Pelantikan pemimpin nombor dua Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUKM) mencetuskan pertikaman lidah seketika apabila pemimpin Sarfarizmal Md Saad dituduh sedang disiasat polis.Ketika dihubungi Malaysiakini, pemimpin kumpulan pro-Aspirasi itu mengesahkan wujud anggota-anggota MPP yang menyuarakan tidak berpuas hati dengan pelantikannya.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti calon-calon tersebut.Sarfarizmal, calon di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), menafikan disiasat polis berhubung laporan SMS dan panggilan telefon ugutan kepada calon-calon pro-Aspirasi memaksa mereka tidak bertanding dalam pilihanraya kampus pertengahan bulan lepas. (rujuk akhbar kosmo pada 15 Januari 2009).
GUMKUM berharap semoga pihak polis dapat menyelesaikan kes ugutan ini dan Safarizmal juga perlu sedar, bahawa jika sudah membuat laporan polis dan membuat kenyataan di akhbar, beliau perlu bertanggungjawab. Kami mahasiswa UKM memerlukan pemimpin yang bersih dan tidak terlibat dalam sebarang bentuk kes polis dan nama Safarizmal harus disucikan dari kabinet MPP PMUKM sebelum pelaksanaan jawatan kerana beliau sedang disiasat oleh polis dan juga kisah-kisah peribadi terdahulu beliau.
0 comments:
Catat Ulasan