Rabu, Februari 18, 2009

PERUTUSAN MPP PMUKM FARMASI

WARKAH UNTUKMU.....

















Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Salam Perpaduan dan Salam Muhibbah buat semua warga Fakulti Farmasi.

Alhamdulillah, pertama-tamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke atas nikmat yang telah Allah s.w.t kurniakan kepada kita. Ribuan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang telah memberikan mandat kepada saya untuk memikul amanah sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Farmasi, PMUKM 2009/2010.

MAHASISWA yang saya hormati,

Peperiksaan pertengahan semester menjelang tiba. Saya mengharapkan rakan-rakan dapat mengulang kaji pelajaran dan tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin. Jadilah seorang pengkaji dan pemikir kerana ia membantu kita memperoleh idea-idea yang baru dan bernas.
Pepatah Inggeris ada mengatakan “Success usually comes to those who are too busy to be searching it”-Henry David Thoreau.

MAHASISWA yang di kasihi,

Jagalah kesihatan dan pemakanan anda. Jangan lupa untuk bersukan sekurang-kurangnya berjoging 2 kali seminggu atau sekurang-kurangnya bersiar-siar dan berjalan-jalan menghirup udara yang segar di Taman Tasik Titiwangsa. Makanlah makanan yang berkhasiat seperti ikan, sayur serta kismis bersama susu kerana ia dapat memberikan tenaga kepada kita. Alternatif lain ialah mengambil makanan tambahan seperti vitamin B kompleks atau Gingko Biloba yang mana ia mampu meningkatkan pengaliran darah ( dengan nasihat pakar).

Pepatah Arab ada mengatakan, “ Akal yang sihat berada di dalam tubuh yang sihat”.

Oleh itu, saya menyeru MAHASISWA sekalian, marilah kita bersama-sama meningkatkan tahap kesihatan kita untuk menghadapi peperiksaan. Berdoa dan pintalah apa yang kita hajati dari Tuhan yang menjadikan kita, agar dengan ilmu yang mantap kita akan bersama-sama meningkatkan kemampuan diri seterusnya meningkatkan lagi kredibiliti Fakulti Farmasi untuk menjadi fakulti yang terbaik kelak.

Segala cadangan dan masalah bolehlah dihantar ke alamat org_tangkak88@yahoo.com.my atau terus ke talian 013-2169769.

"BERSAMA MAHASISWA, MEMIMPIN KECEMERLANGAN"

Salam ukhuwwah ,

Muhammad Hafizul Amin Bin Khalid
MPP Fakulti Farmasi
PMUKM 2009/2010

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites