Baru- baru ini kita dikejutkan dengan berita kembalinya seorang wartawan ke rahmatullah ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia. Sebelum kejadian itu berlaku kita sering menonton berita yang memaparkan perjalanan misi kemanusiaan di Somali yang disertai oleh 55 orang sukarelawan. Perang saudara yang berlaku di Somalia, ditambah lagi dengan kemarau yang melanda Somalia memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat Somalia yang majoritinya merupakan saudara seaqidah dengan kita yakni islam.
Anak- anak kecil ramai terkorban akibat kekurangan makanan yang berzat. Cuaca yang panas di Somalia langsung tidak menghalang 55 sukarelawan negara kita dalam menyampaikan bantuan terutamanya bantuan dari segi perubatan. Mereka begitu cekal dalam membantu saudara-saudara disana meskipun kita di Malaysia masih meriah dengan sambutan Aidilfitri.
Dalam mereka seronok melaksanakan kerja masing- masing, mereka dikejutkan dengan kematian seorang wartawan yang mati ditembak seorang penembak curi. Noramfaizul Mohd Nor telah terkorban dan pemergiannya ditangisi oleh keluarga serta rakan setugasnya. Doa kita semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta rohnya dirahmati Allah, tuhan sekalian alam. Al Fatihah.
Sila klik link ini untuk mendapatkan berita lanjut berkenaan misi kemanusiaan ke Somalia.:
malaysiakini
0 comments:
Catat Ulasan