Saudari Nur Ili bt Mohamad Tarmizi, MPP FSKB 3/4 (berbaju merah) dan saudari Nasiha Sakina binti Ramzuzzaman, MPP FGG (berbaju kuning) sedang tekun mendengar penjelasan dari En Fairuz. Kebajikan menjadi keutamaan. Soal pihak diletak ketepi seketika. Sebanyak dua pertemuan telah dilakukan oleh MPP Mahasiswa bersama dengan En Fairuz Mohd Rafzi, Penolong Pendaftar UKM Kampus KL untuk menyuarakan isu-isu yang dialami oleh mahasiswa Kampus KL. (Laporan boleh dirujuk di http://ilimppfskb.blogspot.com/2010/03/pertemuan-pemangkin-persefahaman.html dan http://mariahzakaria.blogspot.com/2010/06/pertemuan-pemangkin-persefahaman-2.html)) Dengan niat utama menjadikan kebajikan sebagai agenda keutamaan, pertemuan ketiga telah berjaya dijalankan secara bersama antara tiga MPP iaitu saudari Nur Ili binti Mohamad Tarmizi, MPP FSKB 3/4, saudari Mariah binti Zakaria, MPP FFAR dan saudari Nasiha Sakina binti Ramzuzzaman, MPP FGG. Antara isu-isu dan ageda yang dibangkitkan ialah 1. Kemudahan pembelajaran. 2. Kafeteria. 3. Pengangkutan 4. Mesin ATM 5. Isu kecurian di Perpustakaan Dr. Abdul Latiff 6. Perkhidmatan JARING 7. Hal-hal berbangkit Maklumat lanjut mengenai isu ini bolehlah layari http://ilimppfskb.blogspot.com/2010/08/pertemuan-pemangkin-persefahaman-3.html MPP Mahasiswa, Ili Mohd Tarmizi (tengah) dan Mariah Zakaria (kanan) membangkitkan isu-isu yang dihadapi oleh siswa/i UKM Kampus KL. "KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI" |
0 comments:
Catat Ulasan