14/3/2012 - Meninjau keadaan semula setelah hampir sebulan selepas pertemuan terakhir MPP Biro Kebajikan dan Aduan PMUKM, Nurul Akma binti Zulkiefli, bersama dengan pemilik Kafe Ruzita (laporan rujuk sini), Pn Ropengah Sharif, pihak GMUKM sekali lagi membuat tinjauan untuk memastikan perkembangan kafe. Berikut merupakan perkembangan terkini:-
|
Ruang hidangan bufet beserta dengan kuih-muih |
|
Kuih-miuh yang dijual di waktu petang bermula sekitar 3.30 pm hingga 4.00 pm |
|
Susun atur meja dan kerusi yang kemas ketika ketiadaan siswa/i |
|
Laksa yang menjadi berita gembira buat penggemar laksa |
|
Kiosk masakan yee mee |
|
Kiosk masakan burger dan masakan barat |
|
Dua meja untuk memesan masakan ala carte memudahkan lelaki dan perempuan membuat pesanan tanpa bertembung. |
|
|
Pihak GMUKM sangat berterimakasih kepada pihak kafe kerana mengambil setiap aduan kami di dalam perhatian mereka. Namun begitu, kami juga menerima aduan dari pelajar berkenaan sistem numbering ala carte yang tidak dijayakan sepenuhnya, harga yang masih diragui kesesuainya dan sebagainya. Oleh itu, kami di pihak MPP GMUKM akan berusaha untuk membawa aduan siswa/i yang terus kepada pihak yang sewajarnya. Setiap penjelasan yang diterangkan kepada kami, akan dihebahkan semula kepada semua masyarakat KTSN.
Posted in:
0 comments:
Catat Ulasan