Selasa, Februari 03, 2009

MAHASISWA TUNTUT PERUBAHAN DALAM MMP PMUKM


15 Jan 2009, Pilihan Raya Kampus di UKM, amnya di seluruh universiti tanah air menyaksikan kebangkitan Pro Mahasiswa dalam mendominasi pemikiran masyarakat kampus. PRK UKM dapat menyaksikan Pro Mahasiswa dengan jenama unggul GMUKM berjaya menafikan 2/3 kuasa Aspirasi dengan memenangi 12 kerusi, ini memberikan isyarat yang cukup jelas tentang kebangkitan MAHASISWA bermula pada saat ini dan akan berterusan MENGGEGAR SEISI MASYARAKAT KAMPUS!


PRK yang paling menarik berlaku di Universiti Malaya, persaingan antara Aspirasi dan Pro Mahasiswa begitu jelas, dan kemenangan yang dicapai penuh dengan signifikan tersendiri. Ucapan tahniah dan takziah kepada Pro Mahasiwa. Sekarang ialah pasca pilihan raya kampus, semua kampus telah melabuhkan tirai PRK masing-masing, kemenangan perlu diisi dan janji perlu untuk ditunaikan.

Teman-teman harus menyedari bahawa peranan kita sebagai MAHASISWA yakni sebagai golongan “pressure group” hal berkaitan kepentingan dan kebajikan kita dalam universiti, sekaligus menjadi pemerhati dan pengkritik yang positif terhadap dasar-dasar universiti yang diyakini tidak rasional dan tidak relevan dengan keperluan dan tuntutan kita sebagai MAHASISWA seperti Akta AUKU, Peraturan Kediaman Kolej dan sebagainya yang secara terang-terangan cuba memperlekehkan malah menyekat kebebasan dan hak-hak seorang MAHASISWA.


Sebagai bukti mudah hasil daripada peraturan "kolot" ini ialah sikap dan peranan mahasiswa UKM yang kurang cakna dengan hal berkaitan semasa di UKM. Harus kita sedari bahawa, peranan yang dimainkan oleh PMUKM Pro Aspirasi yang kita pilih dalam PRK sesi lepas gagal mengalas tanggungjawab sebaik mungkin dalam memperjuangkan SUARA dan HAK MAHASISWA.


Mereka sendiri dengan terserlahnya langsung tidak menampakkan betapa ke'agresif'an dan ke'proaktif'an mereka ambil peduli dengan isu-isu nasional termasuklah isu sejagat. Mereka tidak lantang bersuara membawa suara dan kepedulian warga UKM ke peringkat atasan dan masyarakat luar. Tetapi apabila kita katakan MPP PMUKM Pro Aspirasi adalah hamba dan pak turut HEP sahaja, rata-rata 'mereka' marah, tidak setuju dan menuduh kita memfitnah mereka.

Lantaran itu, sekali lagi pelbagai persoalan dengan nada yang sama turut diputarkan, yang mana amat menginginkan wakil dari pihak 'mereka' menjawabnya secara jujur....



Adakah PRK hanya retorik HEP dalam mengamalkan sistem demokrasi di universiti?
Hanyakah MPP Pro Aspirasi sahaja yang layak menjawat portfolio tertinggi PMUKM?
Adakah ADIL dan HALAL kewujudan Kelab Aspirasi di setiap kolej di sisi undang-undang universiti?
Benarkah calon Aspirasi ditaja pihak pentadbiran kolej?
Betulkah PMUKM hanya boneka HEP? buktikan...



Adakah kita masih lagi merelakan PMUKM Pro Aspirasi menjadi pemimpin kita, sedangkan kita sedia maklum “track record” PMUKM Pro Aspirasi gagal dan mengecewakan kita?

GMUKM sebulat suara menyeru perlunya ada perubahan dalam tampuk kepimpinan PMUKM dari tangan Pro Aspirasi kepada golongan yang mampu dan bersedia mengalas amanah bagi memperjuangkan nasib dan membela hak-hak mahasiswa UKM khasnya. GMUKM cukup optimis mahukan kepimpinan PMUKM sesi ini dan seterusnya mampu mendepani isu-isu semasa kampus dan negara, kematangan dalam menyatakan pandangan dan kritikan membina dalam membawa idealisme mahasiswa di persada antarabangsa.




Kepimpinan sebeginilah yang mampu melahirkan dan mewujudkan suasana kondusif dan kompeten terhadap masyarakat dan negara. GMUKM mengingatkan bahawa universiti merupakan padang latihan terbaik (training ground) untuk mencungkil bakat kepimpinan yang ada, lapangan realiti akan menanti selepas ini, apabila berhadapan dengan masyarakat luar. Dan secara realitinya kita semua sudah lihat keampuhan pemerintahan mereka dan semakin serik dengan corak kepimpinan PMUKM Pro Aspirasi.yang gagal dalam pentadbirannya.



0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites