasiswa UKM Kampus Kuala Lumpur cukup membanggakan, mereka gembira dengan kehadiran MPP GMUKM datang dari jauh semata-mata untuk menziarahi mereka sambil mengedarkan kuih raya beserta kad raya, sumbangan ikhlas dari GMUKM.


"dari MAHASISWA kepada MAHASISWA"

Dalam bas juga mereka rajin mengedarkan kad dan biskut raya. Terima kasih.



Dimaklumkan kepada wartawan GMUKM, kedatangan MPP GMUKM tersebut di sini pada pukul 11 tengahari dan berangkat pulang ke Bangi kira-kira jam 12.45 tengahari. Sebanyak 675 kuih raya dan 800 keping kad raya telag diedarkan baik kepada mahasiswa mahupun staff kakitangan UKM.

Saudara Fikah dan Amin sedang bergambar dengan Prof sambil memberikan hadiah Hari Raya.


Pengawal keselamatan juga tidak dilupakan. Hubungan antara mahasiswa dengan kakitangan UKM perlu juga dieratkan lebih-lebih lagi di bula yang mulia ini.


Untuk makluman semua , objektif bagi aktiviti turun padang dan ziarah seumpama ini bukanlah aktiviti yang tiada nilainya seperti buang masa, tunjuk muka semata, dan berlagak lebih seperti yang dicanangkan oleh pihak tertentu yang tidak arif mengenai perkara sebegini.







Malah aktiviti dan perkara paling asas sebagai seorang pemimpin ini amat penting dalam membina ikatan hati dan silaturrahim dengan masyarakat sekitar. Bukan mudah untuk seseorang itu hendak menceritakan dan memberitahu permasalahan mereka jika pemimpin itu sendiri jarang bertegur sapa, apatah lagi jika tidak pernah menjengukkan dirinya di tanah lapang.






Dakyah negatif bagi mereka yang berfikiran sempit harus disemai dengan hujah yang professional selari dengan slogan kami "Bersama Mahasiswa, Memimpin Kecemerlangan".



Kepada fakulti-fakulti lain, MPP Mahasiswa akan turun ke sana suatu masa nanti dan tunggulah kemunculan pimpinan GMUKM untuk bersama mahasiswa, kita rancakkan gelombang PERUBAHAN.

"Suara Anda, Keutamaan Kami"

PRESIDEN GAMIS PERSOAL ISU USRAH

Sumber : http://tintaduat.blogspot.com/


KENAPA TERLALU MEMUSUHI USRAH?


Apabila meletupnya isu denda yang dikenakan terhadap beberapa siswi di sebuah kolej di UKM pada 14 Ogos lalu, ramai yang melenting. Lebih sebulan berlalu, namun bila ianya ditimbul, semakin panas diperbincangkan. Bayangkan usrah yang hanya diadakan sementara menanti waktu Zohor diserbu seolah-olah menyerbu mereka yang sedang membuat bom. Sedangkan makulumat yang saya terima mereka berdiskusi berkaitan Ramadhan. Apa salahnya?

Serbuan felo pada hari itu telah dipanjangkan kepada pengetua kolej tersebut yang juga Pensyarah Fakulti Pengajian Islam. Maka siswi yang juga dikalangan penuntut di Fakulti Pengajian Islam pun telah didenda oleh pengetua yang juga pensyarah Fakulti Pengajian Islam. Denda yang asalnya berjumlah RM50 setiap seorang untuk setiap kali aktiviti usrah diberi diskaun. RM50 x 4 kali usrah x 8 orang = RM1600. Mungkin kerana sempena Ramadhan yang akan tiba ketika itu, diskaun diberikan. RM50 seorang x 8 orang = RM400. Namun, denda tetap dikenakan.

"Usrah ni ape? Saya x tahu..."

Ada yang menimbulkan persoalan begini apabila timbulnya isu ini. Saya tidak salahkannya kerana tidak tahu. Mungkin ini kesan apabila usrah selalu disembnyikan. Dengan kata mudahnya, kalau kita tidak menghalang study group atau diskusi ilmiah, begitulah lebih kurangnya usrah. Mengapa hendak dihalang? Kalau ada yang membicarakan persoalan 1 Malaysia yang digagaskan oleh Dato' Seri Najib atau gagasan yasng dibawa oleh PMUKM sebagai "1 UKM, 1 keluarga" saya kira usrah lebih dari itu. Dari sudut bahasanya, usrah dalam Bahasa Arab bermaksud "keluarga". Bukankah baik aktiviti yang boleh merapatkan perpaduan yang diimpi-impikan. Saya kira, orang yang menggagaskan "1 UKM, 1 keluarga" sepatutnya menjadi orang prtama yang kehadapan membela sahabat-sahabat saya ini.

Kalaulah yang nak dibicarakan berkaitan akta yang menghalang himpunan melebihi 5 orang kecuali mendapat keizinan Naib Canselor, maka saya kira mungkin perlu diberikan kepada setiap pelajar buku rekod seperti rekod keluar masuk asrama di sekolah satu ketika dahulu. Maka setiap kali mahu melaksanakan study group termasuklah makan di kafetaria, beraturlah mahasiswa beramai-ramai di depan bilik Naib Canselor atau wakilnya untuk meminta tandatangan keizinan "menyertai himpunan melebihi 5 orang".

Kalaulah begini, saya rasa, kayalah pengurusan kolej. Mendenda mereka yang sedang makan di kafetaria beramai-ramai. Begitu juga mereka yang bermain futsal dan lain-lain lagi. Entah-entah, hendak solat jemaah pun kena minta kelulusan kertas kerja terlebih dahulu atau mesti dikerjakan bergilir-gilir. 4 orang, 4 orang, 4 orang...... Aduh..... RM50 x seorang x setiap perjumpaan.........

Saya sangat optimis, sahabat-sahabat saya tadi bukanlah merekrut pengganas dalam usrah yang dijalankan. Pandangan stereotaip oleh beberapa individu perlu dibuang. Saya rasa, sekiranya masih berpandangan demikian, mungkin mereka yang sedemikian perlu juga menyertai usrah yang dijalankan. Saya juga mengalu-alukan mereka untuk menyertai usrah bersama saya. Kita lihat, dan kita diskusikan apa yang tidak kenanya.

Sebab itu saya memandang, mari kita zahirkan usrah beramai-ramai. Kita lihat, siapa lagi yang hendak menghalang. Justeru, saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, kita zahirkan usrah di mana-mana, biar ia menjadi syiar. Siapa yang tidak berpuas hati dan masih berpandangan negatif terhadap usrah, kita ajak mereka duduk bersama. Kita berbicara secara intelektual.

Saya seru sekali lagi kepada barisan nuqaba', kita bumikan usrah secara besar-besaran. Biar orang tahu apakah itu usrah......



Mohd Idris Bin Mohd Yussoff merupakan Presiden ISIUKM (Ikatan Studi Islam UKM) sebuah Persatuan Mahasiswa Islam di UKM, merangkap Presiden GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia), sebuah badan pertubuhan NGO mengetuai semua Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti seluruh Malaysia.


Beliau juga merupakan seorang MPP GMUKM bagi Fakulti Pengajian Islam UKM.

ISU : RM1400 jadi habuan serbu ‘usrah’ siswi


Akibat menghadiri usrah, sekumpulan siswi telah didenda oleh pihak pengetua sebuah kolej di UKM . Aktiviti usrah yang dijalankan di surau kolej berkenaan telah dianggap sebagai pencerobohan oleh pihak pentadbiran kolej berkenaan dengan alasan tidak mendapat kebenaran. Alasan lain yang digunakan juga ialah ada beberapa siswi yang datang dari kolej lain yang menceroboh surau kolej berkenaan untuk berusrah.


Adakah menjadi satu kesalahan menggunakan surau kolej untuk berusrah .? Apakah mengundang kerugian dan bencana kepada kolej.?satu solan yang basis yang perlu di campak ke muka dan pengurusan kolej adalah, adakah solat berjemaah juga perlu keizinan Pengetua kolej dulu sebelum dilaksanakan.?? Tindakan hilang akal ini sebenarnya lebih kepada emosi dan sikap buruk sangka yang sangat tinggi yang bermain di benak mereka. Sebelum mendenda tanpa hati perut jawab dulu andaian mudah yang dilontar. Peraturan dan undang undang kolej mana yang dirujuk bila usrah dijalankan seseorang boleh didenda tanpa sedikitpun belas kasihan. Apatah lagi orang yang mendenda itu sendiri seorang muslim yang mungkin pemahaman agamanya jauh lebih rendah dan hina dari siswi siswi yang hadir usrah tersebut.


Kejadian yang berlaku pada hari Jumaat 14 Ogos sewaktu muslimin sedang mengerjakan solat jumaat. Kad matrik mereka telah dirampas oleh felo dan mereka terpaksa mengadap dan merayu bagi kesalahan berusrah mereka dihadapan Pengetua. Seorang siswi dikehendaki membayar denda sebanyak RM 50 bagi sekali usrah. Mereka telah mengahadiri usrah tersebut sebanyak 4 kali. Jadi jumlah denda yang dikenakan adalah sebanyak RM 200 seorang. Difahamkan seramai 7 orang yang menghadiri usrah tersebut. Jumlah keseluruhan denda yang dikenakan adalah sebanyak Rm 1,400. Walaubagaimanapun, oleh kerana siswi siswi tersebut mengaku dan bercakap benar, maka mereka telah diberi diskaun dengan hanya perlu membayar sebanyak RM 400 sahaja iaitu RM 50 seorang.



Peraturan apa ni..?? Sejak bila pula menjadi satu kesalahan jika berusrah disurau..?menceroboh..? Untuk program Family Day yang menghidangkan konsert dan banyak lagi aktiviti yang tidak berkualiti kepada mahasiswa dipelawa hadir untuk sama sama memeriahkan majlis.ada denda ? ada saman..? TIDAK ADA..!!! Apa sebenarnya yang berada dibenak dan hati pengurusan kolej sebenarnya.? Usrah relate dengan pembangkang..? Atau lebih advance lagi terrorist.? Siapa sebenarnya yang bertindak seperti pelampau..? Pengurusan kolej ataupun siswi yang hadir usrah.? Perkara ini akan cuba diselesaikan secepat mungkin agar tiada pihak lagi selepas ini yang teraniaya dek kedangkalan akal sesetangah pihak seperti ini.



Mohd Fikah Bin Sanusi
Wakil Umum Majlis Perwakilan Pelajar UKM 08/09

Fakulti Undang undang/ Tahun 4






Isu ini juga turut dipaparkan di media rasmi Pro-Mahasiswa Nasional (mahasiswakini.com)Didenda RM 1,400 Kerana BerUsrah



Ekoran daripada melakukan perkumpulan diskusi ilmiah atau ‘usrah’, beberapa orang siswi telah didenda RM1400 oleh pentadbiran kolej kediaman universiti, dekat sini.

Seorang siswi mendakwa dalam kejadian yang berlaku pada 14 Ogos tersebut, seorang felo yang bertugas telah menyerbu masuk surau yang menjadi lokasi program dijalankan atas alasan tidak mendapat kebenaran pihak pengurusan. Kad matrik mereka juga telah dirampas dengan alasan menceroboh dan dibawa kepada pengetua kolej berkenaan.

Sambil mengkritik tindakan felo berkenaan, wakil mahasiswa Mohd Fikah Sanusi juga mempersoalkan pendirian pengurusan kolej yang tidak menyaman beberapa program kolej berkenaan yang disifatkan beliau sebagai “tidak berkualiti”.

“Apa sebenarnya yang berada dibenak dan hati pengurusan kolej sebenarnya.? Usrah relate dengan pembangkang? Atau lebih advance lagi terrorist.? Siapa sebenarnya yang bertindak seperti pelampau? Pengurusan kolej ataupun siswi yang hadir usrah? Perkara ini akan cuba diselesaikan secepat mungkin agar tiada pihak lagi selepas ini yang teraniaya dek kedangkalan akal sesetangah pihak seperti ini,” tambah beliau dalam kenyataannya.

Menurut sumber lain, kolej berkenaan yang dipimpin oleh pengetuanya, Prof Madya Dr Samsu Adabi yang merupakan tenaga akademik di Fakulti Pengajian Islam didakwa merupakan kolej yang paling ramai membuang pelajar dan mengugut pelajar untuk buang kolej berkenaan jika tidak aktif kolej.

Dalam pada itu, pensyarah tersebut juga didakwa terlibat dalam jenayah akademik apabila tidak mendapat akreditasi atas status ‘Professor Madya’ sebaliknya menggunakan pihak yang berkepentingan dalam pengurusan universiti berkenaan.

Wakil kolej kediaman tersebut cuba dihubungi tetapi tidak mendapat jawapan jelas berkenaan isu ini.-mahasiswakini

GMUKM : BANTAH KERAS KONSERT MELAMPAU



Sabtu, 3 Oktober - Dalam penganjuran konsert penyanyi antarabangsa Beyonce Knowles 25hb Oktober di Kuala Lumpur, semakin banyak pihak yang memberikan kritikan dan bantahan kepada kedatangan artis berkenaan ke Malaysia.

Penyanyi yang tampil dengan album ketiganya ‘I Am…Sasha Fierce’ pernah tersenarai dalam carta wanita paling seksi dunia dan dikritik hebat oleh beberapa NGO dan parti politik di Malaysia kerana didakwa “tidak menepati budaya dan kesopanan orang Timur”.

Dalam pada itu, di pihak GMUKM sendiri membantah keras penganjuran konsert melampau ini di Bumi 1 Malaysia.

Penyanyi tersebut jelas menampilkan etika sosial yang tidak sihat untuk dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia. Pemakaian yang ditampilkan oleh penyanyi tersebut amat menjolok mata dan tidak patut dijadikan bahan tontonan kepada rakyat negara ini. Malah beliau mempunyai rekod-rekod masalah peribadi yang jelas menyimpang dengan budaya rakyat ini.

Sebelum ini juga, konsert berkenaan pernah di sekat penganjurannya tetapi tetap diluluskan. Perkara ini menampakkan kecelaruan pendirian kerajaan "Islam Hadhari" yang telah memperakui kelulusan permit penganjuran konsert.

GMUKM menuntut Menteri Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam , Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom agar tegas dan sentiasa memantau perkembangan perkara-perkara seperti ini. Kami juga mahu beliau mengesa kerajaan agar menarik kembali permit yang diberikan kepada pihak penganjur konsert tersebut.

Konsert yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil berkenaan merupakan jelajah dunia dengan tema ‘Beyonce “I Am…..” World Tour Live in Malaysia 2009’. Tiket-tiket konsert berkenaan telah mula dijual bermula awal Oktober kepada peminat.

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites