Rabu, Februari 18, 2009

GMUKM MENYOKONG MAARUF CLUB UIAM MENGANJURKAN FORUM NTELEK BINCANG SITUASI POLITIK DAN MASA DEPAN MALAYSIA

sumber : http://mahasiswakini.com/archives/1675



Gombak 19 Feb. 9.22 a.m Presiden Ma’ruf Club Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), saudara Faridzul Nasarudin semasa bertemu media pagi ini menyatakan persatuan mahasiswa itu akan mengadakan Forum Intelek yang mempertemukan tokoh-tokoh politik Selangor iaitu :



YB Dato’ Dr. Hasan Ali (ADUN Gombak Setia), YB Azmin Ali (Ahli Perlimen Gombak), YB Datuk Seri Dr. Khir Toyo (ADUN Sungai Panjang) dan intelektual Prof. Dr. Aziz Bari (Pensyarah di UIAM).

Forum tersebut yang bertajuk ‘Pergolakan Politik Semasa dan Masa Depan Malaysia’ bakal diadakan di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa pada 24 Februari ini pada jam 8.30 malam.

Memberitahu media, Faridzul menerangkan bahawa forum tersebut akan membincangkan isu-isu berkisar tentang pergolakan politik Malaysia dari sudut perundangan dan perlembagaan, isu sosial dan ekonomi negara. Selain itu, forum ini juga demi menyedarkan peranan MAHASISWA ISLAM dalam memperjuangkan nasib ummah.


dan ingatlah bahawa.....




"Sesungguhnya Agama ini telah tegak hasil jerih payah generasi-generasi terdahulu di atas tunggak-tunggak yang kukuh iaitu Iman kepada Allah, Zuhud dari keseronokan kehidupan yang fana ini dan mengutamakan Negeri yang kekal abadi, pengorbanan dengan darah, ruh, harta dijalan memenangkan Kebenaran,
cinta mati di jalan Allah dan kesemua itu melalui petunjuk Al-Quran Al-Kareem.

Maka oleh itu, di atas asas-asas ini jugalah kamu mesti mengasaskan kebangkitan kamu. Perbaikilah jiwa-jiwa kamu, fokus betul-betul terhadap Dakwah kamu, pimpinlah umat ke arah Kebaikan. Allah bersama kamu dan sekali-kali Dia tidak mensia-siakan amal kamu.” [Hasan Al-Banna]

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites