18 Feb2012 - Meneliti setiap aduan berkenaan kafe KTSN yang diterima kebelakangan ini, pihak PMUKM, Nurul Akma binti Zulkiefli selaku Biro Kebajikan dan Aduan UKM KL, telah membuat 1 pertemuan bersama dengan pemilik kafe baru ini, Kafe Rozita, Pn Ropengah Sharif, pada jam 10.00 mlm untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut. Laporan pertemuan kami adalah seperti berikut
1. MENU
ADUAN DARI MAHASISWA/I | PENJELASAN DARI PIHAK KAFE | CADANGAN DAN TINDAKAN BERSAMA |
- Kurang kepelbagaian makanan
- Lauk pagi dimasak semula waktu petang
- Makanan tidak ditutup
- Lauk cepat habis
| - Lauk makanan tengahari dikeluarkan pada jam 10.30 am – 11.00 am
- Lauk makanan petang akan dimasak baru dan dikeluarkan pada jam 3.00 - 4.00 pm
- Lauk akan ditambah apabila habis. Terdapat juga lauk yang mempunyai baki yang sedikit, namun masih elok menyebabkan pihak kafe tidak menukar dengan lauk baru kerana menanti lauk tersebut dihabiskan dahulu
- Kuantiti lauk yang dimasak pada satu-satu masa ialah untuk sekitar 500 orang
| - Kiosk makanan seperti waffle, roti canai, jus buah-buahan dan ais krim akan dibuka bermula semester ke-2 sesi 2011/12. Pihak kafe masih lagi dalam usaha membeli keperluan dan mencari pekerja yang sesuai dan mempunyai kemahiran dalam memasak makanan tersebut.
- Pesanan untuk makanan barat telah dimulakan pada 18/2/2012
|
2. ALA CARTE
ADUAN DARI MAHASISWA/I | PENJELASAN DARI PIHAK KAFE | CADANGAN DAN TINDAKAN BERSAMA |
- Tempoh penyediaan lama
- Ketidakadilan tempoh penyediaan makanan (cth pelajar yang memesan lebih lewat mendapat lebih awal)
- Rasa yang pelbagai (cth: tawar, masin etc)
- Bahan mentah yang cepat habis di waktu malam
- Bilangan tukang masak yang kurang
- Bahan mentah cepat habis
| - Tukang masak ala carte adalah sama seperti kafe lepas
- System yang digunakan juga sama
- Pesanan dikumpul dan dimasak mengikut
- Tukang masak ala carte ialah 4 orang dan 2 orang setiap shift
| - Jumlah tukang masak adalah terhad disebabkan tempat memasak terhad. Hanya 2 orang tukang masak sahaja dapat dimuatkan pada satu-satu masa.
- 1 System numbering baru akan cuba digunakan buka sem ni iaitu chef dikehendaki untuk masak maksimum 5 pesanan sahaja untuk 1 menu dan kemudian masak untuk pesanan yangberikutnya walaupun hanya seorang sahaja yang memesan menu tersebut. Cth: dri 10 pesanan yang diterima,pesanan no 1 ialah mi bandung, pesanan no 2, 5, 6 dan 8 memesan tom yam, tukang masak akan masak pesanan tersebut sekali gus. Dan kemudian akan memasak pesanan no 1, mi bandung
- Belian bahan mentah adalah secara on daily basis (bahan mentah untuk masakan akan dibeli setiap hari. Tiada stok yang disimpan)
|
3. HARGA MAKANAN
ADUAN DARI MAHASISWA/I | PENJELASAN DARI PIHAK KAFE | CADANGAN DAN TINDAKAN BERSAMA |
| - Kafe tidak mendapat sebarang subsidi dari UKM
- Bantuan yang disediakan hanya kerusi dan meja
- kafe wajib membayar sewa RM 2500 kepada UKM setiap bulan
- harga yang dipaparkan adalah harga yang telah dipersetujui di dalam kontrak mereka bersama UKM. Harga tersebut tidak boleh diubah secara suka hati.
- Harga yang berbeza adalah disebabkan kuantiti yang diambil berbeza
| - Memaparkan kuantiti makanan dan jumlah harga suoaya mahasiswa/i mendapat gambaran secara kasar kuantiti dan harga
|
4. SUSUN ATUR, KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAFE
ADUAN DARI MAHASISWA/I | PENJELASAN DARI PIHAK KAFE | CADANGAN DAN TINDAKAN BERSAMA |
- Susun atur ala carte yang menyukarkan mahasiswi membuat pesanan ala carte di waktu malam
- Kaunter hanya 1 sahaja
- Barisan panjang
- Cashier yang kurang
- Lantai yang tidak bersih dan meja berminyak
- Kafe kurang ceria
| - Masalah penyelewengan wang kebanyaknnya menyebabkan satu-satu perniagaan gulung tikar. Risiko yang tinggi.
- Lantai sentiasa dimop oleh pekerja.
- Meja yang digunakan memang sentiasa kelihatan berminyak meskipun telah dilap
- Warna cat dinding dan sinki adalah di luar bidang kuasa kafe untuk mengubah.
| - Kaunter pesanan ala carte akan dibuka kepada 2, kaunter mahasiswi akan dibuka berdekatan dengan tempat lauk, manakala kaunter mahasiswa akan diletak di tempat asal.
- Minimum 2 juruwang akan ditempatkan di kaunter bayaran di waktu puncak
- Kaunter ekpres khas untuk air juga akan diadakan
|
5. HAL-HAL LAIN
- Peti aduan akan dipindahkan ke kaunter, sekiranya terdapat aduan, bolehlah terus ke kaunter dan maklumkan kepada pemilik kafe.
- Sebarang aduan dan cadangan penambahbaikan dari pelajar adalah sangat digalakkan untuk meningkatkan kualiti kafe.
- Cadangan untuk menambah pembesar suara televisyen di kafe kemungkinan tidak dapat dibuat kerana pernah terdapat aduan bunyi televisyen kuat sangat sehingga menganngu mahasiswa untuk belajar.
- Cadangan untuk membuat Hari Bersama Pelanggan dari pihak MPP akan dipertimbangkan dan sememangnya di dalam perancangan.
- Kiosk surat khabar telah diwujudkan
- Idea mesin top up akan cuba dipertimbangkan. Pihak MPP akan membuat kajian lebih lanjut berkenaan mesin top up dan akan memaklumkan semual kepada pihak kafe
|
|
MPP FFAR, Nurul Akma binti Zulkiefli selaku Biro Aduan dan Kebajikan PMUKM |
Sebagai sebuah kafe yang baru bertapak, sememangnya banyak yang perlu dilakukan untuk sebelum kafe ini mampu stabil sepenuhnya. Oleh itu,pihak kafe sangat mengharapkan aduan dan cadangan penambahbaikan dari pihak mahasiswa/i. Mereka akui adakalanya kesilapan dan kesalahan itu mereka tidak sedar atau pun sebarang idea baru penambahbaikan tidak terlintas untuk mereka fikirkan. Oleh itu, pihak mahasiswa/I bolehlah menyuarakan pandangan dan pendapat anda sekalian untuk kita sama-sama berusaha untuk meningkatkan kualiti dan mutu makanan serta kafe kita. Pihak MPP juga akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan dan melaporkan perkembangan terbaru kafe.
Sekian
Posted in:
0 comments:
Catat Ulasan