Jumaat, Oktober 02, 2009

GMUKM : BANTAH KERAS KONSERT MELAMPAU



Sabtu, 3 Oktober - Dalam penganjuran konsert penyanyi antarabangsa Beyonce Knowles 25hb Oktober di Kuala Lumpur, semakin banyak pihak yang memberikan kritikan dan bantahan kepada kedatangan artis berkenaan ke Malaysia.

Penyanyi yang tampil dengan album ketiganya ‘I Am…Sasha Fierce’ pernah tersenarai dalam carta wanita paling seksi dunia dan dikritik hebat oleh beberapa NGO dan parti politik di Malaysia kerana didakwa “tidak menepati budaya dan kesopanan orang Timur”.

Dalam pada itu, di pihak GMUKM sendiri membantah keras penganjuran konsert melampau ini di Bumi 1 Malaysia.

Penyanyi tersebut jelas menampilkan etika sosial yang tidak sihat untuk dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia. Pemakaian yang ditampilkan oleh penyanyi tersebut amat menjolok mata dan tidak patut dijadikan bahan tontonan kepada rakyat negara ini. Malah beliau mempunyai rekod-rekod masalah peribadi yang jelas menyimpang dengan budaya rakyat ini.

Sebelum ini juga, konsert berkenaan pernah di sekat penganjurannya tetapi tetap diluluskan. Perkara ini menampakkan kecelaruan pendirian kerajaan "Islam Hadhari" yang telah memperakui kelulusan permit penganjuran konsert.

GMUKM menuntut Menteri Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam , Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom agar tegas dan sentiasa memantau perkembangan perkara-perkara seperti ini. Kami juga mahu beliau mengesa kerajaan agar menarik kembali permit yang diberikan kepada pihak penganjur konsert tersebut.

Konsert yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil berkenaan merupakan jelajah dunia dengan tema ‘Beyonce “I Am…..” World Tour Live in Malaysia 2009’. Tiket-tiket konsert berkenaan telah mula dijual bermula awal Oktober kepada peminat.

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites