Khamis, Julai 12, 2012

Tiga Golongan Menyambut Ramadhan


Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Penyayang.


Subhanallah wal Hamdulillah.
Pejam celik, pejam celik, kita sudah menghampiri bulan Ramadhan 1433Hijrah. Begitu cepat masa berlalu. Dan tahun ini, insyaallah kita dipertemukan lagi dengan sebuah bulan yang menjadi bukti kasih sayang Allah terhadap hambaNya dengan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda apabila beramal didalamnya.


Ketibaan bulan Ramadhan ini, akan disambut oleh tiga golongan:


Golongan pertama.


Mereka adalah golongan yang merasa resah
dengan kehadiran Ramadhan. Dada menjadi sempit apabila bulan Ramadhan semakin hampir. Benci memikirkan 'terpaksa' menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. Dan apabila Ramadhan tiba, mereka begitu berharap agar ia cepat-cepat berlalu. Bagi mereka ia sebuah bulan yang sangat menyakitkan. Sungguh, kita minta Allah menjauhkan kita daripada menjadi golongan ini. Mereka adalah orang yang telah tertutup atau mati hatinya sehingga langsung tidak dapat melihat hikmah besar di sebalik bulan Ramadhan.


Golongan kedua.


Mereka ni adalah jenis orang yang tiada perasaan. Ketibaan bulan Ramadhan bagi mereka tidak lebih seperti kehadiran bulan-bulan lain. Tiada persediaan dilakukan. Bulan Ramadhan ditempuh dengan hati yang kering, tiada penambahan amal, tiada juga pengurangannya. Mungkin golongan ini adalah mereka yang terlalu sibuk bekerja membina dunia mereka sehingga 'tidak sedar' kehadiran bulan yang mulia ini. Kita minta dijauhkan juga daripada menjadi golongan ini.



Golongan ketiga.


Subhanallah. Mereka ini adalah golongan yang ternanti-nanti kehadiran Ramadhan. Mereka idak putus berdoa agar Allah memberi izin untuk mereka bertemu dengan Ramadhan.


Bagi mereka, bulan ini seolah-olah sebuah tanah yang luas lagi subur untuk mereka 'bercucuk tanam' (menambah amal- amal mereka) untuk dituai di akhirat kelak. Setiap detik waktu dalam bulan Ramadhan, mereka guna untuk mendekatkan diri kepada Allah. 


Jelas matlamat mereka. Mereka ingin bertemu dengan Tuhan yang mereka cinta. Mereka rindu pada syurga Yang Esa. Allahurobbi, mereka menitiskan air mata apabila Ramadhan berlalu pergi, merayu kepada Allah agar dipertemukan lagi dengan bulan barakah itu. Kita sungguh berharap untuk menjadi golongan ini.


Maka, pilihlah wahai sahabat-sahabat kita ingin menjadi golongan mana. Pilihlah untuk menjadi golongan yang dekat denganNya, golongan yang tiada cinta dan rindu melainkan kepada Allah S.W.T.


"Ya Allah, kami pohon keampunanMu atas segala dosa-dosa kami. Izinkanlah kami untuk bertemu dengan Ramadhan, limpahkanlah kedalam hati-hati kami taufiq dan hidayahMu, untuk kami beramal bersungguh-sungguh di dalamnya, sehingga kami keluar daripadanya dengan hati yang bersih serta iman yang bertambah. Sungguh, kami hanya ingin merindui dan mencintaiMu sepenuh jiwa kami. Maha suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya kami hamba-hamba yang menzalimi diri kami sendiri. Amin"


Oleh:

0 comments:

Catat Ulasan

Catatan Popular

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Ayuh mahasiswa, bangkit!!!

Dah daftar belum?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites