Sabtu, Mac 28, 2009

MALAYSIA KALUT : DIMANAKAH "MAHASISWA"?

Sabtu, 29 mac : Dewasa ini, krisis ekonomi dan kemelut politik semakin menjadi-jadi seperti isu rasuah, lompat parti,fitnah , putar belit isu, PPSMI, salah guna kuasa dan banyak lagi isu yang tidak bermoral malah memalukan nama Malaysia di mata dunia. Persoalannya di manakah MAHASISWA????????


Sebagai golongan intelektual dan bakal pelapis pemimpin negara pada masa akan datang, MAHASISWA sepatutnya harus terkehadapan, lantang bersuara dan memimpin masyarakat memperjuangkan kebenaran dan hak rakyat. Hakikatnya, dapat dilihat suatu bentuk kelembapan dan kemunduran idealisme kepimpinan mahasiswa kampus dalam menjadi juru bicara kepada masyarakat dan kumpulan pendesak (interest group) yang lengkap dengan nilai-nilai intelektual tanpa mempunyai sandaran politik oportunis.




MPP PMUKM Farmasi, Muhammad Hafizul Amin Bin Khalid menegaskan bahawa " mahasiswa seharusnya mempunyai misi dan idealisma serta cita2 tersendiri kerana kita adalah pemimpin masa akan datang. Mahasiswa juga seharusnya mempunyai halatuju dan pandangan sendiri."

Sebagai contoh mahasiswa perlulah mendapatkan maklumat dari semua sumber tidak kira yang menyokong atau yang membangkang dan kita yang menilainya. Pada hemat saya , kita seharusnya menjadi pemikir dan penganalisis kepada semua informasi dan kenyataan yang telah dipaparkan di dada akhbar alternatif seperti harakah, tv dan blog.

Dalam prinsip saya, kita belajar untuk menjadi insan yang berilmu dan insan yang boleh berfikir sekritikalnya berlandaskan Al-quran dan sunnah"





Mahasiswa yang sejati ialah mahasiswa yang berani mempertahankan maruah dan hak mereka daripada ditindas oleh sistem yang tidak adil. Kita tidak mahu mahasiswa yang hanya tujuan utama mereka masuk universiti ialah untuk mendapatkan ijazah atau paling tinggi PHD semata2 tanpa mengambil kisah langsung tentang keadaan semasa samada di kampus ataupun di luar kampus.



Saudara Shazni Munir selaku Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) juga berkomentar, "gerakan mahasiswa selayaknya mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan saban hari perlu semakin menjuarai isu-isu nasional yang lebih matang dan memerlukan idea-idea segar dan kepimpinan jiwa besar mahasiswa.


Secara khususnya, Gerakan Mahasiswa Islam (GMI) harus berusaha menampilkan figura demi figura dalam usaha menjadi ‘catalyst ‘ dan ‘conscience of majority’ kepada masyarakat. Perjuangan anak muda terutamanya GMI sebagai pemacu kepada gerakan dakwah kampus dan nasional juga semakin diperlukan oleh masyarakat."

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites